Konco-konco

Isnin, 27 Jun 2011

entah

Apa makna semua perasaan ini? adui... aku pun xfaham.. kenapa aku cari dia saat2 aku sunyi macam nie.. hahaha... memang betul kata semua orang.. SINGLE? memang satu istilah yang sukar untuk orang percaya untuk mengungkapkan status aku... aku memang xsesuai dengan status single... hahahaha.. setiap kali chat, sembang, call or lepak2 ngan member2 semua akan tanya.. sapa girlfren skg? dan setiap kali aku kata aku SINGLE... semua agak gelak dan senyum sinis... sambil membuat muka tak pecaya... KO SINGLE?? XPECAYA AKU.. lebih kurang mcm tulah mereka akan sindir aku...

hahahaha... kelakar x? memang sangat kelakar kan... hahaha... but itulah realitinya sekarang... aku dah memang single...

untuk kali ini aku masih dalam usaha menagih cinta kekasih lama aku yang sudah aku tinggalkan hampir tiga tahun lepas.. napa tinggalkan?? sebab ego sendiri... kesilapan sendiri dan sikap sendiri... huhuhu... aku masih dalam usaha untuk memenangi hatinya... tapi xtaulah semua ni berjaya atau tidak.. doakan je lah...

Malam tadi kami calling n macam besa bertikam lidah... dia kata aku nak test je kat dia.. x serious pon... xtau la... dia tanya siapa ZAWANIE? kenapa aku pernah tulis kat blog pasal ZAWANIE? seolah2 aku cinta mati ngan dia... ok...

khas buat dia... ZAWANIE adalah seorang wanita yang bagi aku harapan yang sangat tinggi... dia yang hadir dalam hidup aku... kami kenal setahun yang lalu... lebih kurang bulan April 2010. dia dan aku sangat rapat sekali. Aku tido dia kejutkan aku. bangunkan aku dari tidur semata-mata nak jumpa aku. g study sama2. g library sama2. kalau aku xpegi ngan dia, dia akan buat ayat2 merajuk dia... selama 4 bulan dia layan aku dan bagi aku harapan. sehinggalah aku tertarik dari dia... but, after 4 bulan dia gtau yang dia milik orang. sampai aku diserang seawal pukul 2 pagi oleh kekasihnya. k! harap puas hati...

macam ni lah... its up to u kalau u nak terima atau x. dah banyak kali dah usahakan... u tetap bagi jawapan yang sama. u akan ungkit kisah 3 tahun lepas n takut untuk cuba kehidupan yang baru... walaupun u tau yang dalam hati u ada i je kan.... herm...sampai mati pon u xkan dapat tipu perasaan tu. 

hahaha.. malam tadi telinga memang panas sangat bila u sekali lagi ungkit kisah tiga tahun lepas. its enough k! dah tiga tahun kot dan benda tu xterjadi lagi. penat dengar benda yang sama. cukuplah main tarik tali. its hard to me.

Sabtu, 25 Jun 2011

Hina Itu Mulia [Episod 2]

“Benarkah aku haram? Betulkah aku hina? Mengapa mereka membenci aku?” Jiwaku serabut. Aku buncah cuba mencari jawapan akan hakikat diriku sebenarnya. Aku terus bertanya hingga aku terlena.

Malam itu sang sabit angkasa tidak kelihatan seperti malam semalam. Malam itu sangat suram tanpa bintang-bintang. Yang ada cuma bunyi cengkerik dan katak yang tidak henti-henti memecah suasana. Dalam keletihan diriku, aku dapat mendengar bunyi dentuman guruh yang semakin menghampiriku. Cahaya terang juga sekali-sekala kunjung menerangi alam yang kelam. Kedinginan bayu darat malam itu menyusup di celah-celah bulu badanku. Kesejukkan menampar tubuhku. Seketika kemudian, rintikan air mata langit mula menitis mengenai hidungku. Aku segera mencari tempat untuk berteduh daripada hujan yang bakal kunjung tiba. Ternyata langkahku longlai tidak berdaya. Aku tidak mampu bergerak lincah. Ah! Aku basah kuyup disimbah air hujan yang turun dengan lebatnya. aku berhenti berjalan dalam basah di sebuah taman permainan kanak-kanak. Aku berteduh di bawah sebuah pondok di situ.

Sedang aku berbaring lesu sambil memandang langit yang kian menampakkan seri, aku terdengar sayup-sayup suara tangisan. Suara tangisan itu semakin nyaring memukul gegendang telingaku. Aku mengamati baik-baik tangisan tersebut. Tangisan bayi! Aku mencari-cari dari arah mana datangnya suara tangisan itu. Aku melangkah perlahan mendekati suara tangisan tersebut. Aku kasihan melihat seorang bayi manusia masih merah sedang menangis dalam bungkusan kain. Seperti baru dilahirkan. Sama keadaannya seperti Thomas, anak kepada Puan Monica semasa baru dilahirkan hampir tiga tahun lepas. Aku cuba mengamati wajah bayi malang itu. Rasa sedih menampar dadaku. Sebak rasanya. “Siapakah yang membuang bayi ini? Hinakah dirinya sehingga dia diperlakukan sebegini? Mana perginya akal manusia kejam yang berbuat keji?” Aku ingin sekali membelai bayi itu tapi ia tidak mungkin. Aku hanya seekor anjing yang menjijikkan bagi mereka semua. Tapi aku juga tidak sanggup melihat permulaan hidup bayi ini dipenuhi dengan derita. Aku harus melakukan sesuatu.

Aku tidak berfikir panjang. Aku menggigit kain yang membalut badan bayi comel itu dan menggonggongnya mencari rumah yang aku boleh tinggalkannya. Bayi ini pasti dalam kesejukkan seperti yang aku rasakan. Sampai di sebuah rumah tidak berpagar, aku masuk ke halaman rumah tersebut dan terus meletakkan bayi itu di atas anak tangga rumah berkenaan. Kemudian, aku menyalak mengejutkan tuan rumah. Selang beberapa ketika, dalam samar seorang lelaki keluar dari pintu rumah lantas memukul belakangku ketika aku cuba mencium bayi tersebut. Aku tersentak dan melompat kesakitan.

“Sayang, ada bayi. Hampir-hampir digigit anjing.” Lelaki itu memandang wanita yang berada di belakangnya.
“Anak siapa, abang?” Wanita itu dalam kebingungan.
“Entahlah, sayang. Abang pun tidak tahu.” Aku terus mendengar perbualan suami isteri tersebut.
“Tidak mengapalah, abang. Kita ambil sahaja anak ini. Lagipun, sudah lama kita menginginkannya. Mungkin ini pemberian Tuhan.”

Aku tersenyum sendiri. Tidak sangka usahaku memberi sinar kepada bayi itu. Juga kepada pasangan suami isteri tersebut. Agaknya sudah lama mereka menantikan kelahiran cahaya mata. Tapi… Mereka tahukah aku yang membawa sinar kebahagiaan itu kepada mereka? Fikiranku terbeban lagi.

Matahari semakin menyinar menerangi isi alam. Pancaran terik sang suria menikam kelopak mataku membuatkan aku terjaga. Aku meneruskan perjalanan yang masih terlalu jauh. Sambil itu, aku berhenti di suatu lopak air untuk menghilangkan dahaga. Aku sempat melihat wajahku melalui lopak air itu.

“Inikah rupa aku yang mereka takutkan? Yang mereka hina? Bukankah aku juga sama seperti mereka? Ciptaan Yang Maha Esa?” Aku melihat wajahku yang dilibas menggunakan payung semalam. Luka. Darah masih mengalir. Patutlah aku terasa pedih apabila air hujan mengenai wajahku malam tadi. Aku memasukkan muka ke dalam lopak air untuk membersihkan darah dan luka tersebut.

