Konco-konco

Isnin, 13 Februari 2012

letih

Letih.. itu yang mampu aku ungkapkan buat masa ini... namun dalam keletihan aku ni ada satu rasa kepuasan yang aku akan rasai tiap kali aku mengikuti dan menjalani perkara seperti ini.

sebenarnya aku baru balik dari camp yang dibuat oleh PERKASA, UKM. ekcely aku tak terlibat pon dalam Perkasa ni. cuma ada sorang akak tu, HUDA namanya ajak aku join program ni. dah memang aku pon xde benda nak buat asyik membuta je dalam bilik, so aku joinlah benda ni. first, aku fikir program ni adalah program untuk pelajar sekolah menengah atau sekolah rendah, so dalam masa seminggu sebelum tu aku dah prepare tuk sedia dengan semua yang bakal aku hadapi untuk pelajar-pelajar sekolah. dalam otak aku, pemerkasaan means kita akan berhadapan dengan pelajar yang sedikit nakal. ok tak pe...

bila 10 februari selepas solat jumaat aku bertolak dari UKM ke Pantai Dalm. zap! bukan sekolah der... kawasan perumahan.. budak2 flat! satu cabaran buatku dan inilah kali pertama aku akan handle program remaja untuk remaja-remaja flat! terdiam aku seketika dalam bas time sampai depan flat perumahan tu... apa ni? hatiku berkata sendiri! hahaha... macam novel lak...

lepas je angkut budak2 ni dari flat, kami menuju ke Kem Kalumpang Resort Training Centre. kira ok jugak tempak tu. better then Dusun Eco Resort kat Pahang tu. tau x aku ambik masa hampir 4 jam tuk sesuaikan diri dengan keadaan tu. yelah! aku xde persediaan untuk golongan macam ni. cabaran hebat untuk aku. so, aku kena cari apa yang dorang nak! lastly, aku dapat tangkap yang dorang ni memang dah masak ngan budaya bandar. hanya dua tiga orang sahaja yang masih ada budaya kampung yang orang kata dapat kawal diri sendiri dengan baik.

aku nak bagitau korang yang remaja kampung dan remaja bandar lain! remaja yang ada jiwa kampung ni dia agak cool dan tenang. dorang gak agak lasak dan akan selalu mencba something yang interesting tanpa sebarang bunyi. but, kalau remaja bandar ni, ego dia agak tinggi. mereka akan ikut kehendak hati dan akan selalu rentas batas. i mean istilah paling sesuai adalah IKUT SUKA AKU LAH! but, aku terima tu dengan penuh berani dan bagi aku itu adalah satu cabaran untuk uji aku sejauhmana pengalaman dan ilmu selama ni mampu aku praktik kan. so, then aku ambik keputusan tuk jadi kawan dengan dorg. aku buang sikap tegas aku dalam program dan jadi seperti lalang yang fleksibel tuk ikut cara dorang. bagi aku, golongan macam ini kita tak harus bersikap tegas. kena lembut dan sedikit sedikit. sebabnya, dorang akan tension, melenting dan akan memberontak kalau ditekan sangat.

menariknya camp kali ni, aku dapat pengalaman baru macamana nak handle remaja bandar yang sudah terdedah dengan pelbagai budaya asing. but aku tengok mereka still ok dan bagi aku dorang perlukan kawan yang rapat dengan dorang dan boleh bawa dorang pegi jauh. kalau bab kerohanian tu bagi aku terpulang kepada mereka dan hidayah itu datangnya dari Allah tanpa boleh kita cipta sekelip mata. but, aku paling tekankan kepada dorang bab kejayaan hidup. remaja yang bermasalah dari segi ekonomi, latar belakang keluarga yang tidak stabil tidak bermakna mereka akan terbuang dan menjadi manusia yang gagal. walaupun dorang nakal tapi dorang still berakal dan mampu capai hasrat hidup mereka. 

tapi mereka ni tak semua bermasalah. aku dapat tangkap dua tiga orang yang memang kepala batu, kuat nganjeng, nakal, tapi bab ilmu memang tekun. memang macam ni lah yang orang boleh lihat mampu miliki masa depan yang cerah. bagi aku mereka-mereka ini ada hidup yang baik walaupun budak dlam bidang akademik. apa pon aku memang ambil program ni sebagai sebuah program yang baru bagi aku dan satu pengalaman yang sangat memberi dampak kepada aku tentang situasi kehidupan remaja bandar!

wah! panjangnye aku taip!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...