Konco-konco

Selasa, 28 Julai 2015

Syawal 2015

Syawal 2015 adalah Syawal yang penuh dengan cerita suka dan duka bagi aku sebagai seorang perantau. Setelah merantau selama 6 tahun di bumi semenanjung Malaysia ni, inilah kali pertama aku menyambut Aidilfitri di bumi yang penuh dengan bangunan tinggi-tinggi ni... Satu pengalaman yang aku sendiri tak tahu mau kata apa. Bagi aku banyak rasa sedih, hiba dan sayu berbanding kegembiraan dan kemeriahan Aidilfitri.

Kesedihan Syawal tahun ini aku sudah mula rasakan seawal sebelum Ramadhan lagi apabila aku dikejutkan dengan pemotongan cuti dan tinggal zero. Time tu aku dah rancang nak balik seminggu selepas raya sebab my relief partner nak beraya kat kampung dia. Masa aku nak apply cuti tu, bila buka leave application, cuti dah abis. Sedih je time tu. 

But, aku tak pernah salahkan sesiapa dengan pemotongan cuti tu sebab ya lah sebelum ni aku admitted lama sebab sakit. 

Dah dekat ngan raya, kawan-kawan pon sibuk tanya aku bila balik kampung, cuti berapa lama, balik ngan sapa, cuti start bila. Aku mampu senyum dan dengan selamba menyembunyikan kesedihan aku cakap aku tak balik raya. Raya kat KL je sambil gelak-gelak walaupun sebenarnya sedih.

Tapi kesedihan aku tu terubat jugaklah bila ada kawan yang ajak balik kampung dorang. Ada yang ajak pegi Manjung, Kedah, Ipoh, Johor dan Hulu Langat. Ekcely, aku nak sangat balik ke Penang tapi takde rezeki. Mungkin belum tiba masanya aku ke sana. Lastly bila pikir lelama aku pun decide ikut member kat Hulu Langat. Balik kampung Safi walaupun tak berapa kampung pun sebenarnya.

Malam raya tu aku pun tunggu Safi. Dia kata nak datang lepas maghrib tapi sampai kul 9.00 Malam tak sampai-sampai pon. Marah gak lah sebab tunggu lama. Lepas bertekak malam tu, finally dia ambik gak aku. 

Raya  pertama aku ikut Safi jenjalan kat area Hulu Langat and Ampang. Ziarah kerabatnya. Penat dan sangat kenyang. Tapi hari tu jelah aku dapat raya. Raya kedua dia sakit perut and aku duduk rumah jer. Bosan giler rasa macam tak raya pun ada time tu. 

Peach... Theme raya tahun ni... My Younger
Sister yang pilih

Pose sebelum g solat Raya

Ni la Safi... Berbaju Ahmad Nabil..

Muka sedih gila time ni...

Paling aku ingat untuk Syawal kali ni aku menangis sepanjang solat Aidilfitri. Apapun aku bersyukur kerana Allah masih berikan aku peluang tuk merasai Aidilfitri tahun ini walaupun warded dalam jangka masa yang lama sebelum tu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...