Aku meneruskan lagi perjalanan. Kali ini, perutku berbunyi memberi amaran mahukan makanan. Ketika itu aku sedang melalui bahagian belakang sebuah restoran. Aku memerhatikan seorang pekerja berkulit cerah, secerah wajah Puan Monica sedang membersihkan ayam yang akan menjadi hidangan buat pelanggannya nanti. Aku memerhatikan dari jauh sambil menjelirkan lidah tanda kelaparan. Aku lihat sisa daging ayam yang tidak digunakan dibuang dan dimasukkan ke dalam tong sampah bersebelahan dengan meja tempat pekerja itu membersihkan ayam tersebut. Perutku semakin kuat menjerit kelaparan memaksa aku untuk mendekati tong sampah itu. Baru sahaja aku menghenjutkan badan dan memegang mulut tong sampah itu, satu bilahan parang pemotong daging hinggap di kaki kanan hadapanku. Genggamanku pada tong sampah semakin longgar. Kaki kananku putus! Darah memancut keluar dengan banyak. Kali ini aku meraung sekuat hati sambil berguling-guling di atas jalan. Terlalu perit dan pedih aku rasakan. Kaki kanan aku putus!

Derita aku tidak setakat itu sahaja. Kali ini pekerja itu keluar mendekati aku dan menyimbahku dengan minyak panas. Aku menggelupur kepanasan menahan sakit. Kulit badanku melecur teruk. Aku tidak mampu melawan perbuatan kejam ‘syaitan’ itu. Kalau aku melawan, mungkin lebih teruk lagi akan aku terima. Perlahan-lahan aku mengheret tubuh malangku pergi meninggalkan ‘neraka’ tersebut. Aku berteduh di bawah sebatang pokok sambil memerhatikan kaki kananku yang kini sudah kudung dan badanku yang melecur teruk. Kini, aku ditemani oleh langau dan lalat. Deritaku dijadikan rezeki buat mereka. Aku mampu membiarkan sahaja.

Jumaat, 24 Jun 2011

Hina Itu Mulia [Episod 1]

PECAHAN seramik yang berkecai di atas lantai mengejutkan Puan Monica. Beliau bergegas keluar dari dalam rumah mendapatkan bunyi yang memukul gegendang telinganya. Seramik pasu dari China kesayangannya pecah! Aku berdiri di tepi serpihan pasu sambil menggigit piring permainanku. Puan Monica kaku seketika melihat pasu yang sudah berkecai. Beliau kemudian memandangku dengan penuh amarah. Mukanya merah padam. Tidak semena-mena, satu libasan kayu keras hinggap di kaki kiri hadapanku. Aku meraung kesakitan lalu melompat ke belakang. Puan Monica mengejarku dengan penuh dendam dan kali ini tengkukku menjadi sasaran hambatan padunya. Aku mengeluarkan air mata. Kesakitan terlalu amat aku rasakan. Puan Monica kemudiannya menarik telingaku dan mengheretku ke luar pagar rumah gadang itu. Aku tidak bisa melawan Puan Monica yang telah menjagaku sejak tiga tahun lalu. Badanku lemah.

Semalaman aku dibiarkan di luar pagar rumah agam itu. Hatiku berharap agar Puan Monica menjemputku masuk semula. Namun, impian itu cita-cita cuma. Pagi esoknya, Puan Monica keluar rumah tanpa memandang aku walau hanya seketika. Mukanya masih lagi menampakkan rasa marah. Akhirnya, seminggu aku terbiar di luar umpama sepah yang tiada lagi manis madunya. Aku mula sedar bahawa aku tidak diperlukan lagi. Air mata mula membasahi pipiku mengenang nasib yang tidak terbela. Aku kemudian meninggalkan rumah gadang itu dan berazam untuk pergi jauh membawa kekecewaan jiwa.

“Mengapa aku diperlakukan sebegini? Apa salah aku?” Aku meratapi tindakan Puan Monica yang terburu-buru menghukum aku. Kalaulah aku boleh berkata pada waktu itu, akan aku beritahu Puan Monica bahawa aku tidak bersalah. Tapi aku tidak bisa. Tuhan tidak mengurniakan aku lidah yang mampu untuk mengungkap bicara. Aku memulakan langkah terhenjut-henjut menuju tempat yang tiada arah.

Hampir separuh hari aku berjalan. Perutku mula meragam. Kekosongan ruang hadam memaksa aku untuk mencari sesuap makanan. Aku menoleh ke arah kanan jalan raya.

Tong Sampah! Aku sedikit gembira. Mungkin inilah hari pertama buat aku menyelongkar tong berwarna hijau ini setelah sekian lama makan minumku terhidang dan disediakan oleh Puan Monica. Aku sudah tiada pilihan. Aku melompat masuk ke dalam tong sampah dan mula mencari kalau-kalau ada sisa makanan. Sedang akau sibuk mencari pengalas perutku, aku mula sedar akan tiga pasang mata sedang memerhatikan gelagatku dengan pandangan yang cukup tajam. Aku cuba bersembunyi. Namun, setiap kali aku menjenguk keluar, ketiga-tiga pasang mata itu masih lagi memerhatikan aku. Aku kaget. Tanpa berfikir panjang, aku melompat keluar dari tong hijau itu dan terus berlari laju. Namun, kelajuanku tidaklah sepantas mana pun. Kecederaan kaki kiri hadapan yang aku alami membataskan langkahku. Tiga ekor anjing sedang mengekori aku dari belakang dengan kayuhan langkah yang sangat pantas sambil menjelirkan lidah seolah-olah mahu membahamku. Sungai! Aku tiada pilihan selain terjun ke dalam sungai tersebut kalau mahu selamat daripada tiga ekor anjing tadi.

“Tuhan, apakah yang cuba Kau berikan kepada aku? Aku tidak larat untuk menghadapi semua ini. Akhirkanlah semua ini.” Aku memerhatikan luka di kaki kiri. Tengkukku yang dihambat oleh Puan Monica belum sembuh sepenuhnya.

“Robi, mari kita keluar jalan bersiar-siar.” Masih teringat lagi kata-kata Puan Monica sehari sebelum aku dihalau keluar dari hidup beliau. Aku rindukan piring permainan yang beliau hadiahkan kepada aku setahun lalu.

Aku terus berjalan mencari kehidupan yang belum pasti. Aku berehat seketika di sebelah perhentian bas sambil merebahkan badan di atas rumput. Seorang wanita hampir separuh abad turun dari bas dan terus beredar melintasi jalan. Aku memerhatikan kelibat wanita itu. Tiba-tiba beg duitnya terjatuh dari beg tangan tanpa dia sedari. Aku gagahkan diri untuk bangun dari rehatku untuk mengambil beg duit itu dan mendapatkan wanita tersebut. Setelah menghampirinya, aku menyalak dan membuatkannya terkejut. Wanita itu berpaling ke arahku sambil memandangku dengan penuh takut.

“Ini beg duit puan. Tercicir tadi.” Ingin sekali aku mengucapkan kata-kata itu. Wanita itu mengambil beg duit tersebut dengan pantas. Aku cuba mendekatinya. Tapi perbuatanku disambut dengan hayunan payung yang mengenai pipiku. Sekali lagi aku kesakitan.

“Hai binatang haram! Binatang hina! Pergi!” Hujung payung dihunuskan ke arahku. Mungkin ini cara manusia berterima kasih. Aku tidak melawan kerana badanku sangat lemah. Aku hanya mampu terbaring lesu.

“Benarkah aku haram? Betulkah aku hina? Mengapa mereka membenci aku?” Jiwaku serabut. Aku buncah cuba mencari jawapan akan hakikat diriku sebenarnya. Aku terus bertanya hingga aku terlena. 

Hari-hari Terakhir

Assalamualaikum...

Hari ini merupakan hari terakhir untuk semester 3 sesi 2010/2011 ini... ini bermakna hari terakhir secara rasminya aku berada di UKM... tapi, bukan bermaksud aku akan balik sabah terus... Malam ni akau akan menginap di Cheras untuk tempoh 2 minggu sebelum aku balik ke sabah pada 7 Julai 2011...

