Konco-konco

Jumaat, 13 Julai 2012

Inilah Rasaku

Salam semua... Terasa rindu plak ngan blog ni tiba2... hurm... macam nak aktifkan balik pulak blog ni... tapi blog ni dah nampak buruk dah kan... hurm... huhuhu... 



Aku yang semakin Lemah!


Petang ni  adalah hari ke-10 aku berpraktikal di UMS-Kampus Sandakan, Sabah. banyak benda yang aku belajar di sini. Walaupun aku mengambil kursus Sejarah di UKM, aku telah memilih tuk praktikal di sini. Memang sesuatu yang amat berbeza. sejarah yang berada di bawah Sains Sosial dan praktikal di Sekolah Pertanian yang ternyata Sains. Apapun, benda ini aku jadikan cabaran dan aku mahu buktikan yang Sejarah itu bukan mati dalam kepompong merdeka, mat kilau, tok janggut. Tapi sejarah itu meliputi semua aspek termasuk Pertanian. 

#sedang dengar lagu Milik Siapa Gadis Ini...

Aku x tau kenapa tetiba aku mahu menulis petang ni... Mungkin sebab tiada kerja... Aku sebenarnya mahu pecahkan rahsia besar aku di sini. Tapi nilai kesabaran dan rasa malu itu masih ada dalam diri aku... Cuma kadang-kadang aku terdetik mahu jak tamatkan riwayat hidup lebih awal... Nasib lah iman dan Allah masih membimbing aku kembali kepada aturanNya. Aku pun x tau napa aku kadang-kadang berfikiran sebodoh itu....

Sebenarnya aku sedikit terkilan dengan orang yang aku anggap boleh bersama aku dan ambil berat pasal aku. Aku terus terang di dunia ini tiada siapa lagi aku mahu bergantung selain dia untuk aku naikkan semangatku untuk terus hidup... But, sejak dua menjak ini, aku terasa macam tidak dipedulikan. Aku bukan mahu dihubungi selalu.. Aku cuma mahu ada orang yang sokong aku.. Bagi aku kuat untuk semua ini.... Kadang-kadang aku terfikir sama ada dia juga sudah tidak menerima aku? Perlukah aku cari orang lain untuk semua ini? Atau aku harus pergi jauh bawa dirisehingga tiada siapa akan tahu aku di mana dan bagaimana keadaan aku...???

#lagu Nilai Cintamu


Aku merayu... Aku Perlukan Perhatianmu! Motivasiku semakin kurang.... Aku mengharap sangat.. Aku tulis sini sebab aku tahu kau akan membacanya seperti selalu....

Khamis, 23 Februari 2012

pengumuman penting!

salam semua... memandangkan blog ini sudah tidak berapa menawan dan amat menjengkelkan mata aku. maka dengan ini aku ingin mengumumkan bahawasanya blog AKUPUNYABELOK ini akan ditutup tidak lama lagi. Namun demikian, blog ini akan digantikan dengan blog terbaharu dari aku di http://sahrezanabdulsalam.blogspot.com/ 


segala perkembangan dan kisah hidup aku seterusnya boleh dikuti melalui blog baru ini. sekian, salam sayang semua.

p/s: sedih terpaksa tutup blog ini...

Isnin, 13 Februari 2012

Kem Keusahawanan dan Kepimpinan PERKASA UKM


Kuala Kubu Baru- Kem Keusahawan dan Kepimpinan PERKASA REMAJA telah diadakan pada 10-12 Februari 2012 bersamaan hari Jumaat sehingga Ahad yang lepas. Kem ini disertai oleh 67 orang remaja yang kesemuanya berusia 14-20 tahun. seramai 31 orang lelaki telah menyertai kem ini dan selebihnya adalah peserta wanita. Kem ini merupakan sebuah kem motivasi keusahawanan dan kepimpinan yang dianjurkan oleh Perkasa UKM dibawah kelolaan Profesor Samsuddin dan juga pengawai penyelidik Puan Azrina. [sorry kalau nama tu salah k, aku main bedal je tu] Kem ini dilaksanakan oleh enam orang pemudah cara yang terdiri daripada Cik Huda, Cik Fazlinda, Cik Nisa', En. Ali, En. Usop dan En. Botak @ Rayzan.


