Konco-konco

Selasa, 31 Mei 2011

hari bahagia

Assalamualaikum semua...

Selamat pagi semua!!!

hahahaha.. gambar snap time baru bangun tadi... hahahahahaha.... walaupun baru bangun tetap hensem apa...

Selamat Pagi ejan ucapkan kepada Mama, Bapa, Kakak-kakak, Adik-adik dan Abang-abang Ipar serta Anak-anak sedara yang berada di Sandakan. Apa khabar semua?? Harap-harap semuda dalam keadaan sihat dan wal  afiat hendaknya. Apa sarapan korang hari ini?? Sarapan ke jugak?

Hari ini ejan sangat gembira sebab bila bangun dari tido, ejan kol orang yang tersayang. sejak malam tadi ejan tunggu dia kol sebab dia kata dia akan kol ejan. ejan tunggu jak dia kol ejan sampailah subuh. sampai pagi ejan berjaga sebab nak tunggu dia kol ejan. Tapi dia x kol ejan gak. ejan faham dia penat.. dia ada gtau jugak. tapi ejan ni jenis degil... ejan tunggu gak dia kol ejan... huhuhu... 

bila dah pagi tu ejan dah memamng dah tak tahan, ejan terlelap... dalam pukul 9 pagi ar mcm tu ejan bangun dari tido, ejan kol dia... dia jawab... wakakakak!!! ejan melonjak girang!!! hahaha... sembang ngan dia... dia tegur ejan kenapa tunggu.. dia suh ejan g mandi then ambik breakfast n makan panadol... makan panadol tu sebab ejan sakit kepala.. pening sangat... mana tidaknya, dahla penat dari main badminton dari kul 11.00 malam sampai kul 2.00 pagi... sambung g tunggu my love ni... memanglah pening. Tulah akibatnya kalau tak dengar cakap! degil! dia suruh jangan tunggu. ejan tunggu gak...

by the way... sembang punya sembang... kitorang create a date... bila?? hahaha... rahsia... mana bleh gtau! hanya ejan je yang tau ngan dia... korang jangan jeles k...

p/s: hari ini sangat boring duduk bilik jak!

Isnin, 30 Mei 2011

kenangan sepanjang lalu...

Assalamualaikum semua... sory semua... dah lama tak update belok ini... apapun, terima kasih kerana sudi mengikuti perkembangan belok ini dari awal sehinggalah sekarang...

sepanjang kebelakangan ini ejan sibuk dengan beberapa esaimen yang membanjiri hidup ejan.. wahahaha...ayat xbleh blah... MEMBANJIRI ye... huhuhu... so, malas lah nak update2 segala bagai belok ejan nie... lagipun sekarang ni ejan dah ada dua belok... satu ini dan satu lagi belok untuk penulisan kreatif yang wajib mengadakan belok... huhuhu...

ok! kenangan sepanjang beberapa hari yang lepas...

1st: ejan nak gtau yang ejan ada bertandang ke Himpunan Sejuta Belia pada hari sabtu yang lepas... 28 Mei 2011... tapi sorylah takde benda yang ejan bleh kongsi kat sini sebab ejan tak bawa kamera time tu... huhuhu...

2nd: ejan sangat kecewa dengan planning ejan yang tidak menjadi untuk ke Bukit Broga buat kali ketiga!!! entah bila agaknya ejan akan baik ke sana... herm...

huhu.. dan untuk hari ini pulak... penuh dengan kuliah... 

1st: 10.00-12.00
2nd: 2.00-4.00
3rd: 5.00-7.00

penat siut.... tapi yang paling best... sempat jugak ejan posing dalam bilik dalam kesibukan hari ni... gambar-gambar ni ejan ambik selepas kuliah wacana dan khalayak media dalam pukul 4.30 ptg ar mcm tu..




Apapun, ejan nak kongsikan di sini, ejan ada seseorang yang rasa memang sesuai untuk ejan... dan ejan amat menyayanginya sejak pertama perkenalan dengannya... bayangkan ejan mengalirkan airmata bila terpisah dengannaya dan bagi ejan... dialah orang yang pertama membuatkan ejan menangis apabila merasakan diri ejan jauh dari dia... saya sayang dia... 

ini cincin yang dia berikan  kepada ejan tanda perkenalan kami berdua... tambah lagi satu cincin di jari ejan...



Ejan nak gtau yang airmata itu bukti kasih sayang ejan yang tercipta khas untuk dirinya... ni ada satu video yang ejan nak kongsikan dengan semua...