Tadi pagi aku exam paper last... PENULISAN KREATIF... tak susah dan tak jugak senang... Alhamdulillah aku dapat menjawab dengan penuh yakin dan aku curahkan semua pengetahuan yang aku pelajari selama dua bulan dalam kursus tersebut...

balik je dari exam.. aku pon terus mengemas bilik dan barang aku.. PACKING TIME! sebab malam nie mau cau!!! tapi maybe Isnin aku akan datang semula untuk selesaikan kerja2 yang belum selesai lagi... nilah antara kerja-kerja mengemas barang aku tadi... baru aku perasan yang barang aku bapak banyak!!! sangat banyak... baju je EMPAT BEG!! buku2 satu kotak je... hahahaha... 










Ahad, 19 Jun 2011

selamat hari bapa

Jeng! Jeng! Selamat Hari Bapa buat bapa saya yang berada di Sandakan Sabah!!! Saya Sayang Bapa Saya...

UCAPAN INI KHAS BUAT BAPA SAYA YANG BERNAMA ABDUL SALAM BIN ALLI... 




video

Terima Kasih Bapa Sebab:

1. bapalah ejan ada di dunia ni.
2. besarkan ejan.
3. selalu pukul ejan sampai ejan jadi budak baik ari ni.
4. selalu bagi tunjuk ajar.
5. latih ejan untuk sentiasa berdikari.
6. kenalkan ejan erti hidup.
7. bagi duit ngan ejan.
8. hantar ejan ke sekolah, ke Universiti... walaupun pada awalnya bapa x bagi...
9. selalu kol ejan.
10. selalu tanya kabar ejan, kewangan ejan.
11. selalu tanya bila mau kawen.
12. selalu turuti kehendak ejan.
13. selalu layan perangai manja ejan.
14. selalu sabar dengan karenah ejan.
15. selelu isi top up henpon ejan.
16. selalu bagi kasih sayang ngan ejan dengan cara tersendiri......

Khamis, 16 Jun 2011

buka puasa

Alahamdulillah... sempurna jugak puasa berpuasa untuk hari ini... tidak disangka dapat jugak aku menunaikan puasa sunat selepas sekian lama asyik melahap je keja aku... hak2... 

Yang bestnya, untuk hari ini walaupun aku berpuasa, aku sempat lagi melakukan rutin harianku.. JOGING!!! sapa kata puasa menghalang kita melakukan kerja2 yang biasa kita lakukan?? siapa kata puasa tak boleh joging??? tengok aku boleh je kan.. hak2... 



dan akhirnya pada 7.26 petang tadi... aku telah berbuka puasa dengan menu yang cukup ringkas dan sederhana....


hahahaha... ni jak yang mampu aku sediakan untuk diri sendiri... tak sabar rasanya mau berpuasa bersama keluarga selepas dua tahun berpuasa di perantauan....

boring dan ting tong

Argh!

Aku mahu menjerit kuat-kuat hari ini...

Aku sangat boring.... dan terlalu boring dengan keadaan macam ni... tambahan pula aku sekarang sedang sakit gigi!!! ARgh!!!!! sapa yang boleh bawa aku jalan2 hilangkan boring aku?? Herm... Abg aku pon bila lah nak sampai UKM... katanya esok... tapi tak kol2 aku lagi pon mau bagitau... Geram tul aku... 

Aku xtau nak kongsi apa hari ni....

Ah!... apa kata korang tengok pic terbaru aku nie..






Rabu, 15 Jun 2011

balik balik balik!


Wah! Mula-mula entri jak sudah letak gambar kapal terbang kan...?? Napa nie?? hak2... 

Sebenarnya aku sangat gembira dengan rezeki yang datang tanpa diduga ini.... Hak2... bunyi macam insaf jak kan... ekcely aku dapat balik sabah seperti yang aku impikan.... walaupun pada awalnya aku sangatlah tidak berharap untuk kembali ke bumi kelahiran ku itu atas dasar bajet tidak mencukupi atau dalamkata lain duit tiada.. Hak2... so, aku nak gtau yang aku akan balik ke Sandakan bumi tercintaku pada 7.7.2011 Khamis menaiki Air Asia... walaupun aku xberapa suka naik air asia sebab leceh dan kuat goyang... tapi terpaksalah sebab dah takde pilihan kan..ni jak yang murah... hak2... aku akan balik dan berpuasa bersama keluargaku untuk tahun ni... aku nak buka puasa di setiap rumah keluarga besarku sepanjang bulan ramadhan ni boleh tak??? hahahahaha... 

Apapun, ada 20 Hari lagi untuk aku menanti saat yang paling indah itu selepas hampir setahun aku x balik kampung... hahahahah! 

Selasa, 14 Jun 2011

Tahniah Suparman

Salam Semua...

Aku baru jak bangun dari lenaku yang agak panjang jugak petang nie... bangun jak dari tidur... aku kemas bilik dan bersihkan semua yang ada kat bilik nie... lepas tu aku pun buka laptop dan seperti biasa online je lah yang maampu... mau keluar jalan2 pun duit dah pokai kering gilak nie... bila online tu... tiba2 cikgu rahima tag aku satu gambar kat facebook...

korang semua kenal tak ni siapa???

Ni lah kawan baik aku di Sandakan... yang banyak mendengar masalah dan membantu aku dalam masalah... kawan berjiwang-jiwang pasal awek... tapi aku up sikitlah dari dia.. aku lagi jiwang dari dia... hak2... tengok jak muka rockers tu tapi taman memanjang... hak2...

Dia dapat Anugerah Apa tu???

dia dapat ANUGERAH PENDERMA DARAH REMAJA PALING AKTIF 2010 KATEGORI LELAKI...

wah! Mcm best jak kan.... bangga aku ada kawan macam dia...  Tahniah Suparman Rusilim...

lagi satu sekolah aku pun dapat anugerah jugak hadiah daripada Bank Darah Sandakan... Tahniah semua... Kepada Cikgu Rahima dan Cikgu Raiha serta kelab penderma darah Elopura... teruskan usaha murni ini... 


cinta lama

sejak beberapa hari yang lepas aku kerap kali tergerak untuk sms awek lama aku yang berada di sandakan... x tau kenapa? mungkin sebab aku dah nak balik sabah kot... so, ingatan kat dia tu memang kuat.. tapi sebenarnya aku ingat je dia selalu... cumanya cinta kami yang dulu tu sukar untuk dihidupkan semula walaupun kami sampai hari ni memang masih menyimpan perasaan antara satu dengan yang lain... hak2... 

Firstly, sebelum aku cerita pasal dia nie... bagi korang semua yang xsuka akan cerita-cerita cinta n jiwang xpayah baca k... jap lagi akan ada plak orang nak komplen2 padahal aku xsuruh baca pon... hak2...



Ni lah dia kekasih hati aku yang aku kenal semasa Tingkatan 6 Rendah dulu... kalau aku masih ingat aku kenal dia time 16 September 2007... Kami g jalan2 ke Bandar Sandakan... hak2... besalah cerita zaman sekolah kan... rasanya time tu puasa tak silap aku... hak2... lupa dah...  Tapi sepanjang ngan dia ni memang best sangat2.. bahagia sangat2.. hak2... tapi apa bleh wat... tak dapat restu... cinta terhalang la katakan... Hak2... tapi, sebenarnya, dialah satu-satunya yang Mama, Bapa, Kakak-kakak, Abg Ipar, Adik-adik, Nenek, Pakcik Makcik dan sepupu-sepupu aku terima utnuk jadikan sebahagian keluarga kami... maknanya dialah orang pertama yang mendapat restu keluarga aku.. cuma di pihaknya je aku xdapat... Hak2... mesti sebab aku xcukup baik kan...

sekarang ni aku xtau status hidupnya samaada masih ada bf, dah tunang atau dah single sebab aku malas sangat nak masuk campur peribadi dia dah... maklum lah bukan milik kita sekarang... Bila balik Sandakan nanti aku janji ngan dia mau bawa kuar jalan2... dah hampir setahun aku xjumpa dia... Aku pasti dia pun sangat merindukan aku... sebab kami memang masih ada perasaan lagi... walaupaun aku dah jumpa macam2 awek selepas dia... tapi dia jugak masih terbaik... tak ada siapa yang boleh menandingi dia... huhu... andai ada jodoh.. kita akan bersatu juga... sabarlah sayang...  hukhuk...

