Konco-konco

Khamis, 30 Julai 2015

Raya Kedah (Hari Pertama)

25 and 26 Julai 2015 adalah kemeriahan raya tahun ni yang paling aku nantikan dan aku harapkan. Alhamdulillah berpeluang meraikan raya tahun ni dengan my very closed and bestfren di semenanjung ni walaupun dia dah ada isteri. Kisah lak aku kan ngan isteri dia tu. Hahaha... Gurau je Ekin. 



Ini lah pasangan suami isteri yang telah memaksa aku untuk ikut diorang beraya kat Kedah. Ekcely aku pun yang beriya sangat nak ikut. Yala, dah takde tempat nak pegi, join lah dorang beraya kat kampung Lukman walaupun dah seminggu raya.

Kami bertolak pukul 9.45 malam (24 Julai) dan sampai kat Kedah (Sungai Petani) dalam pukul 4.30 pagi. Aku rasa macam nak patah pinggang duduk lama dalam bas ngan ekon yang sangat kuat. Sampai je rumah Abg In (yang ni abg Lukman), aku pon apa lagi tak pikir panjang terus luruskan badan dan boom... Tido lah...

Paginya tu, pukul 8 pagi Lukman dan suruh siap sebab nak g beraya. Mak aih! Awalnya nak g beraya. Walaupun mulut mengomel banyak terpaksalah turutkan. Sebab orang tua ni lain sikit pe'elnya. Kang ditinggal pulak aku kat rumah Abg In ni.


Pic ni aku ambik lepas 5 minit sampai rumah pertama
Jam 9.50 am... Awal gila...



Ni Geng bas sekolah yang join beraya
Kiri sekali tu Mak Cik Hajah Zauwiyah...  Mak Lukman



Yang ni kat rumah pusaka Kuarga Lukman


Lepas pegi beraya kat Rumah Pak Tam and Rumah Pusaka keluarga Lukman ni, kami pegi ke kenduri kawen pulak... Pergh Kambiang Goleak baq hang...


Syahmi... Anak Abg In


Tu dia... Kambiang Goleak

Lepas dari kenduri kawen sambung lagi beberapa rumah... Tapi tak dan la nak amik gambar kat setiap rumah kan. Petang tu kami lepak kat Menara Aloqstaq! Ni kali kedua naik bangunan tak berapa nak tinggi ni. 



Lepas tu singgah kat Masjid Zohir kot... Lupa lak nama masjid ni... posing je lebih...





Sebelah malam kami ke Kuala Nerang g rumah Abg Marwan (Abg Lukman yang lagi sorang)

pes time kopek lemang dalam seumur hidup



Sebelum ke rumah Abang Marwan, kami singgah kejap di Dusun Tok Su mengerjakan pokok rambutannya yang ranum tu.


Hari pertama beraya di Kedah memang puas hati sebab dapat beraya dari pagi jam 9.00 pagi sampailah kul 12 malam baru sampai rumah kat Padang Lalang.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...