Pelbagai acara telah diadakan bagi merealisasikan keampuhan program ini. Berikut merupakan antara aturcara program yang diadakan sepanjang kem ini bermula 10 Februari sehinggalah hari terakhir pada 12 Februari.

10 Februari 2012 [Jumaat]

2.30 PM: bertolak dari UKM menuju ke Pantai Dalam
4.30 PM: bertolak dari Pantai Dalam
5.45 PM: tiba di Kalumpang Resort and Training Centre [KRTC]

--------

9.00 PM: sesi suaikenal dan pembahagian kumpulan. juga perlantikan Penghulu dan Penghuluwati.
11.00 PM: Night Walk
2.30 AM: Tidur

ni dia Penghulu... BOB

ni pulak Penghuluwati... Cici

11 Februari 2012 [Sabtu]

6.00 AM: Solat
7.30 AM: Senam Pagi
8.30 AM: Taklimat IKS
9.30 AM: Lawatan IKS [Roti Canai dan Hulu Parang]

----------

2.00 PM: LDK

----------

5.00 PM: Rentas Sungai

----------

9.30 PM: Muhasabah Diri
10.30 PM: Bersurai


TEKUN... Para peserta mendengar taklimat IKS
[Black (paling kanan) poyo lebih]

di IKS membuat hulu parang
[dari kiri: Black, (entah), Panjang]

Geng Fotografi

Duduk: Aiman [awek dia lawa syal]
Berdiri: Iqbal...

rasanya ni geng Andaman.

12 Februari 2012 [Ahad]

7.30 AM: Senaman Pagi
9.30 AM: Jungle Tracking
12.00 PM: Penutupan
2.00 PM: Bersurai dan kembali ke rumah masing-masing

JUNGLE Tracking... Sebelum bertolak masuk hutan

PACAT...langkah berhati-hati.

BAJU putih... Along badan besar hati kecik.

dan yang paling penting... ni lah WIRA dalam program KEM KEUSAHAWAN DAN KEPIMPINAN PERKASA kali ini.

RAYZAN@BOTAK

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang berjaya mengikuti kem ini dengan baik sekali. semoga dengan kem seumpama ini mampu menyuntik semangat semua peserta untuk terus mencari jalan kehidupan masing-masing sekaligus menempah kejayaan walau dalam bidang apa pun. Syabas dan terima kasih juga diucapkan kepada PERKASA UKM kerana berjaya mengendalikan program ini dengan jayanya.

PERKASA! HEBAT SEKALI!!!!

letih

Letih.. itu yang mampu aku ungkapkan buat masa ini... namun dalam keletihan aku ni ada satu rasa kepuasan yang aku akan rasai tiap kali aku mengikuti dan menjalani perkara seperti ini.

sebenarnya aku baru balik dari camp yang dibuat oleh PERKASA, UKM. ekcely aku tak terlibat pon dalam Perkasa ni. cuma ada sorang akak tu, HUDA namanya ajak aku join program ni. dah memang aku pon xde benda nak buat asyik membuta je dalam bilik, so aku joinlah benda ni. first, aku fikir program ni adalah program untuk pelajar sekolah menengah atau sekolah rendah, so dalam masa seminggu sebelum tu aku dah prepare tuk sedia dengan semua yang bakal aku hadapi untuk pelajar-pelajar sekolah. dalam otak aku, pemerkasaan means kita akan berhadapan dengan pelajar yang sedikit nakal. ok tak pe...

bila 10 februari selepas solat jumaat aku bertolak dari UKM ke Pantai Dalm. zap! bukan sekolah der... kawasan perumahan.. budak2 flat! satu cabaran buatku dan inilah kali pertama aku akan handle program remaja untuk remaja-remaja flat! terdiam aku seketika dalam bas time sampai depan flat perumahan tu... apa ni? hatiku berkata sendiri! hahaha... macam novel lak...

