Konco-konco

Sabtu, 29 Ogos 2015

Selamat Ulang Tahun Sabahat

Suparman. Ya Suparman bin Rusilim. Itu nama yang sentiasa ada dalam otak aku sejak 7 tahun yang lepas. Nama yang selalu berlegar dalam fikiran time aku down, time aku ada masalah dan time aku terlalu perlukan seseorang untuk berkongsi ceritaku.

5 tahun lepas merupakan tahun yang sangat meruntun jiwa aku, Dan nama ini kupilih untuk aku khabarkan semua yang aku perlu buang dalam diri aku. Tiada selindung antara namaku dengan nama ini. Nama ini yang menjadikan aku kuat. Nama ini yang menjadikan aku seperti sekarang dan nama ini yang sentiasa menjadi tulang belakang untuk aku terus melangkah sehingga apa yang aku ada hari ni.

Jauh di bumi Borneo tidak pernah menjadikan nama ini berada sangat jauh dari aku. Kerana aku tau yang nama ini selalu ada di samping aku. Tiap kali aku susah, Tiap kali aku rasa kecewa. Tiap kali aku jatuh dan tiap kali aku tersungkur.

'Kau Kuat Jan!'
'Aku sentiasa mendoakan kau Jan'

Itu dua ayat yang sentiasa buat aku kuat dan bersemangat untuk meneruskan kehidupanku.

Dan semalam,

Genap 25 tahun usia nama ini di dunia.

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN SAHABAT BAIKKU. Semoga Allah sentiasa memberkati kehidupanmu. Semoga kau sentiasa bahagia dan berjaya dalam kehidupanmu.


Terima kasih kerana menjadi sahabat yang selalu ada untuk aku.



Ahad, 23 Ogos 2015

Broga Hill


Alhamdulillah baru 3 jam tadi sampai rumah dari berjimba-jimba di Bukit Broga. Lama sungguh tidak berkunjung ke bukit itu. Hari ini aku berjaya menawan bukit yang tak berapa nak tinggi dan mencabar tu buat kali ke 8 rasanya. Ke kali ke 9. Tak ingat sangat sebab dah banyak kali pegi. Thanks to Safi yang ajak aku dan Firdaus naik ke Bukit tu.

Aku sebenarnya tak lah berapa eksited tym Safi ajak nak naik Broga. Yelah sebab dah banyak kali pegi dan dan bersepah tapak kaki aku kat atas tu. Tapi bila pikir balik, dua minggu lepas Firdaus sepatutnya pegi sana ngan geng-geng dia. Tapi dia terpaksa cancel sebab nak temankan aku. Kebetulan minggu ni Safi ajak pegi, so, aku pun ajak lah sekali Daus. Ganti balik yang dia cancel hari tu. Lagi pun ini kali pertama dia naik Bukit tu. So mesti jadi sesuatu yang eksited buat dia kan. Kena lagi esok dia dah start praktikal. So, lepas ni mesti susah nak ajak dah kalau nak keluar sama-sama.

Pagi tadi kami bertolak dari rumah dalam pukul 4.15 pagi. Sampai Semenyih singgah jap memilo ngan mengeteh sebelum naik Broga. Sampai bawah kaki bukit Broga dalam pukul 5.30 la kot. Dalam kul 5.45 pagi baru nak panjat bukit. Dah separuh jalan azan subuh. Rasanya dalam jam 6.00 pagi cam tu baru sampai atas. Tak sampai atas sangat pun. Malas nak ke atas sangat sebab mesti dah ramai orang kat atas tu. So kitorang cari port kat second bukit.


Snap pic sesampai je kat atas

From left: Firdaus, Nik, Erfan and Safi

Nak senyum tapi mata bengkak

Lepas solat subuh, dia ni tido kat atas ni.

Memulaka sesi modeling

Pemandangan sekitar semenyih

usha awek sat











Hari ini aku nak kongsikan tiga kegembiraan aku kat korang semua.

1. Aku gembira sebab aku dapat hang out ngan kawan-kawan aku.
2. Aku gembira sebab dapat kembali bertenaga seperti sebelum ni.
3. Aku gembira sebab aku dapat buktikan aku bukan lemah seperti yang mereka katakan.

Walaupun aku belum pulih sepenuhnya, tapi aku dapat nafikan ayat 'KAU DAH TAK BOLEH NAK BUAT APA-APA DAH!'

