Konco-konco

Sabtu, 31 Oktober 2015

Suparman's Graduation Day




Alhamdulillah... Syukur pada Allah... dan terima kasih yang tidak terhingga buat Allah sebab memberikan kebahagiaan kepada sahabat baikku ini untuk melengkapkan satu lagi perjalanan hidupnya.

Selamat Hari Konvokesyen Suparman! 

Tahniah kawan! Tahniah buatmu!

Hari ni tiada yang lebih menggembirakan dan membanggakan aku selain melihat kau memakai jubah dan melangkah dengan penuh keilmuan dan kemegahan menaiki pentas penganugerahan dirimu.

Terima kasih Allah sebab masih memberikan aku peluang untuk ada di sisi insan ini saat hari gembiranya. Menjadi sebahagian yang meraihkan kegembiraannya dan melihat senyum lebar dibibirnya.

Ini yang kau impikan dan Allah sudah melengkapkan sebahagian dari citamu. Semoga kau sentiasa sukses dan berjaya dalam kehidupanmu.






Aku menanti akan hadirnya dua tahun lagi untuk meraihkan konvokesyen kali keduamu sahabatku...

Semoga kau sentiasa diberkati Allah... Amin...




Sabtu, 10 Oktober 2015

Mereka Kawen

Selamat pagi dan Selamat Hari Sukan Negara 2015!

Hari ni aku nak rakamkan majlis perkahwinan dua orang kawan aku kat dalam belok ni. Mungkin agak terlambat untuk aku post benda ni tapi ini juga sebahagian dari kenangan yang manis buat aku.

19 September 2015, Pasangan Sytty Mazian dan Azlan Abbas selamat diraihkan selepas dinikahkan pada 18 September 2015. Aku dan kawan-kawan lain berkesempatan sampai ke majlis kenduri mereka walaupun jauh di pantai timur. 



Azlan dan Mazian


Pada 26 September 2015 pula telah berlangsung kenduri kahwin sebelah lelaki untuk kawan baik aku di UKM ni. Lukman dan Shikin. Kenduri sebelah perempuan haritu tak dapat hadir sebab banyak sangat masalah yang menimpa time tu. 

Apapun kenduri kawen sebelah lelaki kali ini, aku bangga sebab bukan hadir sebagai tetamu dalam majlis ni tapi menjadi sebahagian yang menjayakan majlis ni. Ini kali pertama aku terlibat dalam majlis kahwin kawan aku. Walaupun tiada talian kekeluargaan, tapi dengan ikatan persahabatan kami, aku dan keluarga Lukman dah macam sebuah keluarga. Bagi aku, ini adalah masa untuk aku balas jasa dan pengorbanan Lukman yang banyak membantu aku semasa kat kolej dan semasa aku terlantar di Hospital. Bukan setakat Lukman, malah keluarga dia juga mengambil berat terhadap aku semasa aku di hospital hari tu.


Lukman dan Ashikin

Apa pun Selamat Pengantin Baharu buat Lukman dan Ashikin, Juga Selamat Pengantin Baru buat Azlan Abbas dan Sytty Mazian. Semoga bahagia hingga akhir hayat.

Doakan aku bertemu jodohku secepatnya!



Rabu, 2 September 2015

Port Dickson dan Merdeka 2015

Merdeka tahun ini aku sambut dengan kelainan dan lain dari tahun-tahun sebelumnya. Kalau tahun sebelumnya aku akan duduk di rumah menonton TV. Tengok perbarisan merdeka atau pegi kerja sebab nak dapat double pay; Tahun ini aku dan kawan-kawan yang lain pegi release tension kat Port Dickson.

Ekcely, plan nak ke PD ini Safi yang rancang dan bagitau time Raya Aidilfitri bebaru ini. Kebetulan tahun ni Hari Kebangsaan jatuh pada hari Isnin, Thats mean, akan ada tiga hari kosong untuk plan short vacation. Sebenarnya aku plan nak bawak Firdaus pegi ke Pangkor, tapi bila pikir balik, why not aku join Safi pegi PD. Lagipun, ramai-ramai lagi best dari pegi berdua kan.

30 Ogos 2015 (Ahad)

Kami bertolak dari Mahkota Cheras dalam pukul 7.00 pagi.

Muka mengantuk!

Pagi tu sebenarnya jam 4.30 pagi lagi aku dah bangun. Firdaus masih lagi lena time tu. Aku bangun and masak Mee Hoon Goreng untuk bekalan time sampai PD nanti. Lepas solat subuh je Safi dah call suruh ready sebab dia kejap lagi nak gerak. Sampai PD dalam pukul 8.30 pagi la camtu. Lambat sikit sampai sebab memandu dalam keadaan berhemah kan. Sampai je tak pikir panjang, sewa khemah dan cari port. Pastu bermulalah aksi mandi manda. Sejuk woo... Awalnya aku memang segan nak masuk air sebab sejuk bangat dong. Tapi bila dah masuk, susah pulak nak keluar balik. 

Sarapan dulu... Sebelum masuk air... 



Aktiviti Wajib! Photoshoot!

Erfan and Firdaus

Erfan and Safi

Muka lega selepas membuang
Toksin dalam badan...


Kitorang keluar dari Teluk Kemang dalam pukul 2.00 petang.

Lepas penat bermandi-mandian, kami pegi melantak di Kedai Makan Nasi Kukus Koboi yang sangat popular di PD. Sorry sebab takda gambar! Time ni dalam kelaparan yang amat sangat.

Lepas makan, kami bergerak ke Home Stay Izz Irsyad. Home stay ni terletak di belakang Muzium Tentera Darat. 1KM dari Pantai Port Dickson.



Sebelah petang, dalam Jam 6.30 petang, kitorang start membakar arang untuk BBQ malam tu.




