Konco-konco

Rabu, 28 Disember 2011

meLampau...

maaf Akupunyabelok.. sudah lama aku tidak mencoretkan sesuatu pada laman mu ini... sorry sebab terlalu bz ngan kerja-kerja lain. tapi jangan risau... lepas ni aku akan selalu mendampingimu sebab semua kerja tu aku dah buang dan bagi kat orang lain... walaupun berat rasa hati tgk yang lain dapat beban, tapi itulah yang terbaik aku putuskan. Maaf jugak sebab kali ini aku ingin melampiaskan rasa sedih aku kat engkau. entahlah... aku rasa kau dah jadi tempat aku mengadu dan dengan cara ini je kot aku rasa aku dapat buang rasa beban dalam otak aku... siyesly...


Kenapa aku dihukum sebegini rupa? apa masalah mereka sampai aku dilakukan macam ni..? hahaha.. aku xtau nak kata apa? aku xtau nak buat apa? nak ketawa atau menangis... sedih, sakit ati, gembira, semua rasa ada bercampur baur sampai aku xtau macamana nak kata... hahaha...

macam ni, aku baru je selesai adakan mesyuarat penyelarasan dengan Rumah Anak Yatim Attaqwa.. korang tau tak yang mana satu ni? tak payah tahu la kot tentang benda ni... tapi benda ni telah menjadi satu program terakhir aku sepanjang aku berada di Kolej Kediaman aku di UKM ni. huhuhu... Aku telah menerima hukuman yang paling menjengkelkan sekali dalam hidup aku... Aku DIPULAUKAN... wow! Padan dengan muka aku kan... tanpa usul periksa dan tanya dengan aku, satu mesyuarat tergempar telah diadakan bagi (dalam istilah kasarnya) MENGHARAMKAN mesyuarat tersebut. hahaha... time tu aku dah tergelak. tak dapat aku bayangkan betapa bencinya dia terhadap aku... tapi aku dah biasa dengan perangai menjengkelkannya tu...


orang itu tidak pernah menghargai apa yang pernah aku lakukan sebelum ini. belum pernah terlintah dibibirnya untuk mengucapkan ucapan terima kasih kepada aku selepas apa yang pernah aku lakukan sebelum ini... walhal, dia buat perangai baby dia yang budak-budak tu nak merajuk macam tak diberikan susu dah 3-4 kali dah. tapi aku xkisah pun, bagi aku dia xde kaitan dalam hidup aku. Bukan nak kata sedara mara, malah hubungan kekeluargaan bau-bau bacang pon tak ade. so, ada aku kesah?

kenapa kau nak haramkan mesyuarat yang aku nak buat? perlukah semua benda ko nak tahu dan diberitahu? kalau macam tu, aku pon boleh je pegang jawatan yang ko pegang. kalau buat something bagitau aku, then, ikut suka aku la nak join atau tak. janji aku tahu benda tu ada. weyyyyyyyyyyyy! aku tahu benda ni jadi selepas pukul 9.00 malam, hari sebelum bertolak. time tu aku kat KL tengah buat cenderamata untuk dibawa ke sana. ko ada tanya aku x sebelum ko nak haramkan benda ni? hahaha.. nampak sangat pikiran ko tak tajam. bertindak ikut nafsu dan bukan ikut ilmu... hahaha... aku abasah lencun dari UKM naik moto sampai KL time demam sebab nak kejar benda ni, nak siapkan sebab esoknya nak pegi... kami pakai duit sendiri... xde pon korang nak tanya... hahaha...


tapi xpe, kalau ko ingat ko boleh buat kepala, aku pon boleh... aku xkisah ar ngan program tu, langsung tak menjejaskan pointer aku pon kalau aku letak jawatan dalam program tu...


kenapa time MKKTHO yang hampir tak jadi tu korang tak buat meeting tergempar? hahaha.. korang biarkan aku terkapai-kapai cari peniaga, uruskan pusanika, cari partition, urus itu ini.... ada kamu buat meeting tergempar? aku yang xde kaitan tau yang p buat meeting tergempar bersaksikan Mimi, Dayah dan AJK2 lain... korang kat mana time tu? tido? chating? FB? study? Shooting? Training? hahahaha... ada kamu bantu aku? kak mimi, dayah, kak qila, gg je yang ada bantu... yang dia ada sebuk2? hahaha... kenapa time macam ni baru nak sebuk sangat? sebab ko tacing la ko tak dibawa dan xdiberitahu pasal benda tu? hahaha... padan sangatlah...

