Konco-konco

Jumaat, 16 Disember 2011

cinta dua hari

Sedih, sebak, pilu, derita, merana, lara, kecewa, menangis, meraung, rebah...



Hanya itu yang mapu aku rasa sekarang... dan sudah menjadi kebiasaan kepadaku setiap kali aku cuba untuk menghirup nikmat bahagia... Aku sedikit buntu kenapa aku dihukum sebegini rupa? aku cuba untuk mencarinya dan cuba untuk menjelaskan segalanya. aku juga ingin bersemuka dengannya untuk aku tahu sebesar mana salahku terhadapnya.

Aku tidak mengerti kenapa aku dihukum sebegini? Mungkinkah terlalu besar salahku pada dirinya hingga aku dicampakkan sebegini? Aku amat menyayanginya dan amat mencintainya. Aku terlalu amat. Aku ingatkan semuanya akan bertahan lama dan ini akan menjadi sebuah permulaan hidupku yang seterusnya. Ternyata gerimis turun di tengah hari sebelum aku mampu untuk sampai ke waktu sore.

Aku tidak akan mengalah dengan ketentuan ini. Bagi aku, ini adalah sebuah dugaan dan aku akan cuba untuk mengatasinya. Aku akan cuba untuk menjernihkannya. Walaupun di matanya aku yang bersalah, dan aku akur akan itu. Namun, itu bukan bermakna aku pasrah pada permulaan ini. Masih sempat lagi untuk aku membetulkan keadaan sebelum ia dihanyutkan dengan deras ombak yang mendatang. 

Aku tidak mahu kehilangan manis cintanya. Bagi aku, sepanjang dua hari bergelar pemilik hatinya membuatkan aku sangat bahagia dan gembira. Dan aku enggan untuk mengakhiri cinta yang baru sahaja bermula ini. Hatiku, jiwaku, aku serahkan padanya. Aku kosong tanpa hadirnya di sisiku dan tanpa sentuhan kasihnya. Aku berasa sangat bertuah menjadi miliknya dan memilikinya.

Maafkan aku jika aku bersalah. Dan jika aku bersalah, ampunkanlah aku. Bukan niatku untuk menyakitimu dan tidak pernah terlintas untuk mengguris jiwamu. Runtun jantungku bila kau lafaz kalimah perpisahan sedangkan pada waktu itu aku sangat gembira menerima panggilanmu. Ternyata dihiris-hiris hatiku mendengar bait-bait duka yang kau madahkan. Tidak mampu untuk aku gambarkan betapa punahnya hatiku hingga aku terdampar lesu diperbaringanku. Aku tidak diberikan peluang walau sepatah untuk menjelaskannya. 

***H**, Berikanlah aku sekali lagi waktu. Aku terseksa dibuang sebegini rupa. Tak sanggup aku menerima hakikat ini. Aku merayu padamu untuk kau buka hatimu untuk menerimaku. Aku merayu padamu. Aku Merayu.

Cintaku hanya untukmu ***H**....

1 ulasan:

  1. "Andainya jodoh itu datang dengan mudah sambutlah ia dengan mudah.
    Andainya ia sukar lagi payah anggap sahaja kecepatan bukanlah terbaik buat anda.
    Andainya ia tidak datang-datang juga dan andainya hingga ke sudah,
    itulah rahmat TUHAN untuk memudahkan laluan anda ke Syurga.."

    Kita hanya merancang, Dia yang menentukan. Bersabarlah, Dia tahu kau mampu menempuhi :)

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...