Jumaat, 27 Mei 2011

Apa Makna Hujan? Episod 2

Haiqal terkelu mendengar kata-kata spontan ayahnya itu. Dia sudah tidak tahu untuk berkata apa-apa lagi. Haiqal kemudian merebahkan badan di atas lantai rumah yang tidak beralas. Lantai papan inilah yang menjadi tilam tempat dia sekeluarga beradu merehatkan diri dan tidur pada waktu malam. Tilam? Bantal? Mungkin beberapa tahun lagi dapatlah haiqal sekeluarga merasakan empuk tilam dan bantal yang diimpikan itu. Itupun kalau diizinkan Tuhan. Kalau tidak, papan inilah yang akan menjadi teman tidur mereka sampai bila-bila.

Perlahan-lahan mata Haiqal semakin layu dan akhirnya terpejam.

“Mak masak apa hari ini?” Haiqal bertanya kepada Kalsum yang sedang duduk menonton televisyen di ruang tamu. Haiqal baru sahaja balik dari sekolah dan terus meluru ke arah Kalsum. Kalsum sedikit terperanjat dan hampir sahaja menampar Haiqal. Kalsum tidak mampu untuk memarahi anaknya cerdiknya itu.

“Berapa kali mak mahu pesan? Masuk rumah bagi salam.” Kalsum menegur anaknya itu sambil memulas-mulas telinga kanan Haiqal yang capang. Haiqal merengek manja.

“Hari ini mak tidak masak. Mak sudah penat masak untuk Haiqal setiap hari. Hari ini mak tunggu Haiqal balik rumah masak untuk mak pula.” Kalsum cuba mengusik Haiqal.

“Baguslah kalau mak tidak masak. Bolehlah Haiqal makan di warung Haji Hassan.” Haiqal berseloroh mengenakan emaknya semula. Kalsum buat-buat tidak dengar dan terus menonton Buletin 1.30 pada televisyen.

“Lagipun, Haiqal pun sudah penat makan masakan mak setiap hari.” Haiqal menambah lagi untuk menarik perhatian Kalsum. Dia ketawa kecil.

Kalsum kemudian dengan tiba-tiba menerkah Haiqal yang sedang baring di sebelah kirinya. Haiqal sempat mengelak dan bingkas bangun berlari ke dapur. Kalsum mengejar anaknya yang nakal itu.

Aslam menggerak-gerakkan badan Haiqal. Haiqal terjaga dari lenanya yang seketika itu. Layar mimpinya terpadam tiba-tiba. Cerita yang dua tahun lepas itu hilang selepas dia terjaga dari tidurnya.

“Haiqal, sudah lewat petang ni. Bangunlah.” Aslam mengejutkan Haiqal.

Haiqal hanya melihat sahaja Aslam yang berdiri betul-betul di hadapannya. Haiqal merenung dalam wajah lelaki separuh abad itu dengan penuh kasih sayang. Kerut dahinya menampakkan usia tuanya yang semakin dimamah usia. Kulitnya sedikit gelap kerana sejak bujang remaja lagi kebun kelapa sawit kepunyaan nenek Haiqal menjadi tempatnya mencari makan. Maklum sahajalah alam sekolah pun tidak pernah dirasai oleh beliau. Hanya ilmu kebun kelapa sawit sahaja yang dipelajarinya sejak kecil. Aslam kelihatan sedikit kurus sejak beberapa bulan ini mencerminkan beliau juga merasai keperitan hidup yang dirasai oleh Haiqal.

Haiqal kemudian mengangkat badannya dan duduk sambil melihat sekitarnya. Di sebelah Haiqal, Imah sedang nyenyak tidur dengan botol susu yang masih melekat pada bibirnya. Kanak-kanak berusia 4 tahun itu seolah-olah sedang enak dibuai mimpi indah yang tidak sedar akan kehidupan nyata. Haiqal bingkas bangun sambil menoleh ke arah jam dinding. Jam lima petang sudah.

“Kau sudah makan, Qal?” Soal Edi kepada Haiqal.

“Belum lagi. Aku baru bangun tidur.” Haiqal menjawab pertanyaan adik lelakinya itu.

“ Mak mana?” Haiqal kemudian bertanya kepada Edi.

“Tu. Di kebun sayurnya.” Edi menjawab sambil menunjuk ke arah kebun sayur Kalsum kira-kira 20 meter dari rumah mereka.

“Kau makanlah dulu. Lepas itu, kita angkat air dari kolam pak cik.” Sambung Edi lagi. Haiqal menuruti kata-kata adiknya yang muda setahun dari dia.

Selepas makan, Haiqal mendapatkan Edi dan mengajaknya ke kolam Pak Cik Jah untuk mengangkat air. Edi yang mengenakan baju t-shirt putih dan seluar pendek mengikut Haiqal bersama tiga gelen air yang kosong dan kereta sorong. Haiqal dan Edi mula melakukan rutin harian mereka seperti biasa. Setibanya di kolam Pak Cik Jah yang kira-kira 500 meter menuruni bukit curam dari rumah Haiqal, mereka berdua mengisi air kolam ke dalam gelen air yang beisipadu 100 liter air setaip satu. Mereka terpaksa mengharungi bukit curam dalam ladang kelapa sawit kepunyaan Pak Cik Jah untuk mendapatkan air.

