Konco-konco

Ahad, 16 Ogos 2015

Huda Kawen

Alhamdulillah, seorang lagi kawan dah selamat diijabkabulkan pada 13.08.15 yang lepas. Tahniah diucapkan kepada Nurulhuda Sarudin yang telah bergelar isteri kepada pasangan pilihan beliau, Salleh. Majlis perkahwinan Huda ni bukan sahaja menjadikan hari yang paling bahagia buat beliau, tapi menjadi titik pertemuan kami semua ex-student Historian UKM badge 2009-2012. Ramai jugak yang pegi memeriahkan Majlis Kawen Huda ni. 

Petang Jumaat tu (14.08 2015), aku, azwa, nadia dan maiza pegi cari hadiah buat Huda. Hadi daripada kami semua, kawan-kawan Huda yang dah berpakat nak bagi dia Hadiah pada hari kawennya ni.

Ni Lah hasil pencarian kami ber-Tiga Belas orang
yang terlibat dalam Ops Hadiah Huda

Lepas beli hadiah, temankan Azwa berbuka puasa di Pizza Hut dan kemudian ke KLIA 2 jemput Yang Berbahagia Datin Sri Dg Nazirah Salim dari Sabah yang datang semata-mata untuk kenduri kawen Huda ni. 

Esok paginya seawal 9 pagi kami dah bertolak dari rumah Azwa menuju ke Sabak Bernam. Banyak jugak dugaan semasa hendak pegi ke Kenduri Kawen kali ni. Malam sebelumnya tayar kereta Shafiq pecah. so kena lah tunggu dia pegi bengkel dulu gantikan tayar.

Dalam pukul 11 pagi macam tu barulah semua orang ada di tempat berkumpul seperti yang telah dijanjikan sebelumnya. Restoran Jejantas Sungai Buloh. Pergh! Enam kereta baq hang. Ada yang siap bawak laki dan anak lagi. hikhik.

Yang ni rombongan Dato dan Datin-datin dari Cheras.

Dalam perjalanan ke rumah Huda pulak, kereta Shafiq dan Kak Has ditahan oleh Polis Peronda sebab berhenti tepi highway. Nasib baik tak kena saman. Dia berhenti pun sebab tunggu yang lain kat belakang. sapa suruh kau bawak laju. yang lain pemandu berhemah. 

Sampai rumah Huda dalam pukul 1.15 petang macam tu. 

Masa dah sampai rumah kenduri

Paling best tu, bagi salam je tak pikir lama, terus ambik pinggan, senduk nasi dan belasah la apa lagi. Makan. Rezeki jangan dilengah-lengahkan. Ni aku kongsikan gambar-gambar kawen Huda.

Huda and Pasangannya...

Selfiaq satu

Geng Ibu-ibu


Geng-geng Teruna






Pengalaman kali ini memang best sekali. Kami sangat ramai yang pegi kenduri kawen Huda. Terima Kasih kepada kawan-kawan yang sudi pegi kenduri Huda.

Kak Has dan suami serta anak-anak; Dillah dan suami dan anak; Azwa, Nadia, Dg, Maiza, Faizul, Shafiq, Hafez, Hazim, Kudin, Zairil dan pasangan. Juga tidak ketinggalan kembar Faizul, Faizal.

Paling best lagi inilah kenduri yang aku pegi, geng-geng kitorang yang paling akhir sekali meninggalkan majlis dan nilah kenduri kawen yang aku makan dua round. Hahaha...



Lepas dari kenduri kawen, Faizul bawak kami semua ke pantai yang tak berapa nak pantai sangat. Pantai Bagan Nakhoda Omar aka BNO.







Akhir sekali, kami semua meninggalkan Sabak Bernam dalam pukul 4.30 petang. Masing-masing membawa haluan masing masing. Geng Dato dan Datin-datin dari Cheras sempat singgah menikmati Mengkarang Bakar, Mengkarang Goreng Tepung dan Mengkarang Tumis Cili Api.


Sekian. Penat aku menaip. Apapun, SELAMAT PENGANTIN BAHARU HUDA!









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...