Menu malam tu sangat simple and best! Ayam, Kambing dan sosej bakar. Ayaq Longan!

Lepas melantak, kami pegi Dataran Teluk Kemang untuk celebrate Merdeka dengan warga Port Dickson.


Lepas sambut merdeka, pegi McD melantak kejap! Sambil cuci mata! Balik homestay dalam pukul 2.30 Pagi!

-----------------------------------------------

31 Ogos 2015

Pagi tu semua orang bangun lambat! Dengan muka mamai, buka TV tengok perbarisan merdeka. Dalam pukul 10.30 pagi, kami ke Muzium Tentera Darat PD. Lawatan sambil belajar katanya.














Erfan, Firdaus, Nik dan Safi


Pukul 12.30 PM kami keluar dari Port Dickson dan kembali ke Ibu Kota KL. Sebelum balik rumah sempat singgah ke IOI City Mall. Cuci mata dan tengok wayang.

Apapun, ini adalah percutian pendek yang pertama untuk aku selepas discharge dari hospital hari tu. Aku amat bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk semua ini. Terima Kasih buat Allah kerana memberi peluang untuk aku merasa kegembiraan ini walaupun ianya pernah hampir tidak akan kurasai satu ketika dulu.

Terima kasih buat Safi yang ajak aku! Thanks to Nik! dan Terima kasih buat Firdaus yang selalu ikut ke mana saja aku bawa.





Sabtu, 29 Ogos 2015

Selamat Ulang Tahun Sabahat

Suparman. Ya Suparman bin Rusilim. Itu nama yang sentiasa ada dalam otak aku sejak 7 tahun yang lepas. Nama yang selalu berlegar dalam fikiran time aku down, time aku ada masalah dan time aku terlalu perlukan seseorang untuk berkongsi ceritaku.

5 tahun lepas merupakan tahun yang sangat meruntun jiwa aku, Dan nama ini kupilih untuk aku khabarkan semua yang aku perlu buang dalam diri aku. Tiada selindung antara namaku dengan nama ini. Nama ini yang menjadikan aku kuat. Nama ini yang menjadikan aku seperti sekarang dan nama ini yang sentiasa menjadi tulang belakang untuk aku terus melangkah sehingga apa yang aku ada hari ni.

Jauh di bumi Borneo tidak pernah menjadikan nama ini berada sangat jauh dari aku. Kerana aku tau yang nama ini selalu ada di samping aku. Tiap kali aku susah, Tiap kali aku rasa kecewa. Tiap kali aku jatuh dan tiap kali aku tersungkur.

'Kau Kuat Jan!'
'Aku sentiasa mendoakan kau Jan'

Itu dua ayat yang sentiasa buat aku kuat dan bersemangat untuk meneruskan kehidupanku.

Dan semalam,

Genap 25 tahun usia nama ini di dunia.

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN SAHABAT BAIKKU. Semoga Allah sentiasa memberkati kehidupanmu. Semoga kau sentiasa bahagia dan berjaya dalam kehidupanmu.


Terima kasih kerana menjadi sahabat yang selalu ada untuk aku.



Ahad, 23 Ogos 2015

Broga Hill


Alhamdulillah baru 3 jam tadi sampai rumah dari berjimba-jimba di Bukit Broga. Lama sungguh tidak berkunjung ke bukit itu. Hari ini aku berjaya menawan bukit yang tak berapa nak tinggi dan mencabar tu buat kali ke 8 rasanya. Ke kali ke 9. Tak ingat sangat sebab dah banyak kali pegi. Thanks to Safi yang ajak aku dan Firdaus naik ke Bukit tu.

Aku sebenarnya tak lah berapa eksited tym Safi ajak nak naik Broga. Yelah sebab dah banyak kali pegi dan dan bersepah tapak kaki aku kat atas tu. Tapi bila pikir balik, dua minggu lepas Firdaus sepatutnya pegi sana ngan geng-geng dia. Tapi dia terpaksa cancel sebab nak temankan aku. Kebetulan minggu ni Safi ajak pegi, so, aku pun ajak lah sekali Daus. Ganti balik yang dia cancel hari tu. Lagi pun ini kali pertama dia naik Bukit tu. So mesti jadi sesuatu yang eksited buat dia kan. Kena lagi esok dia dah start praktikal. So, lepas ni mesti susah nak ajak dah kalau nak keluar sama-sama.

Pagi tadi kami bertolak dari rumah dalam pukul 4.15 pagi. Sampai Semenyih singgah jap memilo ngan mengeteh sebelum naik Broga. Sampai bawah kaki bukit Broga dalam pukul 5.30 la kot. Dalam kul 5.45 pagi baru nak panjat bukit. Dah separuh jalan azan subuh. Rasanya dalam jam 6.00 pagi cam tu baru sampai atas. Tak sampai atas sangat pun. Malas nak ke atas sangat sebab mesti dah ramai orang kat atas tu. So kitorang cari port kat second bukit.


Snap pic sesampai je kat atas

From left: Firdaus, Nik, Erfan and Safi

Nak senyum tapi mata bengkak

Lepas solat subuh, dia ni tido kat atas ni.

Memulaka sesi modeling

Pemandangan sekitar semenyih

usha awek sat











Hari ini aku nak kongsikan tiga kegembiraan aku kat korang semua.

1. Aku gembira sebab aku dapat hang out ngan kawan-kawan aku.
2. Aku gembira sebab dapat kembali bertenaga seperti sebelum ni.
3. Aku gembira sebab aku dapat buktikan aku bukan lemah seperti yang mereka katakan.

Walaupun aku belum pulih sepenuhnya, tapi aku dapat nafikan ayat 'KAU DAH TAK BOLEH NAK BUAT APA-APA DAH!'

#Erfansahaja




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...