Konco-konco

Sabtu, 9 Januari 2016

27th




Sedar tak sedar dah 27 tahun dipinjamkan usia dan kehidupan oleh Allah untuk diri aku. Bermakna sudah 27 tahun aku hidup di dunia dan mengharungi liku liku kehidupan yang penuh dengan kebahagiaan, kejayaan dan kegembiraan. Namun hidupku seperti orang lain juga tidak terlepas dari tangisan, rintihan, kesakitan dan cabaran yang sering kali menjadi penghias hari hariku.

Aku mulakan dulu dengan azam 26 tahun yang lepas. Nampak gayanya azam tahun lepas tidak tercapai.


Walau bagaimana pun aku berpuas hati sebab aku dapat menembamkan badan aku selepas berakhirnya usia 26 itu. So, tahun ini aku rasa aku nak sambung balik azam tahun ini. Lagi satu aku nak jadi seorang yang sihat dan berjaya dalam bidang perkerjaan yang aku ceburi hari ini. Aku nak jadi seorang yang expert dalam bidang penyiasatan kewangan.

Untuk tahun ini sambutan hari jadi agak hambar sedikit. Tak seperti tahun lalu yang penuh dengan kejutan. Namun aku bersyukur masih ada kawan-kawan yang wish birthday kat aku. Paling penting ucapan dari mamaku yang tersayang. Walaupun agak lambat dapat wish darinya and hanya melalui whatsapp. Tak apalah janji ada kan.



Ni aku kongsikan benda-benda yang aku dapat untuk tahun ke 27 ni. 

1) Kek Secret Recipe dari Muhammad Firdaus (5/1/2016)



2) Coklat Cadbury dari Hana (5/1/2016)


3) Kek Starbuck dari Eric (6/1/2016)




4) Nandos's dari Amirah (7/1/2016)




 5) Domino's Chicken Wing dari Irfa (8/1/2016)




Apapun terima kasih kepada semua kawan-kawan yang wish happy befday dan mendoakan kebaikan untuk aku. Semoga Allah merahmati hidupku.





1 ulasan:

  1. Selamat hari lahir Jan. Moga panjang umur, murah rezeki dan sukses dan bahagia selalu. Belum mampu apa-apa aku dapat beri macam mereka jan namun doa aku sentiasa mengiringi :)

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...