Haiqal menolak kereta sorong yang sarat dengan muatan tiga gelen berisi air menaiki bukit yang curam. Sementara Edi pula membantu Haiqal dengan menarik dari hadapan menggunakan tali yang diikat pada hadapan kereta sorong. Begitulah rutin mereka setiap hari yang akan melakukan tugas itu tujuh hingga lapan kali berulang-alik setiap petang untuk kegunaan air di rumah. Selesai melakukan tugas itu, Haiqal duduk di atas tanah di hadapan rumahnya sambil melihat emaknya yang sibuk membersihkan rumput-rumput yang cuba mencuri makanan sayur tanamannya.

“Mak rasa sakit! Kepala mak macam ditikam dengan pisau tajam!” Jerit Kalsum sekuat hati. Air matanya mengalir deras menggambarkan betapa sakitnya bisa yang menusuk kepalanya. Pada zahirnya memang tiada siapa yang dilihat menikam kepala Kalsum. Haiqal adik-beradik menangis kuat mengasihani Kalsum yang dalam kesakitan. Ayah semakin buntu. Begitulah sakitnya derita Kalsum yang dialaminya beberapa bulan yang lalu akibat buatan orang yang cemburu akan keluarga Haiqal. Sebelum Kalsum, Aslam juga menerima nasib yang sama apabila dia hampir gila dibuat orang. Mujurlah mereka berdua sudah pulih selepas berubat secara tradisional. Namun semua itu atas bantuan Allah yang maha berkuasa.

Semuanya bermula apabila Aslam berpindah kerja ke sebuah ladang kelapa sawit jauh di pedalaman bumi Sandakan. Beliau mendapat kerja sebagai seorang mandur pada awalnya. Tidak sampai tiga bulan, belia dinaikkan gaji akibat dedikasi dan kerajinan beliau melakukan kerja. Aslam yang seorang pendiam tetapi ramah menjadikan dia disukai oleh majikannya dan tidak lama selepas itu dia dinaikkan pangkat kepada pegawai ladang. Belum sempat beliau memegang jawatan itu, keluarga Aslam menjadi porak-peranda. Surat layang mengancam keluarganya dihantar ke rumah. Aslam kemudian diganggu dengan bisikkan-bisikkan halu sehingga dia bercakap seorang diri. Kadang-kdang dia akan melenting tiba-tiba. Kalsum pula tiba-tiba menjadi pendiam dan tidak mahu bergurau seperti selalu. Keadaan itu amat merisaukan Haiqal sekeluarga sehinggalah Wati, kakak kepada Haiqal memujuk ayahnya untuk keluar dari ladang itu dan balik semula ke kampung.

Setibanya di kampung, benda kurafat itu tetap mengikut jejak mereka sekeluarga dan ingin melihat kesengsaraan mereka sekeluarga. Aslam hilang sumber pendapatan dan hampir gila akibat perbuatan syirik itu. Kalsum juga menerima kesan yang sama. Keadaan itu dialami oleh mereka sekeluarga hampir dua bulan lamanya. Alhamdulillah, kini semuanya sudah kembali pulih walaupun saat-saat perit itu masih menampakkan kesan sehingga hari ini. Tidak cukup dengan kehilangan kebahagian dan kegembiraan, Haiqal adik-beradik terpaksa berhenti sekolah buat seketika kerana Aslam yang hanya menagih ihsan nenek Haiqal memberikan mereka sekeluarga nafkah dengan bekerja di kebun kelapa sawit kepunyaan ibu kandungnya sendiri.

Air mata mula mengalir di pipi Haiqal sebelum jatuh ke tanah. Sesekali dia  mengelap air mata itu takut dilihat oleh yang lain. 

Isnin, 23 Mei 2011

Apa Makna Hujan? Episod 1

Petang itu, selepas joging seperti biasa, Haiqal duduk di tepi bukit berhampiran kolej kediamannya sambil memerhati matahari yang kian menghilang di sebalik kaki langit. Dari arah bertentangan, bulan kian menyinar memantulkan sinar suria untuk menerangi malam sekejap lagi. Haiqal memerhatikan burung-burung yang terbang pulang kembali ke sarang masing-masing. Deruman motorsikal sekali-sekala mengganggu tumpuannya mengamati kejadian alam petang itu. Haiqal melemparkan pandangannya jauh-jauh.