lepas je angkut budak2 ni dari flat, kami menuju ke Kem Kalumpang Resort Training Centre. kira ok jugak tempak tu. better then Dusun Eco Resort kat Pahang tu. tau x aku ambik masa hampir 4 jam tuk sesuaikan diri dengan keadaan tu. yelah! aku xde persediaan untuk golongan macam ni. cabaran hebat untuk aku. so, aku kena cari apa yang dorang nak! lastly, aku dapat tangkap yang dorang ni memang dah masak ngan budaya bandar. hanya dua tiga orang sahaja yang masih ada budaya kampung yang orang kata dapat kawal diri sendiri dengan baik.

aku nak bagitau korang yang remaja kampung dan remaja bandar lain! remaja yang ada jiwa kampung ni dia agak cool dan tenang. dorang gak agak lasak dan akan selalu mencba something yang interesting tanpa sebarang bunyi. but, kalau remaja bandar ni, ego dia agak tinggi. mereka akan ikut kehendak hati dan akan selalu rentas batas. i mean istilah paling sesuai adalah IKUT SUKA AKU LAH! but, aku terima tu dengan penuh berani dan bagi aku itu adalah satu cabaran untuk uji aku sejauhmana pengalaman dan ilmu selama ni mampu aku praktik kan. so, then aku ambik keputusan tuk jadi kawan dengan dorg. aku buang sikap tegas aku dalam program dan jadi seperti lalang yang fleksibel tuk ikut cara dorang. bagi aku, golongan macam ini kita tak harus bersikap tegas. kena lembut dan sedikit sedikit. sebabnya, dorang akan tension, melenting dan akan memberontak kalau ditekan sangat.

menariknya camp kali ni, aku dapat pengalaman baru macamana nak handle remaja bandar yang sudah terdedah dengan pelbagai budaya asing. but aku tengok mereka still ok dan bagi aku dorang perlukan kawan yang rapat dengan dorang dan boleh bawa dorang pegi jauh. kalau bab kerohanian tu bagi aku terpulang kepada mereka dan hidayah itu datangnya dari Allah tanpa boleh kita cipta sekelip mata. but, aku paling tekankan kepada dorang bab kejayaan hidup. remaja yang bermasalah dari segi ekonomi, latar belakang keluarga yang tidak stabil tidak bermakna mereka akan terbuang dan menjadi manusia yang gagal. walaupun dorang nakal tapi dorang still berakal dan mampu capai hasrat hidup mereka. 

tapi mereka ni tak semua bermasalah. aku dapat tangkap dua tiga orang yang memang kepala batu, kuat nganjeng, nakal, tapi bab ilmu memang tekun. memang macam ni lah yang orang boleh lihat mampu miliki masa depan yang cerah. bagi aku mereka-mereka ini ada hidup yang baik walaupun budak dlam bidang akademik. apa pon aku memang ambil program ni sebagai sebuah program yang baru bagi aku dan satu pengalaman yang sangat memberi dampak kepada aku tentang situasi kehidupan remaja bandar!

wah! panjangnye aku taip!!!

Jumaat, 10 Februari 2012

Itu Harapanku

Hari ni bangun tersangatlah lewat sekali.... hurm... mana tidaknya semalam bukan main lambat lagi aku tido.. agak2 dalam kul 4.30 pagi barulah aku terlelap... aku pon xtau kenapa aku xbleh lena malam tadi... mata bukan main segar lagi... buka mata jak, aku terus on lappy aku dan macam biasa buka facebook dan lagu-lagu yang best kat laptop aku nie... buka lagu-lagu jiwang sambil termenung sendirian. sambil tangan membele-belek henpon tgk sms atau miskol yang tak terjawab. hurm! 

bila on jak fb, wah! gembira bila tulisan entry di akupunyabelok malam tadi dapat balasa daripada orang yang aku tuju.. katanya dia akan usahakan. alhamdulillah... memang itulah yang aku harapkan... hahaha..