#Erfansahaja




Ahad, 16 Ogos 2015

Huda Kawen

Alhamdulillah, seorang lagi kawan dah selamat diijabkabulkan pada 13.08.15 yang lepas. Tahniah diucapkan kepada Nurulhuda Sarudin yang telah bergelar isteri kepada pasangan pilihan beliau, Salleh. Majlis perkahwinan Huda ni bukan sahaja menjadikan hari yang paling bahagia buat beliau, tapi menjadi titik pertemuan kami semua ex-student Historian UKM badge 2009-2012. Ramai jugak yang pegi memeriahkan Majlis Kawen Huda ni. 

Petang Jumaat tu (14.08 2015), aku, azwa, nadia dan maiza pegi cari hadiah buat Huda. Hadi daripada kami semua, kawan-kawan Huda yang dah berpakat nak bagi dia Hadiah pada hari kawennya ni.

Ni Lah hasil pencarian kami ber-Tiga Belas orang
yang terlibat dalam Ops Hadiah Huda

Lepas beli hadiah, temankan Azwa berbuka puasa di Pizza Hut dan kemudian ke KLIA 2 jemput Yang Berbahagia Datin Sri Dg Nazirah Salim dari Sabah yang datang semata-mata untuk kenduri kawen Huda ni. 

Esok paginya seawal 9 pagi kami dah bertolak dari rumah Azwa menuju ke Sabak Bernam. Banyak jugak dugaan semasa hendak pegi ke Kenduri Kawen kali ni. Malam sebelumnya tayar kereta Shafiq pecah. so kena lah tunggu dia pegi bengkel dulu gantikan tayar.

Dalam pukul 11 pagi macam tu barulah semua orang ada di tempat berkumpul seperti yang telah dijanjikan sebelumnya. Restoran Jejantas Sungai Buloh. Pergh! Enam kereta baq hang. Ada yang siap bawak laki dan anak lagi. hikhik.

Yang ni rombongan Dato dan Datin-datin dari Cheras.

Dalam perjalanan ke rumah Huda pulak, kereta Shafiq dan Kak Has ditahan oleh Polis Peronda sebab berhenti tepi highway. Nasib baik tak kena saman. Dia berhenti pun sebab tunggu yang lain kat belakang. sapa suruh kau bawak laju. yang lain pemandu berhemah. 

Sampai rumah Huda dalam pukul 1.15 petang macam tu. 

Masa dah sampai rumah kenduri

Paling best tu, bagi salam je tak pikir lama, terus ambik pinggan, senduk nasi dan belasah la apa lagi. Makan. Rezeki jangan dilengah-lengahkan. Ni aku kongsikan gambar-gambar kawen Huda.

Huda and Pasangannya...

Selfiaq satu

Geng Ibu-ibu


Geng-geng Teruna






Pengalaman kali ini memang best sekali. Kami sangat ramai yang pegi kenduri kawen Huda. Terima Kasih kepada kawan-kawan yang sudi pegi kenduri Huda.

Kak Has dan suami serta anak-anak; Dillah dan suami dan anak; Azwa, Nadia, Dg, Maiza, Faizul, Shafiq, Hafez, Hazim, Kudin, Zairil dan pasangan. Juga tidak ketinggalan kembar Faizul, Faizal.

Paling best lagi inilah kenduri yang aku pegi, geng-geng kitorang yang paling akhir sekali meninggalkan majlis dan nilah kenduri kawen yang aku makan dua round. Hahaha...



Lepas dari kenduri kawen, Faizul bawak kami semua ke pantai yang tak berapa nak pantai sangat. Pantai Bagan Nakhoda Omar aka BNO.







Akhir sekali, kami semua meninggalkan Sabak Bernam dalam pukul 4.30 petang. Masing-masing membawa haluan masing masing. Geng Dato dan Datin-datin dari Cheras sempat singgah menikmati Mengkarang Bakar, Mengkarang Goreng Tepung dan Mengkarang Tumis Cili Api.


Sekian. Penat aku menaip. Apapun, SELAMAT PENGANTIN BAHARU HUDA!









Isnin, 10 Ogos 2015

Public Bank 49th Anniversary Banquet


8.8.2015 bersamaa hari sabtu yang lepas berlangsungnya 49th Anniversary Banquet a.k.a Annual Grand Dinner bagi Public Bank Head Quater KL. Dinner tahun ni bertemakan Blockbuster Nite dan diadakan di The Mines Exhibition and Convention Centre. 