Suasana semakin kelam pagi itu. Matahari sudah tidak terdaya lagi bertahan melawan kekuasaan kelabu mendung yang semakin melebarkan pengaruhnya. Keceriaan pagi itu tenggelam dihanyutkan oleh arakkan awan kelabu yang bergerak laju mengusir sinar suria. Angin mulai bertiup perlahan sesekali menampar wajah Haiqal yang duduk termenung di atas anak tangga rumah sambil melemparkan pandangan ke arah pohon-pohon kelapa sawit di persekitaran rumahnya. Kelihatan lalang yang subur di bawah pepohonan kelapa sawit itu menari-nari ditiup angin. Ada juga daun-daun kering sedang berkejar-kejaran di atas tanah seolah-olah berlumba-lumba mencari garis penamat yang entah di mana letaknya. Ah! Perlahan-lahan awan mulai menangis menitiskan airmatanya dan semakin lebat seolah-olah meratapi kerapuhan hidup yang dijalani oleh Haiqal sekeluarga. Haiqal Cuma mampu untuk terus termenung dan turut serta meratapi nasib hidup yang kabur dan penuh dengan kabus tebal.

Haiqal terus duduk diatas tangga sambil melihat air keruh yang mengalir di tepi jalan tidak berturap di hadapan rumahnya. Air keruh itu mengalir menuruni bukit hingga ke kaki bukit kira-kira 20 meter dari rumah usang Haiqal. Begitulah kehidupan Haiqal yang semakin tiada kejernihan dan semakin menguning ibarat tiada masa depan lagi. Haiqal seolah-olah sudah putus asa untuk merempuh rintangan hidup yang tiada henti. Entahlah, bilakah agaknya dugaan ini akan berakhir dalam hidup Haiqal. Haiqal sudah lali dengan hariannya yang sukar menghirup rasa bahagia dan gembira.

Setengah jam berlalu. Awan semakin ketandusan air untuk dicurahkan ke bumi. Rintikan semakin mengecil dan beransur henti. Lamunan Haiqal yang sejak tadi memerhatikan gelagat alam terhenti tiba-tiba. Haiqal mengangkat punggungnya dan masuk ke dalam rumah. Di tepi pintu rumah kelihatan Aslam sedang duduk sambil menggulung kertas rokok tembakaunya. Haiqal menggeleng-gelengkan kepalanya melihat ayahnya yang tegar dengan tembakau kesayangannya itu. Dari arah bilik, kedengaran bunyi riuh adik-adik Haiqal yang sedang bermain usik-mengusik. Bingit telinga dibuatnya tapi sudah menjadi kebiasaan bagi dirinya. Kalau itu yang membuatkan adik-adiknya gembira dan ketawa, tiada salahnya dibiarkan begitu sahaja. Haiqal sempat memerhatikan gelagat dua orang adiknya bergelut manja di dalam bilik tidur yang tidak berpintu itu. Dia mengulumkan senyum dan kemudian terus berjalan ke dapur mencari Kalsum. Di dapur, kelihatan Kalsum sedang sibuk menyiang ikan yang dipancing oleh Haiqal dan ayahnya awal pagi tadi. Haiqal duduk bertenggek memerhatikan emaknya dan hanya tersenyum.

Haiqal memerhatikan wajah emaknya dari jauh. Walaupun emaknya bersikap tenang sepanjang masa, namun dalam wajah tenangnya itu tersembunyi sebuah kesedihan dan tangisan yang sangat hiba. Hanya ketabahan dan kesabaran yang membuatkan emaknya mampu untuk terus hidup selepas menjalani satu liku hidup yang begitu sukar dan memeritkan beberapa bulan yang lepas. Wanita kelahiran Indonesia ini suci wajahnya dengan cahaya iman yang diberikan oleh Tuhan. Walaupun dalam kehidupan yang begitu sukar, Kalsum tidak pernah sesekali mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu dan isteri. Walau dengan cara apa sekalipun, Kalsum tetap akan memastikan Haiqal dan adik-beradiknya makan seperti anak-anak orang lain juga. Mata Haiqal perlahan-lahan berkaca-kaca. Haiqal tidak mahu menangis dan cepat-cepat bangun meninggalkan emaknya dan beredar ke ruang tamu semula.

“Sudah pukul 10.00 pagi rupanya.” Desis Haiqal di dalam hati sambil merenung jam dinding yang tergantung  di ruang tamu.

“Kenapa dengan kamu ini, Haiqal?” Ayah Haiqal tiba-tiba bersuara.

“Errr... Tidak ada apa-apa bapa. Fikiran sedikit kacau.” Haiqal sediit terkejut kemudian menjawab pertanyaan ayahnya itu.

“Apa yang mengganggu fikiranmu?” Soal Aslam lagi. Kepulan-kepulan asap rokok tembakau keluar daripada mulut Aslam setiap kali dia membuka mulutnya.

