Konco-konco

Rabu, 28 Disember 2011

meLampau...

maaf Akupunyabelok.. sudah lama aku tidak mencoretkan sesuatu pada laman mu ini... sorry sebab terlalu bz ngan kerja-kerja lain. tapi jangan risau... lepas ni aku akan selalu mendampingimu sebab semua kerja tu aku dah buang dan bagi kat orang lain... walaupun berat rasa hati tgk yang lain dapat beban, tapi itulah yang terbaik aku putuskan. Maaf jugak sebab kali ini aku ingin melampiaskan rasa sedih aku kat engkau. entahlah... aku rasa kau dah jadi tempat aku mengadu dan dengan cara ini je kot aku rasa aku dapat buang rasa beban dalam otak aku... siyesly...


Kenapa aku dihukum sebegini rupa? apa masalah mereka sampai aku dilakukan macam ni..? hahaha.. aku xtau nak kata apa? aku xtau nak buat apa? nak ketawa atau menangis... sedih, sakit ati, gembira, semua rasa ada bercampur baur sampai aku xtau macamana nak kata... hahaha...

macam ni, aku baru je selesai adakan mesyuarat penyelarasan dengan Rumah Anak Yatim Attaqwa.. korang tau tak yang mana satu ni? tak payah tahu la kot tentang benda ni... tapi benda ni telah menjadi satu program terakhir aku sepanjang aku berada di Kolej Kediaman aku di UKM ni. huhuhu... Aku telah menerima hukuman yang paling menjengkelkan sekali dalam hidup aku... Aku DIPULAUKAN... wow! Padan dengan muka aku kan... tanpa usul periksa dan tanya dengan aku, satu mesyuarat tergempar telah diadakan bagi (dalam istilah kasarnya) MENGHARAMKAN mesyuarat tersebut. hahaha... time tu aku dah tergelak. tak dapat aku bayangkan betapa bencinya dia terhadap aku... tapi aku dah biasa dengan perangai menjengkelkannya tu...


orang itu tidak pernah menghargai apa yang pernah aku lakukan sebelum ini. belum pernah terlintah dibibirnya untuk mengucapkan ucapan terima kasih kepada aku selepas apa yang pernah aku lakukan sebelum ini... walhal, dia buat perangai baby dia yang budak-budak tu nak merajuk macam tak diberikan susu dah 3-4 kali dah. tapi aku xkisah pun, bagi aku dia xde kaitan dalam hidup aku. Bukan nak kata sedara mara, malah hubungan kekeluargaan bau-bau bacang pon tak ade. so, ada aku kesah?

kenapa kau nak haramkan mesyuarat yang aku nak buat? perlukah semua benda ko nak tahu dan diberitahu? kalau macam tu, aku pon boleh je pegang jawatan yang ko pegang. kalau buat something bagitau aku, then, ikut suka aku la nak join atau tak. janji aku tahu benda tu ada. weyyyyyyyyyyyy! aku tahu benda ni jadi selepas pukul 9.00 malam, hari sebelum bertolak. time tu aku kat KL tengah buat cenderamata untuk dibawa ke sana. ko ada tanya aku x sebelum ko nak haramkan benda ni? hahaha.. nampak sangat pikiran ko tak tajam. bertindak ikut nafsu dan bukan ikut ilmu... hahaha... aku abasah lencun dari UKM naik moto sampai KL time demam sebab nak kejar benda ni, nak siapkan sebab esoknya nak pegi... kami pakai duit sendiri... xde pon korang nak tanya... hahaha...


tapi xpe, kalau ko ingat ko boleh buat kepala, aku pon boleh... aku xkisah ar ngan program tu, langsung tak menjejaskan pointer aku pon kalau aku letak jawatan dalam program tu...


kenapa time MKKTHO yang hampir tak jadi tu korang tak buat meeting tergempar? hahaha.. korang biarkan aku terkapai-kapai cari peniaga, uruskan pusanika, cari partition, urus itu ini.... ada kamu buat meeting tergempar? aku yang xde kaitan tau yang p buat meeting tergempar bersaksikan Mimi, Dayah dan AJK2 lain... korang kat mana time tu? tido? chating? FB? study? Shooting? Training? hahahaha... ada kamu bantu aku? kak mimi, dayah, kak qila, gg je yang ada bantu... yang dia ada sebuk2? hahaha... kenapa time macam ni baru nak sebuk sangat? sebab ko tacing la ko tak dibawa dan xdiberitahu pasal benda tu? hahaha... padan sangatlah...

siyes aku terkejut! Kami Jaksa xpegi! wow!!!! bestnya statement... ATAS ARAHAN PIHAK ATASAN?? arahan sapa??? sapa atasan tu?? itu bukan arahan pihak atasan... itu arahan dia sendiri yang berpikir ikut nafsu... 

meh aku xbagitahu korang erk... dia xpernah pun ucap terima kasih kat aku secara personal pasalprogram2 yang aku dah jayakan... FESSAT X.. sapa yang jayakan...? kesana kemari.. fatimah ahmed tu masih hidup tau... tanya kat dorang... Bob pon masih hidup... tanay ngan dorg, sapa yang banyak buat keja... aku berbulan2 sengkang mata tuk jayakan tau.. selama seminggu sepanjang program aku tahan mata xtido... OPKIM kat ledang, banyak benda aku cover untuk urusetia dia... tapi aku kena  tempelak semula.. ada dia ucap terima kasih? aku kena umpat time post mortem adalah... MAP 14, aku xde jawatan tau... tapi aku handle bahagian protokol.. ada dia ucap terima kasih? BAKSIS kat trolak? ada? dalam laporan media kat UKM pic aku xde pon... hahaha... 

takpela... betul kata mak aku... di dunia ni banyak jalan.. dan setiap jalan banyak dugaan... hanya kekuatan hati yang mampu buat kita bertahan... terima kasih mak... ejan sayang mama...

buat adik amir... abang minta maaf sebab tarik diri... abg tahu adik boleh buat... gud luck semua...



Ape-ape pon, aku nak kongsi gambar2 sepanjang rombongan aku, amir, zarina, syuhaida dan huda ke rumah anak yatim...

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...