Malam ni nak sms ngan dia lagi... 

Isnin, 13 Jun 2011

Suke Hati Aku Le....

Salam Semua...
Apa Khabar Hari Ni??

Harap-harap semua baik k...

Hari ini Ejan mau kongsikan sedikit cebisan hati yang amat geram yang terlalu amat pedihnya... Tapi cool la... hak2... Kongsi sikit pasal makhluk Tuhan yang tidak pernah rasa senang untuk lihat kebahagiaan dan kejayaan orang lain... Hak2... tapi sebenarnya dah biasa dah dengan semua tu... sebab... well, bila kita dah semakin meningkat berjaya... semakin dikenali dan digemari ramai... maka ramailah orang akan cuba menjatuhkan kita kan... Hak2... kalakar jugak peristiwa yang berlaku dalam dunia ni kan...

Semalam Aku online kat Facebook... chat ngan budak Sandakan... kawan lama satu sekolah dan satu asrama dulu... Nama dia Hazama... Hak2! bukan la... Aizat Safwan Amir yang perasan jak dia tu Hazama... hak2... tapi biarkanlah dia perasaan kalau itu yang membuatkan dia gembira dan bahagia.. hak2.. Tiada hak untuk halang minat dan perasaan yang diciptakan oleh Tuhan kepada setiap insan...

Tengah2 komen dan borak2 dalam Facebook... Tiba-tiba ada pulak makhluk Tuhan ni yang entah apa kes bengang tiba2... Hak2... Marah-marah tak tentu pasal... nak tahu pasal apa??? Pasal penggunaan Bahasa Semenanjung dalam Komen... Mau Menangis bila fikir balik pasal komen-komen yang dia berikan tu.. hak2... 

Maaflah xdapat kongsikan komen2 tersebut kerana pemilik wall itu telah memadamkan post tersebut keran OUT OF TOPIK sebab manusia yang x betul pemahamannya malam tadi.. hak2... biarkanlah... Masalahnya, yang dia telampau mau ambik kisah pasal bahasa ni kenapa??? macamlah dia xpernah guna bahasa semenanjung dalam kehidupannya... Penipu la kalau x pernah kan... memang penipu! Hak2... Lagi satu, aku x komen pun kat wall dia tu.. so, watpa mau menyibuk komen2 orang di wall orang lain... kalau xsuka, jangan baca dan ambik port! Habis cerita... ni nak jugak menyibuk sampai makan diri sendiri.. tapi aku xheranlah sebab sejak dahulu kala lagi memang dia kuat stress dan aku faham kehidupannya tu... Hak2... 

Tapi oklah aku tengok dia sekarang sudah banyak berubah... Pandai dah bagi tazkirah sekarang ni... Aku jak yang terkeluar daripada landasan hidup sebenar... maklumlah.. KATANYA CULTURE SHOCK! hahaha... hak2... 

Tapi bila dibuat kajian secara terperinci... asal usulnya sama jak macam aku... bukan orang sabah pun... kampung asal Indonesia!!! hak2... nasib2 je mak bapak pindah ke sabah... dan untuk pengetahuan, dalam senarai bumiputera sabah yang rasmi... belum ada lagi senarai bangsa asalnya tu di dalam senarai bumiputera Sabah!!! macam aku jugak... hak2... cumanya aku ni bapa memang asal MAJORITI SABAH!!! BAJAU ok... hak2.. Mak aku orang Indonesia, Timor. Tapi xjugaklah aku telampau extrem... hak2...

Tak kisahlah nak cakap bahasa apapun, janji kita jangan lupa asal usul kita.. bak kata orang di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung... apapun, hujan batu di negeri orang, hujan emas di negeri sendiri... lebih baik negeri sendiri... Hak2...

Apapun, aku akan dengar kata-kata cikgu Raiha yang banyak memberi panduan kepada aku sejak dulu lagi... JANGAN LAYAN SANGAT ORANG MACAM TU... hak2.. memang xlayan pon cikgu... saja jak mengasi hot lagi keadaan sebab DIA TERLALU YAKIN YANG DIA BAGUS SANGAT DI DUNIA NI!!! patutlah sejak dulu orang x suka dia!!!!!

Sabtu, 11 Jun 2011

Apa Makna Hujan? Episod 5 [Final Episode]

EPISOD 4


“Haiqal kata belum ada rezeki cikgu. Nanti kalau bapa Haiqal sudah gaji, Haiqal bayar.” Haiqal menjawab sambil berjalan ke ruang tengah rumah mengambil surat peringatan yang dikirimkan kepada Aslam dan menyerahkan surat itu kepada Aslam.

“Sabarlah Haiqal. Nanti bapa usahakan, ya.” Aslam menjawab ringkas sambil melihat surat peringatan tersebut.

“Bapa, kalau bapa rasa beban haiqal berhenti sekolah sahajalah. Haiqal kasihan lihat ayah memikirkan tentang masalah ini.” Haiqal memberi cadangan kepada Aslam. Aslam terdiam membisu seribu bahasa.

Haiqal telah meneruskan pelajarannya ke alam sekolah menengah di salah sebuah sekolah berhampiran dengan rumahnya. Aslam tidak mampu menyambung pelajaran Haiqal ke Asrama Penuh di Labuan seperti yang ditawarkan kepadanya dahulu. Manakala Edi tidak bersekolah lagi dan hanya duduk di rumah menghabiskan masa bersama Kalsum dan Imah. Walaupun tidak bersekolah, Edi tidak pernah menyalahkan Aslam dan Kalsum. Baginya, semua itu liku hidup yang harus diharungi oleh mereka sekeluarga dengan penuh tabah.

Selepas beberapa bulan lamanya, Kalsum semakin sarat. Kandungannya seolah-olah sudah tiba untuk dilahirkan ke dunia. Mujurlah pada hari Kalsum ingin melahirkan anaknya, Aslam tidak masuk ke kebun kelapa sawit ibunya. Kalsum mula merasa semakin sakit. Dia kerap kali ke tandas ingin membuang air kecil tetapi tidak menjadi. Kalsum semakin menahan kesakitan hari itu sehinggalah pukul 2.00 petang Kalsum merasakan dia ingin melahirkan bayi dalam kandungannya. Air ketuban membasahi kain sarung yang dipakainya. Aslam menuju ke rumah Pak Cik Jah memberitahu keadaan tersebut. Tanpa melengahkan masa, Pak Cik Jah meminta anaknya, Ujang untuk mengambil Mak Bidan menggunakan motorsikal miliknya.

Tidak sampai setengah jam, Mak Bidan kampung sampai di hadapan rumah. Kalsum kelihatan semakin pucat bertarung nyawa untuk melahirkan adik baru Haiqal. Dengan kuasa Tuhan, tidak sampai 15 minit, Kalsum berjaya melahirkan seorang lagi anak lelaki buat Aslam sekeluarga. Aslam tersenyum gembira dan terus mengazankan anak lelakinya itu. Edi dan Imah sempat menyaksikan saat-saat genting Kalsum melahirkan adik baru mereka. Kalsum dalam keadaan lemah mengdukung bayi lelaki yang baru sahaja dilahirkannya itu. Kini bertambahlah bilangan ahli keluarga Aslam dan Kalsum. Ayah mengucapkan terima kasih kepada Mak Bidan sambil menghulurkan sedikit sedekah kepada beliau. Mak Bidan menolak pemberian Aslam kerana mengerti akan keperitan hidup Aslam. Mak Bidan menyuruh Aslam menggunakan duit itu untuk membeli barangan keperluan bayi lelaki itu. Aslam sungguh terharu dengan kemuliaan Mak Bidan. Mak Bidan kemudian dihantar pulang oleh Ujang.