“Erm, Haiqal risau dengan keadaan ayah yang kuat sangat menghisap rokok tembakau.” Haiqal cuba menyembunyikan hal yang sebenarnya bermain dalam fikirannya. Haiqal tidak mahu ayahnya tahu akan kesengsaraan jiwanya yang dihimpit oleh kesempitan dan kemiskinan hidup mereka.

“Kalau sudah ajal, mati juga, Qal.” Jawab Aslam ringkas.

Haiqal terkelu mendengar kata-kata spontan ayahnya itu. Dia sudah tidak tahu untuk berkata apa-apa lagi. Haiqal kemudian merebahkan badan di atas lantai rumah yang tidak beralas. Lantai papan inilah yang menjadi tilam tempat dia sekeluarga beradu merehatkan diri dan tidur pada waktu malam. Tilam? Bantal? Mungkin beberapa tahun lagi dapatlah haiqal sekeluarga merasakan empuk tilam dan bantal yang diimpikan itu. Itupun kalau diizinkan Tuhan. Kalau tidak, papan inilah yang akan menjadi teman tidur mereka sampai bila-bila.

Perlahan-lahan mata Haiqal semakin layu dan akhirnya terpejam.

Ahad, 22 Mei 2011

Apa Makna Hujan?

Apa Makna Hujan?


ke jadah semua ni ejan oit!? kenapa plak tanya makna hujan plak kat belok ini? apa yang ejan tidak faham dengan HUJAN??


Hahaha.... Hujan? Apa itu Hujan? Mengapa ia boleh wujud? Apa yang sebabkan hujan? Mengapa perlu hujan? 

APA MAKNA HUJAN???


HUJAN?



HUJAN?



HUJAN?



HUJAN?


so? Apa yang anda faham pasal hujan?


Dan Apa Makna Hujan?


wokey! wokey! stop mengarut k.

sebenarnya Apa Makna Hujan? itu adalah tajuk Cerpen aku yang terbaru.... wakakakaka! Dah lama tak menulis kan... kali ni dah muncul semula dengan sebuah cerpen...

Nak tahu apa isi kandungan cerpen ni?

Cerpen ini mengisahkan kehidupan seorang anak remaja yang hidup dalam keluarga yang penuh dengan liku-liku kehidupan dan duri-duri dunia yang tidak pernah sepi dalam kehidupannya. kehidupan yang penuh dengan badai itu ditempuhi dengan penuh keinsafan dan hati yang tabah. Satu demi satu keperitan hidup hadir menampar dirinya. Mampukah Haiqal dan keluarganya merempuh segala kesempitan yang mereka alami? atau mungkinkah mereka layu dalam terik mentari yang membakar? Hanyut dalam arus yang deras? Nantikan episod Apa Makna Hujan? yang bakal muncul dalam kalender Aku Punya Belok tidak lama lagi....

huhuhu.... so, anntikanlah kemunculan APA MAKNA HUJAN? tidak lama lagi k....


Khamis, 19 Mei 2011

stress

STRESS! STRESS! STRESS!

kenapa stress ni ejan??? apa yang buat ejan stress??

entahlah apa yang buat ejan stress... ejan xdapat chat lagi ngan dia... dah lah duduk jauh... malam ni dia tak online lagi... ejan rindukan dia... tolonglah ejan... macamana nak tangani masalah ni?

Herm... Lupa lak nak bagi salam... Assalamualaikum semua.... aku tak tahu kenapa perasaan aku semakin menjadi-jadi sejak beberapa hari ini... semua ini sebab perkenalan aku ngan si dia yang baru sahaja aku kenal... Adakah aku bakal mengubah status single aku kepada couple buat kali seterusnya???

Sejak aku kenal ngan dia... beberapa hari yang lepas... aku selalu jak usha gambar dia... aku dah download dah semua gambar dia kat FB letak kat laptop aku... kenapa aku buat macam tu??? sebab aku amat tertarik dengan dia... entahlah! walaupun aku belum jumpa lagi ngan dia... sekadar dalam maya jak... tapi hatiku berkata aku dah jatuh hati ngan dia... 


siapa orangnya???

siapa orangnya akan aku beritahu kemudian... sebab sekrang ni kami belum declare apa2 lagi... just sembang2 jak dalam YM... kalau semua ok... Tuhan pun mengizinkan semuanya... nanti aku akan bagi tahu jugak kat korang semua... 

Tapi percayalah aku amat tertarik ngan dia...


ANDAI KAU TERCIPTA UNTUKKU....
IZINKAN AKU MENGHIRUP CINTAMU...

Rabu, 18 Mei 2011

cerita pasal ***** *****

wah... tengok entri title pun macam kira gempak je kan entri kali ni... AWEK JAUH?? AWEK??

Adakah ejan kembali dilamun cinta??? ngan siapa?? apa kaitan dengan awek jauh??? huhuhu... persoalan demi persoalan timbul dibenak fikiran korang semua?? huhuhu... Hanya Allah saja mengetahui kisah sebenarnya...



