Konco-konco

Jumaat, 13 Julai 2012

Inilah Rasaku

Salam semua... Terasa rindu plak ngan blog ni tiba2... hurm... macam nak aktifkan balik pulak blog ni... tapi blog ni dah nampak buruk dah kan... hurm... huhuhu... 



Aku yang semakin Lemah!


Petang ni  adalah hari ke-10 aku berpraktikal di UMS-Kampus Sandakan, Sabah. banyak benda yang aku belajar di sini. Walaupun aku mengambil kursus Sejarah di UKM, aku telah memilih tuk praktikal di sini. Memang sesuatu yang amat berbeza. sejarah yang berada di bawah Sains Sosial dan praktikal di Sekolah Pertanian yang ternyata Sains. Apapun, benda ini aku jadikan cabaran dan aku mahu buktikan yang Sejarah itu bukan mati dalam kepompong merdeka, mat kilau, tok janggut. Tapi sejarah itu meliputi semua aspek termasuk Pertanian. 

#sedang dengar lagu Milik Siapa Gadis Ini...

Aku x tau kenapa tetiba aku mahu menulis petang ni... Mungkin sebab tiada kerja... Aku sebenarnya mahu pecahkan rahsia besar aku di sini. Tapi nilai kesabaran dan rasa malu itu masih ada dalam diri aku... Cuma kadang-kadang aku terdetik mahu jak tamatkan riwayat hidup lebih awal... Nasib lah iman dan Allah masih membimbing aku kembali kepada aturanNya. Aku pun x tau napa aku kadang-kadang berfikiran sebodoh itu....

Sebenarnya aku sedikit terkilan dengan orang yang aku anggap boleh bersama aku dan ambil berat pasal aku. Aku terus terang di dunia ini tiada siapa lagi aku mahu bergantung selain dia untuk aku naikkan semangatku untuk terus hidup... But, sejak dua menjak ini, aku terasa macam tidak dipedulikan. Aku bukan mahu dihubungi selalu.. Aku cuma mahu ada orang yang sokong aku.. Bagi aku kuat untuk semua ini.... Kadang-kadang aku terfikir sama ada dia juga sudah tidak menerima aku? Perlukah aku cari orang lain untuk semua ini? Atau aku harus pergi jauh bawa dirisehingga tiada siapa akan tahu aku di mana dan bagaimana keadaan aku...???

#lagu Nilai Cintamu


Aku merayu... Aku Perlukan Perhatianmu! Motivasiku semakin kurang.... Aku mengharap sangat.. Aku tulis sini sebab aku tahu kau akan membacanya seperti selalu....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...