Nak dijadikan cerita, sebenarnya Dinner PBB ni nak dikatakan happy pon tak jugak. Nak dikatakan sedih pon agak keterlaluan kan. Sebenarnya ini adalah my first Dinner kat sini dan bakal menjadi Dinner yang terakhir untuk aku dalam Company ni. Yelah. Kan aku mungkin akan menamatkan khidmat aku sebagai Junior Executive kat Fraud Department Pbb tak lama lagi. Bunyinya agak menyedihkan. Walaupun aku sebenarnya tak nak tinggalkan company ni.


Hari tu aku kelam kabut sikit. Sebab paginya masuk workshop Lesen Motor. dari pagi jam 8.00 pagi dah terpacak kat IMKEDA cheras ni. Pukul 10 pagi baru cikgu kat situ nak start kelas. sampailah pukul 2 petang. baru settle. Balik je dari workshop tu, aku pun bergegas g kedai gunting rambut potong rambut bagi nampak lagi comel dari yang biasa. Kebetulan hari tu aku rasa Allah dah aturkan perjalanan ke The Mines. Fendi call kata nak amik aku pegi dinner. Syukur sangat time tu sebab tak payah nak pegi sendiri. Siap amik depan blok lagi tu. Sampai je The Mines dalam 6 lebih.

Malam tu aku lupakan semua masalah kerja aku dan aku nak have fun and enjoy ja sepanjang malam tu. Aku ikut rentak kawan-kawan yang lain bergembira, gelak dan enjoy the dinner. Aku lupa kejap yang aku akan meninggalkan PBB tak lama lagi. 

Duduk Dari Kiri : Ainordin, Anuar dan Vanda Chen
Berdiri: Erfan, Amirah dan James

With our Director : Mr Yap

With Senior Executive in Processing
En Sulaiman

With my Relief Partner, Team and Cinta Olok-olok
Nur Aini Amirah Pardan

With My Brother yang selalu amik berat
Abg Nazri

At The Right: Aaron (Executive for Fraud Issuing)

Abang Ramli in da house

Apapun malam tu aku memang enjoy. Tapi dalam enjoy-enjoy tu kadang-kadang tersentap jugak bila pikir balik yang tahun depan aku takkan ada dalam Dinner ni lagi. Kalau aku diberi peluang untuk diberikan pilihan, Ingin sekali aku katakan pada my Big Boss! SAYA TAK NAK TINGGALKAN PUBLIC BANK! Tapi apakan daya mungkin ini saja rezekiku di sini. Apapun terima kasih sebab bagi aku peluang berkhidmat di sini.

#Akutaknakresign




Khamis, 6 Ogos 2015

Seminggu Aku



Assalamualaikum kawan-kawan semua... malam ni aku mau share pasal kehidupan aku sepanjang minggu yang lepas. Sorry la kalau intro photo tu macam takde kena-mengena kan. Tak tahu nak letak pic apa. Rasa macam pic sendiri sangat cantik malam ini. Hurm, kat mana nak start ye malam ni? Aku rasa nak start ngan hari weekend yang lepas la.

Last weekend menghabiskan masa ngan daus. Teman dia beli something. Ikutkan sajalah apa yang dia mahukan. Penat gak pusing-pusing KL mau cari barang yang terlalu diidamkannya tu. Pegi TS, pegi KL Nu Sentral. Lastly dapat jugaklah apa yang dimahukannya. 




Hari Isnin macam yang aku bagitau dalam entry yang lepas. Aku ada interview kat semua Company Credit Services. Sangat mencabar dan sangat menguji pengetahuan aku dalam bidang Fraud yang menjadi kerjaya aku hampir dua tahun.


Hari Selasa agak best sebab dapat merasa ayam Kepci yang menjadi kegemaran hatiku sejak kebelakngan ini. Kalau dulu McD menjadi Pujaan. Kini sudah beralih ke Kepci. Haha. Ayam Kicap Meletup menjadi pilihan utama setiap kali pegi Kepci. Yang penting kali ini makan Kepci dengan percuma. Aaron belanja. Hikhik!

From Left: Meera, Zareena, Aaron dan Erfan
Hari Rabu takde cerita yang best sangat. Hari rabu just balik rumah lepas keja dan download antivirus tuk Laptop yang sangat banyak virus ni. Aku tak tau apa yang yang ada dalam laptop ni sampai beratus-ratus virus detected.

Hari ni aku pegi jenjalan kat Mid Valley after working hour beli baju untuk Dinner Public Bank sabtu ni.

Sebelum aku off post kali ni... Meh abam belanja satu pic comel abam...








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...