“Abang risau. Anak kita sudah lahir. Abang masih tidak mendapat kerja.” Bisik Aslam di telinga Kalsum sambil melihat anak kecilnya itu.

“Tidak mengapa abang. Belum ada rezeki. Kita sudah usahakan tapi masih tidak berhasil kan.” Kalsum cuba menenangkan Aslam.

“Tapi abang kasihan melihat bayi ini. Dia lahir dalam keadaan yang sangat susah, Sum.” Aslam menambah lagi.

“Apa yang abang ingin risaukan. Bayi ini tidak meminta apa-apa daripada abang. Dia Cuma perlukan kasih sayang. Sama seperti anak-anak kita yang lain. Janganlah bayi ini dijadikan beban fikiran abang. Sabarlah abang. Tuhan pasti akan membantu kita.” Ujar Kalsum lagi.

Beberapa hari selepas kelahiran Hafiz ke dunia. Aslam mendapat kerja di sebuah kilang papan kira-kira 8 kilometer dari rumahnya. Ana dan Wati juga mendapat kerja di sebuah kilang membuat minuman tidak jauh dari tempat kerja Aslam. Kalsum kini semakin sihat dan mampu untuk menjalani kehidupan seperti biasa. Hidupnya kini banyak dihabiskan dengan anak barunya, Hafiz yang baru berusia tidak sampai seminggu lagi. Edi dan Imah kini tidak lagi rasa bosan berada di rumah kerana sudah ada teman baru yang menceriakan hidup mereka. Kadang-kadang mereka berdua berebut-rebut untuk menjaga Hafiz yang kelihatan comel mirip wajah Kalsum. Haiqal juga seperti mereka berdua. Tidak sabar untuk pulang ke rumah selepas waktu persekolahan semata-mata ingin menjaga adik barunya. Ternyata kelahiran Hafiz ke dunia memberikan sejuta erti kepada keluarga Aslam. Hafiz seperti cahaya baru yang membawa rezeki kapada Alasm sekeluarga.

Suatu petang, semasa mengangkat air dari kolam seperti biasa, Haiqal terjatuh lalu tergolek bersama gelen yang berisi air di bukit kebun sawit Pak Cik Jah. Haiqal berasa sangat sakit memnyebabkan dia terbaring lama di atas tanah. Selepas beberapa minit barulah dia mampu untuk berdiri dan berjalan kembali ke rumah. Dalam keadaan sakitnya itu, dia tetap meneruskan rutin hariannya itu seperti biasa. Kejadian itu disembunyikan daripada pengetahuan Aslam dan Kalsum.

Keesokkan harinya, Haiqal berjumpa dengan doktor di klinik desa untuk membuat pemeriksaan. Doktor mendapati tulang belakangnya sedikit cedera menyebabkan dia sukar untuk berdiri dan duduk lama. Doktor menasihatkannya berehat di rumah dan memberitahu keadaan tersebut kepada ayah dan emaknya. Namun, Haiqal terus menyembunyikan hal tersebut kerana tidak mahu merosakkan kegembiraan yang baru sahaja dinikmati oleh keluarganya.

Hingga hari ini, keluarganya tidak mengetahui akan penyakit yang dihidapi oleh Haiqal walaupun kejadian itu berlaku hampir sembilan tahun yang lalu. Kehidupan Haiqal kini sudah berubah menjadi seorang mahasiswa yang menuntut di salah sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam Malaysia.

Seruan azan maghrib daripada masjid mengejutkan Haiqal. Imbauan kenangan silamnya yang sangat memeritkan itu semakin kabur dalam kesamaran senja. Matahari yang tadinya berada di kaki lagi sebelah barat sudah menghilangkan diri. Merah saga pada langit sungguh indah. Bulan semakin bersinar di hiasi dengan bintang-bintang yang semakin bergemerlapan memagari purnama itu. Haiqal mematikan lamunannya dan mengangkat punggung lalu kembali ke kolej kediamannya.

“ Mak, ayah, Haiqal janji akan ubah nasib hidup kita sekeluarga.” Bisik Haiqal dalam hati.

Benarlah bahawa hujan bukan petanda malang semata-mata. Tapi ia boleh memberikan kebahagian kepada kita. Itu makna hujan. 

Khamis, 9 Jun 2011

Apa Makna Hujan? Episod 4



“Maafkan bapa, Qal. Bapa tidak dapat tunaikan impian Haiqal untuk belajar di Labuan. Tapi, bapa janji akan teruskan pengajian Haiqal sampailah Haiqal berjaya. Cuma mungkin bukan sekarang masanya.” Aslam merenung mata Haiqal dalam-dalam. Haiqal hanya mampu tunduk dan mengalirkan air mata. Sebak dadanya mengenangkan nasib hidup yang dikongsi oleh mereka sekeluarga.

“Mak, beras sudah habis.” Ana keluar dari dapur dan mendapatkan kalsum. Mukanya serba salah untuk memberitahu Kalsum bahawa mereka kehabisan beras. Kalsum terdiam. Begitu juga dengan Aslam. Mereka saling berpandangan. Haiqal memerhatikan Aslam dan Kalsum dengan penuh rasa simpati.

“Bubur nasi yang Ana masak tengah hari tadi beras terakhir, mak.” Ana menambah lagi.

“Tidak mengapa, Ana. Ana masuklah ke dalam dulu. Nanti mak fikirkan.” Kalsum berkata kepada Ana. Ana menuruti arahan emaknya itu.

Kalsum hilang fikiran. Sudah banyak kali Kalsum meminjam beras daripada Pak Cik Jah. Bukan setakat beras, garam, gula, bawang dan kopi juga seringkali diberikan oleh Pak Cik Jah kepada keluarga Aslam. Pak Cik Jah sahaja yang selalu membantu keluarga Aslam pada waktu itu. Adik-berdik Aslam entah ke mana menghilang. Semasa senang dahulu, adik-beradik Aslam selalu menjenguk Aslam dan kadang-kadang meminta bantuan kewangan daripada Aslam. Tapi, hari ini apabila Aslam yang menghadapi keperitan hidup, batang hidung seorang adik-beradiknya tidak kelihatan. Bayang pun tidak muncul menziarahi Aslam sekeluarga. Benar kata Kalsum “Orang akan datang bila kita senang, bila kita susah tiada siapa yang mahukan kita.” Itulah kata-kata yang pernah keluar daripada mulut Kalsum meratapi penghinaan terhadap keperitan hidup mereka.

Aslam mengajak Haiqal keluar rumah seketika. Aslam membawa Haiqal ke kawasan di mana banyak pokok ubi tumbuh meliar. Dengan sebilah parang, Aslam membersihkan semak-samun sekitar pokok-pokok ubi tersebut dan menarik batang ubi yang tumbuh meliar itu. Selepas sejam bersama-sama mencabut pokok ubi tersebut. Haiqal dan Aslam berjaya mendapatkan satu baldi berisi ubi. Haiqal dan Aslam membawa pulang ubi yang diperoleh itu ke rumah. Sampai sahaja di rumah, Kalsum membersihkan ubi tersebut dan kemudian merebusnya untuk dijadikan makanan makan malam nanti. Kalsum dengan wajah tenang menunggu ubi yang dimasaknya empuk sambil duduk di atas buaian yang tergantung di bawah rumah. Haiqal dan Edi seperti biasa melakukan rutin harian mereka menuju ke kolam Pak Cik Jah mengangkat air untuk kegunaan harian. Petang itu Wati dan Ana ikut sekali kerana ingin membasuh pakaian di tepi kolam Pak Cik Jah. Kalsum memerhatikan sahaja gelagat lima orang anaknya itu dengan penuh belas kasihan.

Imah makan dengan penuh selera malam itu. Haiqal, Ana dan Wati yang sudah mampu memahami keperitan hidup mereka saling berpandangan. Dengan berbekalkan lampu pelita minyak tanah, mereka sekeluarga makan ubi yang di rebus oleh Kalsum petang tadi. Aslam makan sambil memerhatikan anak-anaknya seorang demi seorang. Matanya berkaca-kaca. Hatinya meruntun sayu.