Nak citer ke tak?? Nak citer ke tak...???



herm...





macam rasa bersalah plak kalau citer... tapi tangan dan jari ni macam nak citer je kat korang...



Ayyoo!!



ok2...


ejan citer k....



Baru-baru ni aku ada kenal sorang budak ni... dia kira oklah... kitorang pun semakin rapat dan rapat dan rapat... sebab satu program ar... then, dia kenalkan dengan sorang ni... 


Argh!!! apa yang aku citer nie??? asal gementar je nak taip ni?? besa tak macam ni pun....


Ok!


lupakan pasal budak kat atas tadi...


baru-baru ni ada sorang gadis.. wah! Gadis! yelah... gadis la... abis tu takkan nak paggil minah lak kan... xsopan langsung!

ok2... sambung2... gadis ni add aku... dengar citer adik dia yang suh add aku... so, dia pun add aku ar... aku approve je ar... dah orang add kan... lepas tu... aku chat ngan adik dia.. adik dia kata akak dia dah add aku... ***** ***** nama fb dia... huhuhu... aku pun usha la fb tu... 

jeng2! wow! not bad... 

pertama kali tengok gambar dia... fuh! lawanya awek ni... aku pun try2 ar nak kontek2 ngan dia... nak chat ngan dia.. tapi segan lak kan... herm... sampailah malam tadi... aku beranikan diri aku sebagai seorang lelaki memulakan chatting ngan dia... 

chat punya chat tanya dia ada skype ker tak... dia pun bagi... then, dia kata skype ada prob... so, kitorang pun add YM... so, bermulalah borak kitorang malam tadi... bila dah start chating tu... lebih kurang kul 1 pagi kot... makin rancak lak... aku chat ngan dia... dia pun ok je... yang paling best.... dia ni bila dengar azan je terus stop n tunaikan solat... aku tunggulah... 



Aik?? kul 1 pagi ada azan?? huhuhu...



di manakah dia berada???



hahahah!! rahsia... nanti kalau ada masa aku citer lagi pasal dia k...


aku dah mla dah jatuh hati kat dia... kitorang borak2 lagi dan borak lagi... best giler!


saling kenal2... dan makin rapat...


herm... rasanya setakat itu je kot untuk malam ni... nanti aku citer lagi pasal dia k... sebelum tu... aku nak kongsi gambar dia ngan korang....




huhuhu... semoga perkenalan ini bercambah menjadi sebuah taman yang indah.... 



Selasa, 17 Mei 2011

kenapa aku penat?

selamat petang semua... herm... bangun-bangun je dari tidoterus capai laptop update aku punya belok yang indah permai ini... Herm....

Macamana aku boleh tertido petang tadi..?? sedangkan aku dah janji dengan semua orang nak g joging... Apa benda yang sangat memenatkan aku sehingga aku sangat penat ari ni?? aku pon xtau napa??? kalau nak kata sebab jalan2 malam tadi.... herm... aku balik2 je terus tido... wahahaha... 

Jalan2???

Malam tadi???

Aku g mana???

huhuhuhu! korang nak tahu jugak ker?? ala, tempat tu xmenarik sangat pun... dah 4 kali dah pegi tempat tu... wahahahaha....

Jeng2!!!






pegi I-CITY je pun... huahuhauhuahua.... herm.. kepada rakan2 lain tu... kalau nak pegi lagi ajak jak aku ni k... sedia untuk berkhidmat bagi kamu korang semua... wahahaha....

dan hari ini plak aku just kuar ke Cafe bantu dayah menyiapkan kerja-kerja akhir selepas program Jom Masuk Universiti...



owh! aku lupa! hari ni aku basuh cadar biru kesayangan aku rupanya.... patutlah aku tertido!!! rupanya cadar sangat wangi....



oklah... aku nak kongsikan ngan korang semua pasal AF9 hari ini... ni salah seorang pelajar AF9... Hazama... semua orang dah kenal kot... dia ni memang dah artis pun.... nyanyi ngan Meet Uncle Hussein... huahuhaua... tapi sora dia memang best ar...rasanya dia juara untuk AF kali nie....

Isnin, 16 Mei 2011

befday mama 42

Hai.... Agak penat petang ni... herm... sepanjang hari ini aku begitu bizi dengan kehidupanku yang agak padat pada hari ini... hahahaha... [padatlah sangat kan]... huhuhu

Ekcely, Ari Isnin merupakan hari yang agak penuh bagi aku... sebabnya ada 2 kuliah dan 1 tutorial pada hari berkenaaan... untuk hari ini aku da hadiri Kuliah Penulisan Kreatif dan Kuliah Khalayak dan Wacana... aku suka sangat kuliah Khalayak tu sebab lecturer dia sempoi giler...Rasanya sebab beliau masih dalam lingkungan muda yang memahami kehendak pembelajaran remaja macam aku ni... so, kuliah dia memang sempoi dan agak mudah difahami... wahahahaha... poyo je ayat aku... 