terima kasih sebab sudi baca entry aku malam tadi. aku tahu kau akan baca sebab tu aku tulis kat situ. huhuhu... aku harapkan agar Allah pertemukan kita. hahaha. ekcely ramai lagi aku mau jumpa bila aku balik sabah beberapa hari lagi. tersangat merindui semua orang. sangat-sangat rindu. my mum, my dad, my brothers n my sisters. semuanya yang menjadi teman hidup aku selama ini. aku takut sekali kalau aku tak jumpa mereka dalam tempoh kepulangan aku ni, aku tak akan lagi jumpa di lain-lain masa. semoga Allah memanjangkan usiaku.

bukan takut untuk mati... tapi iman belum sempurna untuk menghadapinya. lagipun, semua benda yang aku rancang belum lagi tercapai. kalau aku pergi dulu maknanya harapan keluarga aku akan musnah dan luluh macam tu je. aku kena bertahan dan terus bertahan. semua ini aku harus tempuhi dengan hati yang tabah. sebab aku tahu itu adalah ujian dan ianya adalah salah satu persimpangan hidupku. so, rileks je. apapun, MATI itu ketentuan Tuhan. nak tak nak aku kena sentiasa bersedia untuk menghadapinya walau bila pun kan.

by the way, aku akan balik dalam masa 5 hari lagi. aku sangat merinduimu SANDAKAN.


semuanya sudah selesai, cuma aku xtahu mau bawa balik apa ke kampung ni. duit pun tiada mau beli barang-barang untuk keluargaku. maybe lain kali lah kan. apapun, hari ini aku akan berprogram sehingga 12hb ni. aku pon xtau program tu kat mana. aku join jak. hahaha. yang penting hari-hari aku berisi dengan sesuatu yang bermakna. oklah kawan-kawan, aku stop sampai sini dulu k. belum mandi lagi ni. mau g solat jumaat then bersiap ke program. jumpa lagi anda semua 3 hari lagi k. Assalamualaikum semua.


entri khas buat sahabatku

malam ni mataku masih segar dan belum mahu terlena... aku seakan mencari sebuah ketenangan yang memungkinkan aku untuk melelapkan mataku untuk aku mencari sebuah mimpi... entah kenapa malam ni aku rasa sayu sekali... jauh dalam benak fikiranku memikirkan nasib hidup yang penuh dengan cabaran... aku terkadang ketawa, terkadang menangis dan terkadang jiwaku seakan dihiris-hiris... paling teruk apabila aku sendiri tidak mampu untuk menahan tikaman-tikaman yang menusuk diriku bertubi-tubi tanpa belas dan rasa simpati pada raungan hatiku...

tapi aku bersyukur dalam keadaan aku gembira, aku menangis dan aku terluka masih ada insan yang menjadi peneman setiaku... dialah pendengar setia dan padanya semua rahsia yang aku ada aku lepaskan dan amanahkan untuknya simpan sampan bila-bila. hidup ini perlukan teman untuk kau kongsikan masalah dan rasa tekanan dalam diri. aku dan dia seperti itu. tatkala dia ada masalah, dia akan ceritakan kepadaku walaupun tiada apa yang dapatku bantu melainkan mendengar dan menenagkan jiwanya. dan aku, seberat manapun masalah yang aku hadapi akan aku hempapkan ke atas dirinya. dan dia akan sedia menyambut lambungan rasaku walaupun kadang-kadang dia merasa pahit. 

malam ini entah dengan tiba-tiba wajahnya terlintas dihadapanku. seolah-olah memanggil diriku untuk menemuinya. herm entahlah.. lagi beberapa hari lagi aku akan kembali ke sana. mungkin ini peluang yang harus aku gunakan untuk bertemu sahabat baikku ini. bercerita dengannya, melepak bersama dan mungkin bertikam lidah sedikit sebanyak. argh! sumpah aku rindu dengannya. bagi aku, dia yang terbaik dan sentiasa terbaik buatku. Allah takdirkan dia dan aku menjadi sahabat yang seakrab ini mungkin sudah menjadi ketentuan suatu hari aku akan sangat lemah dan dia yang akan menjadi tulang kekuatan kepada diriku.