Sudah dua minggu Aslam sekeluarga makan ubi setiap hari. Namun Haiqal dan adik-beradik yang lain tidak pernah mengeluh. Kadang-kadang mereka memetik buat kepayas muda yang ditanam oleh Kalsum untuk dijadikan santapan di waktu tengah hari. Kepayas itu akan dibuat jeruk dan dimakan begitu sahaja.

“Mak, Pak Cik Jah kata minggu depan sudah buka sekolah. Betulkah?” Edi bertanya kepada Kalsum. Kalsum sedikit tersentak.

“Edi mahu kasut baru. Kasut Edi sudah koyak. Baju Edi masih elok lagi. Jadi emak dan bapa tidak perlu beli lagi. Beg pun masih elok. Cuma koyak sikit saja.” Edi menambah lagi. Edi seperti bersemangat untuk meneruskan persekolahannya. Namun, dia tidak tahu yang Aslam tidak mampu untuk menyekolahkan mereka kesemuanya. Ana dan Wati memandang Edi.

“Edi, sedap tidak jeruk kepayas yang kakak buat?” Ana bertanya kepada Edi ingin mengalihkan fikiran Edi. Edi mengangguk memberitahu Ana jeruk tersebut sedap rasanya.

“Petang ini kita ke kebun emak. Kita bersihkan kebun mak, mahu?” Ana mengajak Edi. Edi mengangguk lagi tanda setuju. Kalsum terdiam memikirkan Edi yang ingin bersekolah.

Kalsum mendapatkan Aslam yang duduk di anak tangga petang itu. “Abang, minggu depan sekolah akan dibuka semula.” Kalsum bersuara.

“Abang tahu, Sum. Sebab itu abang mendiamkan diri. Abang tidak tahu bagaimana hendak meneruskan pelajaran anak-anak kita itu.” Aslam menyambut kata-kata isterinya yang sarat mengandung itu.

“Wati dan Ana sudah Sum beritahu. Mereka terima sahaja kalau mereka diberhentikan sekolah. Mereka kata PMR itu pun sudah cukup untuk mereka berdua, bang. Haiqal juga ingin berhenti sekolah kalau kita tidak mampu.” Kalsum berkata lagi.

“Abang rasa malu dengan mereka, Sum. Abang seorang bapa yang tidak berguna. Abang gagal menjadi seorang ayah yang baik.” Aslam menitiskan air mata.

“Bukan salah abang. Semua ini ujian hidup abang. Kita mampu merancang, tapi Tuhan yang menentukan. Abang, Edi sahajalah yang kita sekolahkan. Dia nampak beriya sangat hendak meneruskan pelajarannya.” Kalsum meneruskan lagi.

“Sum, kalau boleh abang ingin teruskan pengajian Haiqal. Dia lagi cerdik daripada yang lain. Harapan abang pada dia tinggi, Sum.” Aslam memegang perut Kalsum. Kalsum hanya menganggukkan kepala menuruti kata-kata suaminya.

Satu petang, Aslam memanggil semua anaknya duduk di ruang tamu. Haiqal dan adik-beradik yang lain berkumpul seperti yang disuruh oleh Aslam. Imah juga turut serta dengan abang-abang dan kakak-kakaknya walaupun dia tidak mengerti apa-apa lagi. Botol susunya tidak lepas daripada bibirnya walaupun kadang-kadang hanya air kosong sahaja yang diisikan ke dalam botol susu tersebut. Baginya air kosong pun sudah memadai seolah-olah dia sudah mengerti akan kesusahan hidup keluarganya.

“Bapa ada benda mahu beritahu pada kamu semua.” Aslam memulakan kata-kata setelah semua anaknya berkumpul di ruang tamu termasuk Kalsum. Anak-anaknya tertanya-tanya apa benda yang penting sangat sehingga Aslam meminta mereka berkumpul petang itu.

“Ana, Wati, bapa minta maaf dengan kamu berdua. Bapa rasa kamu sampai PMR sahaja. Bapa sudah tidak mampu mahu sambung pelajaran kamu lagi. Bapa harap kamu berdua faham keadaan kita sekarang.” Aslam memandang kedua-dua orang anaknya itu. Wati dan Ana mengangguk dalam penuh rasa sedih. Ana kemudian tunduk menyembunyikan kesedihannya. Haiqal dan Edi berpandangan antara satu sama lain. Mugkinkah nasib mereka juga sama seperti kakak mereka? Masing-masing tertanya-tanya.

“Edi, Haiqal, bapa juga ingin meminta maaf dengan kamu berdua. Kamu berdua anak lelaki bapa. Tapi bapa tidak mampu untuk meneruskan pengajian kamu berdua sekaligus. Bapa terpaksa memilih antara kamu berdua untuk terus belajar. Edi, bapa punya harapan tinggi pada Edi, tapi bapa minta maaf. Bapa terpaksa sambungkan pelajaran Haiqal terlebih dahulu. Bila ada rezeki, bapa akan sambung pelajaran Edi.” Jelas Aslam kepada dua orang anak lelakinya. Haiqal memandang mata Edi. Mata Edi berkaca-kaca. Harapannya untuk memakai kasut sekolah baru tidak tercapai. Dia memandang Haiqal dan terus menangis. Haiqal memeluk adik lelakinya itu. Air mata turut mengalir daripada kelopak mata Haiqal.

“Bapa, biarkanlah Edi yang sekolah. Haiqal boleh bantu bapa di kebun.” Haiqal cuba mengubah keputusan ayahnya. Edi mengelap airmata mengharapkan keputusan baru Aslam. Aslam menggeleng-gelengkan kepala. Aslam tetap pada keputusan asalnya membuatkan Edi bertambah sebak.

“Bapa, Wati rasa mahu cari kerja.” Wati tiba-tiba bersuara.

“Ana juga!” Ana turut berpendapat sama mengikut jejak pendapat kakaknya itu.

Aslam tersenyum hambar melihat anak-anaknya itu. Aslam tahu bahawa Wati dan Ana sudah bisa untuk mengerti penderitaan keluarga mereka. Aslam menganggukkan kepala tanda setuju. Kalsum tidak semena-mena mengalirkan air mata dan bingkas bangun meluru ke dalam bilik. Sebak dadanya melihat anak-anaknya yang terpaksa menempuh kehidupan sukar. Kalsum lebih celaru lagi bila memikirkan anak dalam kandungannya akan dilahirkan tidak lama lagi. Aslam yang mendapat upah RM200 daripada ibunya setiap bulan berjimat sehabis mungkin untuk menyara keluarganya.

Dua bulan berlalu, Kalsum merebus pisang untuk dijadikan makan malam. Seperti biasa bila sahaja tiba penghujung bulan, mereka sekeluarga akan kehabisan beras. Kalau bukan ubi kayu, pisanglah menjadi santapan mereka sekeluarga. Malam itu, Edi mendekati Haiqal yang duduk di tengah rumah menyiapkan kerja sekolah. Cahaya pelita minyak tanah yang menerangi suram malam itu digunakan Haiqal untuk membuat kerja sekolahnya. Edi merenung sahaja abangnya tanpa berkata apa-apa.

Aslam dan dua orang anak perempuannya, Ana dan Wati keluar sejak pagi tadi pergi mencari kerja. Sudah pukul 7.00 malam mereka bertiga belum pulang lagi. Agaknya beberapa minit lagi sampailah mereka. Kalsum membelai rambut Imah yang sedang baring di pangkuannya. Beberapa minit kemudian, Aslam dan dua orang anak perempuannya tiba di pintu rumah. Muka mereka bertiga suram sudah cukup untuk memberitahu Kalsum mereka gagal mendapatkan kerja. Selepas memberi salam, mereka bertiga masuk ke dalam rumah dan terus mencapai alatan mandi menuju ke kolam Pak Cik jah untuk membersihkan badan. Selang setengah jam selepas itu, mereka bertiga kembali ke rumah dan bersiap-siap untuk makan. Walau dalam keadaan penat, Wati dan Ana tetap berselera dengan juadah pisang makan malam mereka.