Cuma satu yang aku nak kata aku kebengangan ada jugak! Nak rasa gelak ada jugak! Nak jerit kuat-kuat depan lecturer tu pun ada jugak! tadi beliau buat kuiz seperti yang telah dijanjikan... tau x kuiz dia sangatlah mencabar aku sebagai seorang yang tidak berapa gemar menonton TV sejak masuk U ni... tanya pasal Channel2 kat Astro!! wahahaha.... nasib bek la aku ni ada gak pengetahuan sikit la... not bad la... daripada 10 Jawapan tu.. aku rasa aku betul 7 kot... herm...boleh ar tu... 

****************************************

Jap... hari ini aku nak kongsikan dengan korang semua yang hari ini adalah HARI ULANGTAHUN KE 42 TAHUN buat MAMA AKU!!! PUAN KALSUM ABDULLAH...

Hepi befday to u mama... semoga mama sentiasa dirahmati oleh Allah SWT... dan dipanjang usia... dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan di dunia dan kebahagiaan abadi di Akhirat....

Ejan ada buat satu video khas buat mama!!!!


saya sayang mama saya... wahahaha... korang semua jangan plak jeles ye... huhuhu...

***********************************************************

Hari ni Tutorial Wacana dibatalkan... so, aku ada banyak masa untuk merehatkan diri.... sampai je pukul 6 petang aku dah rasa boring yang teramat sangat... herm, entah nak buat apa... so, aku teringat yang aku dah janji ngan Dayah dan Syafawati nak joging petang ni... aku pun tariklah diorang berdua g joging petang tadi... ingatkan ye lah dorang nak joging! tengok2 sorang guna seluar jeans! sorang lagi baru bangun tido... herm... bilalah korang nak kurus macam ni... her... tiba2 teringat akan SYAMIMI... dah lama tak joging ngan dia!!!!








Huh! Lepas je joging tadi.. balik bilik tengok bilik bersepah je... aku pon dengan penuh rajin kemaslah bilik aku ni.... lepas2 habis kemas je... zap!!!


rasanya aku baru je basuh hari jumaat lepas... tengok2 ada selonggok lagi pakaian aku.. adui! penatlah mesin basuh kat kolej ni basuh baju aku je... wahahaha... duit pon tinggal berapa sen je ni....


oklah semua.... aku dah penat menaip dah nie... badan pon dah lenguh dah nie... lagi pun kejap lagi aku nak keluar bersama LANZARO TYCO, AQILAH HAMIM, NANA MASOR, MAZIAN, BONG IRFAN, IEDAYAH DAN SYAFA... kitorang nak g mana??? nantikan episod akan datang.... wahahahaha.... 

[bajet cerita novel bersiri plak kan....]

p/s: SELAMAT HARI LAHIR MAMA!!!






Sabtu, 14 Mei 2011

makan karok

Fuh! boring-boring di hujung minggu macam ni memang best bila dapat keluar ramai2 dengan member2 yang lain... hari ni dapat keluar dengan kak qila, dayah, syafa dan irfan. sebenarnya, semalam dah rancang nak kuar g mandi kat Sg. Gabai... tapi atas masalah2 tertentu rancangan itu terpaksa dibatalkan... so, x jadik g Sg. Gabai.. aku mandi je kat tandas KTHO yang dah semakin cantik dinaiktaraf baru-baru nie... huhuhuhu...

bermula daripada status aku yang menampakkan kebohsanan aku telah membawa kepada hari yang menghiburkan bagi diri aku ni....



so, kitorang pun kuar g makan.... makan punya makan.... zap! kitorang makan kat.....

RESTORAN PECELELE!!!

sedap gak tempat ni.. aku makan tambah nasik kot tadi... lain kali aku nak makan lagi kat sini.. memang sedap... sesuai dengan citarasa aku... wahahahaha....





lepas jak dari makan... aku pun ajak semua dorang g karok... zap2!!!

dari kiri: Irfan, Syafawati, Kak Qila dan Dayah



dah penat nyanyi dah time nie...

kitorang karok dua jam kot... sampai lenguh anak tekak nyanyi lagu tadi... tak boleh tahan syafawati masuk karok pakai baju kurung... wahahahaha... apappun, memang best ar tadi... tq banyak2 sebab layan aku release tension!!!





macam-macam hal

salam semua... 

hari ni aku nak tulis dua entri... tadi dah tulis entri pasal kem kepimpinan dan kursus kepimpinan kan... kali ni plak aku mau tulis pasal satu masalah besar yang aku alami sepanjang minggu yang sama.... dalam kegembiraan itu terselit satu kesukaran yang terpaksa aku lalui dan tempuhi dengan penuh kesabaran dan ketenangan... sangat mencabar imanku...

nak cerita ke tak... herm... oklah... aku rasa baik aku tulis kat sini darupada aku tanggung sorang2 jak... aku rasa inilah medium yang terbaik untuk aku release tension... tak kiralah apa pun yang korang semua nak kata... tapi masing-masing ada tempat nak release tension...

ok.. straight to the point...