siyes aku terkejut! Kami Jaksa xpegi! wow!!!! bestnya statement... ATAS ARAHAN PIHAK ATASAN?? arahan sapa??? sapa atasan tu?? itu bukan arahan pihak atasan... itu arahan dia sendiri yang berpikir ikut nafsu... 

meh aku xbagitahu korang erk... dia xpernah pun ucap terima kasih kat aku secara personal pasalprogram2 yang aku dah jayakan... FESSAT X.. sapa yang jayakan...? kesana kemari.. fatimah ahmed tu masih hidup tau... tanya kat dorang... Bob pon masih hidup... tanay ngan dorg, sapa yang banyak buat keja... aku berbulan2 sengkang mata tuk jayakan tau.. selama seminggu sepanjang program aku tahan mata xtido... OPKIM kat ledang, banyak benda aku cover untuk urusetia dia... tapi aku kena  tempelak semula.. ada dia ucap terima kasih? aku kena umpat time post mortem adalah... MAP 14, aku xde jawatan tau... tapi aku handle bahagian protokol.. ada dia ucap terima kasih? BAKSIS kat trolak? ada? dalam laporan media kat UKM pic aku xde pon... hahaha... 

takpela... betul kata mak aku... di dunia ni banyak jalan.. dan setiap jalan banyak dugaan... hanya kekuatan hati yang mampu buat kita bertahan... terima kasih mak... ejan sayang mama...

buat adik amir... abang minta maaf sebab tarik diri... abg tahu adik boleh buat... gud luck semua...

Sabtu, 24 Disember 2011

aku beberapa hari lepas

rasa amat bahagia sekali... hanya itu yang mampu untuk aku ungkapkan tentang diriku saat ini... macam2 benda jadi kat aku sejak dua menjak nie... hurm... jom kita mulakan coretan diari kehidupanku sepanjang bulan ini dengan kisah aku dengan seorang kawan baruku...

sebenarnya aku dan Fazlan bukanlah baru sehari dua kenal. aku dan dia dah lama dah kenal... cuma dah tahun2 akhir ni barulah rasa nak rapat kan... time tu dia sakit-sakit. muntah2. katanya dia alah pada rokok. Hahaha.. agak kelakar gak tapi dah memang tu sakit yang dia alami... hurm... kesian gak kat dia... hurm... kitorang lepak2 la sepanjang seminggu tu.. 

bajet senyum... padahal baru je habis muntah
sepanjang jalan....

sekarang ni aku pon xtau dia wat apa... sebuk la kot dengan exam yang bakal tiba tak lama lagi... hahaha... wey, kalau ko nak kuar gile2 lagi ajak je aku... hahahaha....

aktiviti kedua yang aku lalui adalah syarahan perdana profesor.. berkaitan dengan perdagangan dan perairan di laut malayu... satu syarahan yang sangat menarik... dengan dihiasi dengan pantun dan bunyi2 ombak... seolah2 kita yang berada dalam bilik majlis itu kembali ke zaman kegemilangan melaka yang damai dan permai...




ni la my feberet lekcere... Dr Rahila
kami selalu gaduh dan kami ketawa bersama
LUV U Dr...
 then, aku g UM... ada seminar sejarah dari kaca mata Mahasiswa... agak menarik... dan alhamdulillah aku dan my junior... Rieza.. juga budak sabah berjaya membawakan isu yang dibincangkan dengan begitu baik... huhu.. Tahniah UKM...!!!

lepas Forum.. jalan2 kat Mid Valley

aku rasa kalau ada anugerah pelajar xkenal penat.. aku boleh dapat kot.. sebab lepas je berforum dan lakukan segala bagai pada hari sabtunya, pagi ahad aku masih gagah lagi untuk ikuti Hari Apresiasi Keluarga Fakulti Sains Sosial dan kemanusiaan... huhuhu... Aku Menang Sukaneka!!! hahahaha



tu jelah dulu k.. penat nak taip.... k bai!

Jumaat, 16 Disember 2011

cinta dua hari

Sedih, sebak, pilu, derita, merana, lara, kecewa, menangis, meraung, rebah...



Hanya itu yang mapu aku rasa sekarang... dan sudah menjadi kebiasaan kepadaku setiap kali aku cuba untuk menghirup nikmat bahagia... Aku sedikit buntu kenapa aku dihukum sebegini rupa? aku cuba untuk mencarinya dan cuba untuk menjelaskan segalanya. aku juga ingin bersemuka dengannya untuk aku tahu sebesar mana salahku terhadapnya.

