Konco-konco

Isnin, 13 Februari 2012

Kem Keusahawanan dan Kepimpinan PERKASA UKM


Kuala Kubu Baru- Kem Keusahawan dan Kepimpinan PERKASA REMAJA telah diadakan pada 10-12 Februari 2012 bersamaan hari Jumaat sehingga Ahad yang lepas. Kem ini disertai oleh 67 orang remaja yang kesemuanya berusia 14-20 tahun. seramai 31 orang lelaki telah menyertai kem ini dan selebihnya adalah peserta wanita. Kem ini merupakan sebuah kem motivasi keusahawanan dan kepimpinan yang dianjurkan oleh Perkasa UKM dibawah kelolaan Profesor Samsuddin dan juga pengawai penyelidik Puan Azrina. [sorry kalau nama tu salah k, aku main bedal je tu] Kem ini dilaksanakan oleh enam orang pemudah cara yang terdiri daripada Cik Huda, Cik Fazlinda, Cik Nisa', En. Ali, En. Usop dan En. Botak @ Rayzan.


Pelbagai acara telah diadakan bagi merealisasikan keampuhan program ini. Berikut merupakan antara aturcara program yang diadakan sepanjang kem ini bermula 10 Februari sehinggalah hari terakhir pada 12 Februari.

10 Februari 2012 [Jumaat]

2.30 PM: bertolak dari UKM menuju ke Pantai Dalam
4.30 PM: bertolak dari Pantai Dalam
5.45 PM: tiba di Kalumpang Resort and Training Centre [KRTC]

--------

9.00 PM: sesi suaikenal dan pembahagian kumpulan. juga perlantikan Penghulu dan Penghuluwati.
11.00 PM: Night Walk
2.30 AM: Tidur

ni dia Penghulu... BOB

ni pulak Penghuluwati... Cici

11 Februari 2012 [Sabtu]

6.00 AM: Solat
7.30 AM: Senam Pagi
8.30 AM: Taklimat IKS
9.30 AM: Lawatan IKS [Roti Canai dan Hulu Parang]

----------

2.00 PM: LDK

----------

5.00 PM: Rentas Sungai

----------

9.30 PM: Muhasabah Diri
10.30 PM: Bersurai


TEKUN... Para peserta mendengar taklimat IKS
[Black (paling kanan) poyo lebih]

di IKS membuat hulu parang
[dari kiri: Black, (entah), Panjang]

Geng Fotografi

Duduk: Aiman [awek dia lawa syal]
Berdiri: Iqbal...

rasanya ni geng Andaman.

12 Februari 2012 [Ahad]

7.30 AM: Senaman Pagi
9.30 AM: Jungle Tracking
12.00 PM: Penutupan
2.00 PM: Bersurai dan kembali ke rumah masing-masing

JUNGLE Tracking... Sebelum bertolak masuk hutan

PACAT...langkah berhati-hati.

BAJU putih... Along badan besar hati kecik.

dan yang paling penting... ni lah WIRA dalam program KEM KEUSAHAWAN DAN KEPIMPINAN PERKASA kali ini.

RAYZAN@BOTAK

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang berjaya mengikuti kem ini dengan baik sekali. semoga dengan kem seumpama ini mampu menyuntik semangat semua peserta untuk terus mencari jalan kehidupan masing-masing sekaligus menempah kejayaan walau dalam bidang apa pun. Syabas dan terima kasih juga diucapkan kepada PERKASA UKM kerana berjaya mengendalikan program ini dengan jayanya.

PERKASA! HEBAT SEKALI!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...