Konco-konco

Isnin, 10 Ogos 2015

Public Bank 49th Anniversary Banquet


8.8.2015 bersamaa hari sabtu yang lepas berlangsungnya 49th Anniversary Banquet a.k.a Annual Grand Dinner bagi Public Bank Head Quater KL. Dinner tahun ni bertemakan Blockbuster Nite dan diadakan di The Mines Exhibition and Convention Centre. 

Nak dijadikan cerita, sebenarnya Dinner PBB ni nak dikatakan happy pon tak jugak. Nak dikatakan sedih pon agak keterlaluan kan. Sebenarnya ini adalah my first Dinner kat sini dan bakal menjadi Dinner yang terakhir untuk aku dalam Company ni. Yelah. Kan aku mungkin akan menamatkan khidmat aku sebagai Junior Executive kat Fraud Department Pbb tak lama lagi. Bunyinya agak menyedihkan. Walaupun aku sebenarnya tak nak tinggalkan company ni.


Hari tu aku kelam kabut sikit. Sebab paginya masuk workshop Lesen Motor. dari pagi jam 8.00 pagi dah terpacak kat IMKEDA cheras ni. Pukul 10 pagi baru cikgu kat situ nak start kelas. sampailah pukul 2 petang. baru settle. Balik je dari workshop tu, aku pun bergegas g kedai gunting rambut potong rambut bagi nampak lagi comel dari yang biasa. Kebetulan hari tu aku rasa Allah dah aturkan perjalanan ke The Mines. Fendi call kata nak amik aku pegi dinner. Syukur sangat time tu sebab tak payah nak pegi sendiri. Siap amik depan blok lagi tu. Sampai je The Mines dalam 6 lebih.

Malam tu aku lupakan semua masalah kerja aku dan aku nak have fun and enjoy ja sepanjang malam tu. Aku ikut rentak kawan-kawan yang lain bergembira, gelak dan enjoy the dinner. Aku lupa kejap yang aku akan meninggalkan PBB tak lama lagi. 

Duduk Dari Kiri : Ainordin, Anuar dan Vanda Chen
Berdiri: Erfan, Amirah dan James

With our Director : Mr Yap

With Senior Executive in Processing
En Sulaiman

With my Relief Partner, Team and Cinta Olok-olok
Nur Aini Amirah Pardan

With My Brother yang selalu amik berat
Abg Nazri

At The Right: Aaron (Executive for Fraud Issuing)

Abang Ramli in da house

Apapun malam tu aku memang enjoy. Tapi dalam enjoy-enjoy tu kadang-kadang tersentap jugak bila pikir balik yang tahun depan aku takkan ada dalam Dinner ni lagi. Kalau aku diberi peluang untuk diberikan pilihan, Ingin sekali aku katakan pada my Big Boss! SAYA TAK NAK TINGGALKAN PUBLIC BANK! Tapi apakan daya mungkin ini saja rezekiku di sini. Apapun terima kasih sebab bagi aku peluang berkhidmat di sini.

#Akutaknakresign




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...