“Tunggulah Ana dapat kerja nanti, Ana belikan ayam untuk Imah, ya.” Ana tiba-tiba bersuara semasa makan sambil memandang Imah yang nampak tidak berselera.

“Imah tidak mahu ayam. Imah mahu makan nasi.” Imah merengek manja.

“Imah, malam ini emak tidak masak nasi sebab bapa mahu makan pisang.” Aslam menyampuk ingin memujuk Imah.

“Bapa setiap hari mahu makan pisang. Setiap hari mahu makan ubi kayu. Bila bapa mahu makan nasi?” Imah bertanya kepada Aslam dengan suara manjanya.

“Sabarlah. Nanti kita makanlah nasi. Lagipun, pisang ini kan Imah yang tanam dengan mak. Imah Ingat tidak?” Kali ini giliran Kalsum pula memujuk anaknya. Imah tersenyum dan kembali berselera makan.

“Bapa, Cikgu Saliha tanya bila mahu bayar yuran. Sudah lewat dua bulan katanya.” Haiqal tiba-tiba bersuara. Aslam memandang haiqal dan terdiam seketika. “Haiqal malu bapa sudah banyak kali dia panggil Haiqal bertanya soalan yang sama.”

“Habis tu, Haiqal kata apa?” Wati kemudian bertanya.

“Haiqal kata belum ada rezeki cikgu. Nanti kalau bapa Haiqal sudah gaji, Haiqal bayar.” Haiqal menjawab sambil berjalan ke ruang tengah rumah mengambil surat peringatan yang dikirimkan kepada Aslam dan menyerahkan surat itu kepada Aslam.

“Sabarlah Haiqal. Nanti bapa usahakan, ya.” Aslam menjawab ringkas sambil melihat surat peringatan tersebut.

Tangisan

Hari ni ejan nak kongsikan sebuah cerpen ringkas yang ejan cipta beberapa jam yang lepas.... tiba2 ada idea... hak2...

Masih aku ingat lagi peristiwa 25 Mei yang banyak memberikan aku sebuah makna kehidupan dan tamparan hebat buat diriku sehingga hari ini.

Ya! 25 Mei! hari pertama kita mula bertemu dan berkenalan secara berhadapan. Masihkah kau ingat pertemuan itu? Masih? Aku cuba untuk bertanyakan kepadamu agar kau bisa mengingati kembali coretan pertama kisah kita yang entah bagaimana keadaannya selepas itu. Itu semua fikiranku semasa itu. Tapi kini aku sudah dapat akan jawapan kepada perjalanan pertemuan dan perkenalan yang aku sendiri cipta.

Petang itu, kita mula mengenali antara satu dengan lain dengan penuh perasaan ingin tahu antara satu dengan lain. Usikan dan bicara disulam satu persatu menghiasi tenunan perkenalan awal itu. Aku tertawa sendiri bila mengenangkan. Mungkin ia sebuah permulaan yang bahagia. Itu kata hatiku pada waktu itu. Aku merasakannya, kerana itu aku berani memperkatakan sedemkian. Ah! Karut! Mentari semakin malu menunjukkan dirinya dan beralah kepada sang rembulan yang sejak tadi menunggu giliran memunculkan serinya. Kini, purnama sangat megah dipagari bintang yang penuh mempesona. Aku sempat mendongak ke langit pada ketika itu. Aku pasti kau masih ingat bukan akan kejadian malam itu. Kita dibuai asmara yang penuh dengan keasyikkan. Ya, betul! Aku masih ingat lagi, kau meminta izin padaku sebelum itu. Aku yang sememangnya sudah jatuh hati padamu waktu itu mengizinkan sahaja gelora jiwamu. Mungkin ia juga gelora jiwaku. Bahagia bukan kita waktu itu? Kau?

5 berganti 6. dan 6 berganti 7. Itu semua kenangan. Peristiwa malam yang satu lagi sangat meruntun jiwaku. Aku menantimu. Katamu... kita akan bertemu lagi. Tapi... semuanya palsu. Aku menanti jawapanmu dan kau terus membisu tanpa sebarang lagu yang kau kirimkan kepadaku. Mana janjimu? Aku buntu. Aku tekad akan mengunjungimu walau tiada pesanan walau satu kau balas kepadaku. Seharian aku terpacak untuk kau. Atas dasar sayang dan kasih aku gagahkan juga diriku untuk terus menantimu. Tapi kau? Kau tidak muncul untuk aku. 

Kurang 16 Jam genap sehari semalam aku menanti barulah kau munculkan diri. Aku sambut dengan senyum walau hati terluka yang terlalu parah. 

Dan malam itu, semua bahagia bertukar gelita. Punah! Hancur! Lebur! kerana aku yang tak dapat mengawal perasaan aku. Aku sengsara diperlaku sepeti batu ditepi dan kau sibuk dengan duniamu. Aku tiba untuk disentuh jiwa. Bukan sebagai tunggul untuk kau buat bendul. Argh! Jiwaku meronta dengan kuat malam itu. Aku sangat gelodak malam itu. Telagah terundang. Telingkah mendatang. Jiwaku meradang. Bahang! Dan malam itu titik pengakhiran segalanya.

Aku cuba memujuk hatimu dan kau membutakan matamu. Memekakkan telingamu. Aku terus disisih hingga kini. Janji yang kau tabur semuanya hilang. Hanya airmata yang menjadi teman derita. Merana jiwa untukmu. 

Namun tidak mengapa. Aku beralah. Andai itu salah ku. Dan satu pintaku. Agar kau tahu. Aku Masih mencintaimu. Walau telah kau campakkan aku jauh berbatu-batu.

Nukilan: Sah Rezan Abdul Salam

Rabu, 1 Jun 2011

Hatiku Berdarah Lagi

Selamat Pagi semua!

Apa Khabar? ejan harap korang semua sihat k...

Herm... Pagi nie sedih sangat! Apalah ejan ni setiap hari je nak sedih kan... hahaha.. Nak buat macamna? dah memang hidup selalu sedih jerk... wakakakaka... pagi ini ejan sangat sedih sebab telah ditolak cintanya... hahaha... punah harapan mau bercinta dengan budak jauh... ejan pernah citer kan ejan kenal ngan budak jauh... herm... dah kena tolak baru je subuh tadi... aduyai!!! 


luluh hati ejan awal pagi ni... geram je... nak tahu siapa dia??

sapa?

korang tak kenal pon... dia duduk jauh dari Malaysia... duduk Jordan.. tapi orang Malaysia ar.. dia study kat sana... Herm... no more word! I'm speechless!!!

ALIF!!! TOLONG ABANG!!!


Apa Makna Hujan? Episod 3

EPISOD 1


EPISOD 2


Air mata mula mengalir di pipi Haiqal sebelum jatuh ke tanah. Sesekali dia  mengelap air mata itu takut dilihat oleh yang lain.

“Haiqal, apa lagi yang dimenungkan?” Kalsum menegur Haiqal dari belakang. Imbauan kenangan lalu hancur berkecai. Lesap dibawa angin yang bertiup sepoi bahasa.

“Tiada apa-apa mak. Mak sudah habis bersihkan kebun? Haiqal baru bercadang mahu bantu mak.” Jawab Haiqal sambil merenung Kalsum.

“Sudah. Baru sahaja selesai Qal. Bukan banyak pun hendak dibersihkan. Lagipun Haiqal sudah penat mengangkat air dari kolam tadi kan. Sabarlah Qal. Kalau ada rezeki kita buat kolam sendiri. Lagi dekat kita dapatkan air. Tidak perlulah Haiqal dan Edi ke kolam Pak Cik Jah lagi.” Kalsum berkata sambil mengusap manja kepala Haiqal. Haiqal mengerlingkan mata ke arah Kalsum sambil mengulumkan senyuman manis.