kadang-kadang aku menyakiti hatinya tanpa aku sedari. aku sangat merasa bersalah. tapi dia tak pernah untuk membuangku dari hidupnya. mungkin inilah kehebatan talian persahabatan yang terbina agak sekian lama. 

buat dirimu sahabatku, sebentar lagi aku akan pulang ke sana. aku harap kau dapat luangkan sedikit masa untuk kita bertemu muka. terima kasih kerana sudi menjadi sahabat baikku dan menjadi orang yang amat aku percayai di dunia ini. semoga kau sentiasa diberkati Allah SWT.TERIMA KASIH SAHABATKU- SU............


mood: mengalirkan airmata mengenangkan saat aku bertemumu dan menceritakan sebuah titik berakhirnya cerah hidupku.... kau tahu saat itu bukan....?

sudah tahun 2012 rupanya

Assalamualaikum semua...

Wah sudah agak lama aku x update akupunyabelok ni kan... hahaha.. maaflah aku agak bizi dengan aktiviti harianku yang sangat-sangat padat dan penuh dengan duri dan cabaran... bagi aku era semester lepas adalah satu era study aku yang paling sibuk dan sangatlah tidak teratur...

PERTAMA sekali aku ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 walaupun dah masuk bulan Februari dah ni... hahaha... sebenarnya ucapan ni dah tak penting pon bagi kita semua sebab setiap tahun kita akan melafazkan benda yang sama... sedar xsedar sudah hampir tiga tahun aku berada di perantauan menuntut ilmu di negeri orang walaupun dalam negara sendiri...



SECONDLY, aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR BUAT DIRIKU SENDIRI yang alhamdulillah telah selamat menyambut ulang tahun kelahiranku pada 06 Januari 2012 yang lepas... hadiah? tiada hadiah pon yang aku dapat... tapi yang bestnya sambutan hari tua aku kali ini aku sifatkan paling meriah dalam hidup aku sebab aku sambut berapa kali ntah... sehinggakan 29 Januari pon masih lagi ada yang nak celebrate befday aku... hahaha.. kelakar kan... tapi aku bahagia...

ni lah kawan2 aku yg sambut befday aku.. TQ Korang
walaubagaimanapun, befday aku tahun ni agak terencat sedikit memandangkan befday kali ni jatuh pada tarikh peperiksaan!! wargh! memang agak tensen jugaklah... sebab time aku nak bergembira sepuas-puasnya... aku xbleh sebab kena study walaupun aku x lah study mana pon time tu...

Lepas jak exam... macam biasa semua orang kiri kana depan belakang atas bawah semua dok angkut beg naik bas, teksi, flight balik kampung... dan aku macam biasa duk dalam bilik... tidak menghiraukan sesiapa pon yang sedang mengalami kegembiraan ingin pulang ke kampung... sehingga hari ini aku masih lagi menjaga bangunan-bangunan di UKM ini. takut runtuh plak.. kang buka sem tiada plak bangunan mau study kan... huhuhu... btw, aku still gak balik ke kampung dalam masa terdekat ini... akan diberitahu kelak kepada semua... maybe kalau yang mengikuti perkembangan aku melalui facebook aku... http://www.facebook.com/megikari mesti kamu semua sudah tahu bila aku akan balik ke kampung halamanku yang sangat indah itu...

sebelum terlupa aku ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA, SELAMAT MENYAMBUT HARI WILAYAH PERSEKUTUAN, SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL DAN HAPPY THAIPUSAM... Semoga semua yang menyambut hari kebesaran masing-masing dapat meraihkannya dengan penuh kesederhanaan dan penuh dengan penghayatan.

mood: bosan duduk sorang2 dalam bilik...

header baru

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...