Konco-konco

Jumaat, 10 Februari 2012

Itu Harapanku

Hari ni bangun tersangatlah lewat sekali.... hurm... mana tidaknya semalam bukan main lambat lagi aku tido.. agak2 dalam kul 4.30 pagi barulah aku terlelap... aku pon xtau kenapa aku xbleh lena malam tadi... mata bukan main segar lagi... buka mata jak, aku terus on lappy aku dan macam biasa buka facebook dan lagu-lagu yang best kat laptop aku nie... buka lagu-lagu jiwang sambil termenung sendirian. sambil tangan membele-belek henpon tgk sms atau miskol yang tak terjawab. hurm! 

bila on jak fb, wah! gembira bila tulisan entry di akupunyabelok malam tadi dapat balasa daripada orang yang aku tuju.. katanya dia akan usahakan. alhamdulillah... memang itulah yang aku harapkan... hahaha..


terima kasih sebab sudi baca entry aku malam tadi. aku tahu kau akan baca sebab tu aku tulis kat situ. huhuhu... aku harapkan agar Allah pertemukan kita. hahaha. ekcely ramai lagi aku mau jumpa bila aku balik sabah beberapa hari lagi. tersangat merindui semua orang. sangat-sangat rindu. my mum, my dad, my brothers n my sisters. semuanya yang menjadi teman hidup aku selama ini. aku takut sekali kalau aku tak jumpa mereka dalam tempoh kepulangan aku ni, aku tak akan lagi jumpa di lain-lain masa. semoga Allah memanjangkan usiaku.

bukan takut untuk mati... tapi iman belum sempurna untuk menghadapinya. lagipun, semua benda yang aku rancang belum lagi tercapai. kalau aku pergi dulu maknanya harapan keluarga aku akan musnah dan luluh macam tu je. aku kena bertahan dan terus bertahan. semua ini aku harus tempuhi dengan hati yang tabah. sebab aku tahu itu adalah ujian dan ianya adalah salah satu persimpangan hidupku. so, rileks je. apapun, MATI itu ketentuan Tuhan. nak tak nak aku kena sentiasa bersedia untuk menghadapinya walau bila pun kan.

by the way, aku akan balik dalam masa 5 hari lagi. aku sangat merinduimu SANDAKAN.


semuanya sudah selesai, cuma aku xtahu mau bawa balik apa ke kampung ni. duit pun tiada mau beli barang-barang untuk keluargaku. maybe lain kali lah kan. apapun, hari ini aku akan berprogram sehingga 12hb ni. aku pon xtau program tu kat mana. aku join jak. hahaha. yang penting hari-hari aku berisi dengan sesuatu yang bermakna. oklah kawan-kawan, aku stop sampai sini dulu k. belum mandi lagi ni. mau g solat jumaat then bersiap ke program. jumpa lagi anda semua 3 hari lagi k. Assalamualaikum semua.


1 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...