“Qal, sudah dengar cerita dari kawan-kawan? Bila keputusan UPSR keluar?” Kalsum bertanya kepada Haiqal.

“Dengar-dengar minggu hadapan, mak.” Haiqal menjawab ringkas. “ Mak, macamana Haiqal mahu ambil keputusan UPSR nanti? Haiqal takut ke sekolah mak.” Sambung Haiqal lagi. Sekolah Haiqal terletak dalam ladang kelapa sawit yang mencetuskan tragedi hitam keluarganya itu.

“Nanti mak temankan Haiqal. Jangan risau. Tidak ada apa-apa yang Haiqal harus takutkan.” Kalsum meyakinkan Haiqal.

“Haiqal, sudah lewat ni. Pergi bawa adik-adik mandi di kolam Pak Jah.” Kalsum memadamkan perasaan serabut Haiqal. Haiqal menuruti sahaja arahan emaknya.

Haiqal mengangkat punggungnya dan terus mendapatkan adik-adiknya untuk dibawa ke kolam. Haiqal sempat menoleh kakak sulungnya yang sedang sibuk menyalakan api di bawah rumah. Kesempitan hidup mereka membolehkan mereka untuk masak menggunakan kayu api sahaja. Wati begitu gigih menyalakan api. Di belakang Wati, Ana pula sudah sedia dengan kuali dan pucuk ubi kayu yang dipetik oleh Kalsum sebentar tadi.

“Haiqal, Haiqal jangan mandi dulu. Lepas kakak masak kita pergi sekali. Kakak takut mandi sendiri di kolam itu.” Wati menegur Haiqal. Haiqal menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan Wati. Manis wajah Wati dan Ana.

“Ke manakah hala tuju kakak-kakak aku selepas ini?” Haiqal bermonolog seorang diri.

Malam itu sungguh dingin. Haiqal sekeluarga berjaga pada malam itu. Angin bertiup kencang sehingga menggoncang rumah usang kediaman Haiqal sekeluarga. Petir sambar menyambar. Guruh berdentuman. Hujan turun dengan lebatnya. Keadaan lantai yang tidak rapat menyebabkan angin menyusup masuk melalui celah ruang antara papan. Dalam keadaan kelam malam dalam rumah yang hanya diterangi api pelita minyak tanah, Aslam membetulkan jendela rumah yang hanya ditutup menggunakan papan lapis. Tali pengikat papan lapis pada jendela rumah diketatkan agar tidak rebah ditiup angin kencang. Keadaan rumah yang tidak siap itu menyukarkan hidup mereka sekeluarga bila ribut melanda. Air hujan mula menitis daripada atap zink murah yang semakin buruk keadaannya. Bukan satu dua lubang, tapi sangat banyak lubang pada bumbung rumah memaksa Kalsum mencapai baldi dan besen untuk menadah titisan air tersebut. Imah diam ketakutan dalam pelukan Ana. Wati, Edi dan Haiqal duduk bersandar pada dinding sambil melentokkan kepala tanda mengantuk. Hujan pada malam itu akhirnya berhenti selepas beberapa jam berlalu.

Keesokkan paginya, matahari memancarkan cerah menerangi bumi. Keceriaan pagi itu diserikan lagi dengan kicauan beburung yang berterbangan mengelilingi pohon ara yang tumbuh melingkari pohon kelapa sawit yang berusia 30 tahun di hadapan rumah Haiqal. Sungguh meriah kicauan burung-burung itu seperti ada sesuatu yang ingin diceritakan kepada Haiqal. Bertentangan dengan rumah Haiqal terdapat sebuah rumah Cina yang sudah lama ditinggalkan. Kadang-kadang sahaja pemilik kebun buah-buahan itu akan datang menjenguk kebunnya. Selalunya semasa musim buah-buahan.

Haiqal memakai kasut but berwarna hitam dan terus mendapatkan Kalsum yang sejak tadi menunggunya di bawah rumah bersama Aslam. Aslam yang mengenakan baju lusuhnya berwarna biru manakala kalsum pula memakai baju kurung hasil pemberian Isteri Pak Cik Jah beberapa minggu yang lepas. Edi belum lagi siap. Dia baru sahaja bangun dari tidur. Manakala, Wati pula baru sahaja selesai membasuh pinggan mangkuk yang dilonggokkan di dapur sejak malam tadi. Setelah semua selesai, mereka berlima mula berjalan masuk ke dalam kebun kelapa sawit. Hari ini buah kelapa sawit akan dikait. Jadi, Haiqal sekeluarga akan bergotong-royong memungut biji kelapa sawit yang bertaburan selepas buah kelapa sawit jatuh dikait. Dalam pada itu, tiba-tiba Kalsum muntah dan rasa pening kepala lalu tidak sedarkan diri. Aslam berlari mendapatkan Kalsum dan kemudian mengangkatnya balik ke rumah. Haiqal dan yang lain mengikut dari belakang. Aslam membawa Kalsum ke klinik desa berhampiran dengan rumah mereka.

“Tahniah! Isteri awak mengandung.” Jelas Dr. Amira kepada Aslam.

Aslam terdiam dan terpaku seketika. Macam-macam benda bermain dalam fikirannya. Dia celaru dan serabut memikirkan hal tersebut. Dia tidak tahu sama ada ingin gembira atau berduka cita dengan kehamilan isterinya itu. Namun, Aslam tidak mahu menzahirkan kecelaruannya itu dan menyambut Kalsum yang keluar dari bilik pemeriksaan dengan sejambak senyuman.

Aslam kusut dengan keadaannya yang tidak mempunyai kerja tetap dan kini bakal dibebani dengan kelahiran seorang lagi cahaya mata. Semestinya cahaya mata itu merupakan kurniaan Tuhan dan dia patut bersyukur. Akan tetapi, pada masa yang sama Aslam juga memikirkan bagaimana dia ingin menyara kehidupan bayi itu setelah dilahirkan ke nanti? Aslam semakin serabut. Dia melemparkan renungannya jauh sekali sambil berdiri di kaki lima rumah. Kalsum memerhatikan Aslam dari dalam rumah sambil mengusap-usap perutnya. Kalsum seolah-olah dapat membaca fikiran Aslam yang sangat celaru itu.

“Tahniah! Awak sudah mengandung selama dua bulan.” Kata-kata Dr. Amira itu masih terngiang-ngiang di telinga Kalsum. Kalsum menyambut kata-kata itu dengan senyuman hambar.

“Abang, Haiqal dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Sains Labuan tahun hadapan. Apa pendapat abang?” Kalsum mendekati Aslam dan bertanya.

“Banyak benda lagi yang perlu abang fikirkan, Sum. Abang celaru bagaimana mahu fikirkan benda ini. Haiqal sudah buat yang terbaik untuk kita. Kita juga dapat nama atas kecemerlangan dia. 5A yang dia peroleh itu hadiah buat kita. Tapi, abang malu dengan dia. Abang tidak mampu, Sum.” Aslam bersuara sayu sambil merenung Kalsum.

Haiqal yang duduk di bawah rumah, betul-betul di bawa kaki lima tempat Aslam dan Kalsum berbual tiba-tiba naik ke rumah mendapatkan emak dan ayahnya.

“Tidak apa-apa bapa, mak. Haiqal tidak kisah kalau tawaran itu kita abaikan. Haiqal faham keadaan kita sekarang. Mungkin bukan rezeki Haiqal lagi. Adik dalam kandungan mak ini lagi memerlukan, bapa.” Haiqal bersuara sambil memandang ke arah perut Kalsum yang semakin membesar.

“Maafkan bapa, Qal. Bapa tidak dapat tunaikan impian Haiqal untuk belajar di Labuan. Tapi, bapa janji akan teruskan pengajian Haiqal sampailah Haiqal berjaya. Cuma mungkin bukan sekarang masanya.” Aslam merenung mata Haiqal dalam-dalam. Haiqal hanya mampu tunduk dan mengalirkan air mata. Sebak dadanya mengenangkan nasib hidup yang dikongsi oleh mereka sekeluarga.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...