Konco-konco

Selasa, 4 Ogos 2015

Hari Interview

Hari ni aku nak kongsikan pengalaman aku Interview kat sebuah Company terkemuka di Malaysia dan juga di rantau Asia. Sebenarnya aku sudah tiada mood mau menghadiri sebarang interview apatah lagi ingin mencari kerja yang lain. Aku sudah penat mencari, berpindah randah dari satu company ke satu company. Kalau boleh aku nak stick kat satu company dan built my career at there. Tapi apakan daya, tiada rezeki dan mungkin ada pelbagai hikmah yang Allah ingin berikan kepada aku.

Semalam adalah hari yang sangat memenatkan bagi aku. Mana tidaknya, weekend lepas aku menghabiskan masa dua hari jenjalan dan lelepak ngan insan yang tersayang. hahaha. Dengan keadaan selesema yang sudah hampir seminggu tak kebah lagi. Aku agak letih. Tapi kena gagahkan jugak sebab dah buat appointment dengan Miss Gangga untuk hadir interview.

Pagi semalam aku bangun agak awal, Pukul 4.00 Pagi aku dah bangun. Mandi dan study apa yang patut pasal Fraud, Investigation, Credit Card, Loan, Ezypayment dan so on yang aku rasa akan disoal time interview nanti. Yelah aku pun bukan tau sangat pasal teori ni walaupun praktikalnya aku selalu buat. 

7.30 pagi aku tinggalkan rumah dan bergerak keluar. Semangat punya pasal nak pegi interview. Padahal interview Jam 10.30 pagi. Aku keluar awal pun sebab document semua aku tak prepare lagi. pagi tu la baru nak fotostat semua benda. IC, sijil-sijil dan borang-borang yang sepatutnya aku dah isi pun. Semua dah settle aku pun menapak la dari Stesen Plaza Rakyat tu ke bangunan coklat tu. Badan aku ni aku rasa tengah mandi dalam kolam air panas. Peluh memancut-mancut keluar. Aku tak tau samaada tu effect aku makan ubat selesema atau aku gementar. 

Tara! Tingkat 29! Aku dah sampai. Receptionist bawak aku masuk dalam bilik exam. Pergh! jawab soalan matematik dan IQ! Habislah otak aku pepagi ni kena kerah mengira dan mengarang. Bahasa Inggeris pulak tu. Habislah aku rojak ni. Banyak jugak soalannya. Jawab jelah.

Lepas 30 minit camtu aku hantar semula kertas exam tu. Tak lama lepas tu interviewerpun datang. Aku dah mula dub dab dub dab. Almaklumlah aku ni ada penyakit gemuruh! Laju je jantung aku tym tu! maka interview pun bermula. Air peluh kat muka aku masya Allah sangatlah banyak mengalir. memang nampak nervous. Damn! Aku tak tau kenapa aku sangat nervous kali ni. Tak macam yang lepas-lepas selamba je. Mungkin sebab aku tak sihat kot.

Finally lepas 50 minit! 50 MINIT ok!!! interview pun habis. Aku rasa macam nak pengsan kat dalam tu. sangat detail soalan yang ditanya. Dan bila aku jawab, dia tanya  lagi ke dalam, dah jawab, dia tanya lagi lebih details. Pergh! memang susah nak goreng. benda semua fakta nak cerita kat dia.

Apapun semoga ada rezeki di sini. Dan aku berharap aku akan dapat peluang ini kerana kerja ni agak mencabar dan mungkin menjadi pemangkin pembinaan career aku dalam bidang Fraud Cases dan Investigation. Itu impian aku. Satu hari nanti aku mahu menjadi seorang yang expert dalam bidang ni.

Oklah. dah lewat ni. Nak pegi keja. Nanti kalau rajin aku tulis lagi kat sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...