Aku tidak mengerti kenapa aku dihukum sebegini? Mungkinkah terlalu besar salahku pada dirinya hingga aku dicampakkan sebegini? Aku amat menyayanginya dan amat mencintainya. Aku terlalu amat. Aku ingatkan semuanya akan bertahan lama dan ini akan menjadi sebuah permulaan hidupku yang seterusnya. Ternyata gerimis turun di tengah hari sebelum aku mampu untuk sampai ke waktu sore.

Aku tidak akan mengalah dengan ketentuan ini. Bagi aku, ini adalah sebuah dugaan dan aku akan cuba untuk mengatasinya. Aku akan cuba untuk menjernihkannya. Walaupun di matanya aku yang bersalah, dan aku akur akan itu. Namun, itu bukan bermakna aku pasrah pada permulaan ini. Masih sempat lagi untuk aku membetulkan keadaan sebelum ia dihanyutkan dengan deras ombak yang mendatang. 

Aku tidak mahu kehilangan manis cintanya. Bagi aku, sepanjang dua hari bergelar pemilik hatinya membuatkan aku sangat bahagia dan gembira. Dan aku enggan untuk mengakhiri cinta yang baru sahaja bermula ini. Hatiku, jiwaku, aku serahkan padanya. Aku kosong tanpa hadirnya di sisiku dan tanpa sentuhan kasihnya. Aku berasa sangat bertuah menjadi miliknya dan memilikinya.

Maafkan aku jika aku bersalah. Dan jika aku bersalah, ampunkanlah aku. Bukan niatku untuk menyakitimu dan tidak pernah terlintas untuk mengguris jiwamu. Runtun jantungku bila kau lafaz kalimah perpisahan sedangkan pada waktu itu aku sangat gembira menerima panggilanmu. Ternyata dihiris-hiris hatiku mendengar bait-bait duka yang kau madahkan. Tidak mampu untuk aku gambarkan betapa punahnya hatiku hingga aku terdampar lesu diperbaringanku. Aku tidak diberikan peluang walau sepatah untuk menjelaskannya. 

***H**, Berikanlah aku sekali lagi waktu. Aku terseksa dibuang sebegini rupa. Tak sanggup aku menerima hakikat ini. Aku merayu padamu untuk kau buka hatimu untuk menerimaku. Aku merayu padamu. Aku Merayu.

Cintaku hanya untukmu ***H**....

Rabu, 14 Disember 2011

rasa jiwa



Ku selak tabir jendela,
Merenung ke awan yang kian kelabu,
Perlahan-lahan ceria sinar suria terpadam,
Mengundang suram gelita.

Bayu bertiup halus dan semakin kencang,
Pohonan mula menggugurkan helaian-helaian daunan yang tiada guna lagi,
Aku mampu melihat kesedihan daunan yang gugur,
Meraung enggan meninggalkan bakanya,
Namun apakan daya itu fitrah dunia.

Awan kian sedih,
Perlahan-lahan menitiskan airmata,
Gugur menimpa kekeringan tanah,
Rumput bagai menari-nari,
Seolah memujuk jiwa lesuku.

Perlahan aku membuka cermin jendela,
Ingin merasa kedinginan sore itu,
Ah! lembut bayu menampar pipiku,
Membuatku merasa puas akan sentuhannya.

Ghairahku semakin memuncak,
Inginku semakin mencanak,
Mahuku semakin mendesak,

Aku melangkah ke lapangan indah,
Ku serah sekujur tubuhku dibasahi tangisan awan,
Sungguh indah...

Ku dongakkan kepala,
Merasa nikmatnya mutiara Ilahi,
Menampar setiap kusam wajahku,
Membasuh setiap dukaku.

Aku melangkah lagi,
Ku kayuh langkah semakin laju,
Berlari tanpa tuju,
Entah, aku buntu disaluti pilu.

Ternyata kecewa derita,
Sengsara jiwaku dirasai seluruh alam,
Alam turut menangis sedih akan nasibku,
Alam menemani dukaku,
Alam juga yang memujuk laraku.

Ingin sekali aku laungkan ketika itu,
Aku Cinta Padamu.

Nukilan Jiwa: S. Abdul Salam
11:51 PM 14/12/11

Selasa, 13 Disember 2011

aku nakal


Salam... Huhu... Awal2 lagi dah kuar pic aku yang ensem tu kan... ekcely ni sambungan pasal aku round2 KL sehari semalam... huhuhu... penat... malas nak tulis panjang2... korg tengoklah pic2 aku ni erk... muah2 semua....
inside KLCC
menara SURIA KLCC

















Gesel2...


Terbang Tinggi Menggapai Bintang














Dulu Time Kapel Xde semua ni..
Dah Break baru nak enjoy sama2...



























LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...