Ingat lagi tak Masalah-masalah yang aku pernah post beberapa bulan yang lepas...??

baru-baru ni aku telah dimomokkan dengan salah satu daripada benda tu... Ya Allah... memang amat mencabar diri aku... walaupun aku dah bagi penjelasan dan berjanji akan ganti balik duit tu... dorang still gak xmau dengar... sebenarnya bukan semua yang melenting pun... ada segelintir je... Ya memang aku yang bersalah dalam hal ini... tapi bukan aku yang lesapkan duit tu... aku sendiri pun xdapat kontek dah orang yang terlibat dalam penggunaan duit tu... dan oleh kerana aku yang bertanggungjawab menguruskan benda tu, aku dah cakap dengan dorang dengan rela hati aku akan ganti balik duit tu... walaupun aku xguna walau satu sen pun... Tapi, macam apa je ada yang buat-buat tak faham...

ada yang nak aku ganti on the spot!! Amboi... Aku pun duduk UKM ni dengan ihsan biasiswa JPA... mak aku duk umah je... ayah aku pemandu lori je.. adik beradik ramai... mana nak cari duit banyak tu sekelip mata... herm... xpandai faham.. sampailah satu malam...

ada makhluk Tuhan datang biik aku sergah dengan geng-geng dia... wah! hebat... memang best giler adegan pada malam tu... dengan terjerit-jeritnya dia... tinggi suara! tapi persoalannya, KENAPA BAWA RAMAI-RAMAI KAWAN?? KENAPA XDATANG SORANG2?? takut ker?? ke itu bukti PERMUAFAKATAN?? macam2 hal...

aku ingat ayat dia sampai mati... SAMBIL TUDING JARI KE ARAH AKU!! dengan hilang rasa hormat ibarat kacang yang tak penah ingat akan kulit yang pernah berbakti padanya... AKU BAGI KO TEMPOH DUA HARI!!!  pergh! ayat dia... Fine.. aku ikut je...

Malam tu aku sms member2 aku minta duit.. pinjam... nak cover semua tu... xcukup dengan kawan2 aku... felo, pensyarah dan semua yang aku kenal aku buat pinjaman... tapi gagal... aku buang rasa malu aku... aku jumpa semua orang sebab nak puaskan hati dia kan... tapi gagal!

ESOKNYA, aku lagi tak tahu malu jumpa dengan Pengetua aku pinjam duit dan adu masalah ni... Alhamdulillah beliau dah bantu aku buka jalan sebaiknya untuk selesaikan masalah ini dengan cara profesional... aku ikut cara yang ditunjukkan oleh beliau...

Then, petang tu aku g jumpa gak dorang bagi tau cara tu...tapi, xmau ikut gak.. tetap gak nak aku bayar semua sekali! Hah! ayoyo! apa kejadah semua nie???!! yang tak bleh blah tu ada plak yang TAKDE KAITAN PUN NAK MASUK CAMPUR!! pergh!! tak boleh tahan... agak2 lah... tunjuk hero konon!!! pergh! aku tak bleh tahan nak gelak je kuat2 hari tu... tapi, tahan je.. dalam perjalanan balik bilik tu aku gelak gile2 kat tepi jalan... hahaha...

balik je dari Redang, aku suh dorang semua datang bilik aku ambik duit.. sebab dapat gak pengetua pinjamkan duit sikit nak buat bayar semua benda tu... lepas tu, member aku kata time aku kat Redang dorang report polis... herm, aku jawab je.. biarkanlah... ikut suka hati dorang je... sebab aku dah tak tahu nak buat apa je... 

Tup2! dapat kol dari dorang kata ada kat kolej aku... suh kol balik.. Aku pun dengan penuh tawaduk pun kol lah balik... 

AKU DAH JUMPA PENGETUA KO... amboi! jumpa pengetua aku tak ajak aku... aku tak tahu apa dah dorang buruk2kan aku depan pengetua aku... herm... lepas tu sambung g.. KAMI BAGI TEMPOH KO SAMPAI SEM DEPAN BULAN SEPTEMBER... BILA JPA KO KUAR T... 

well! kan dah cakap dulu tunggu JPA aku kuar aku akan bayar.. so, sapa yang susahkan diri nak repot2, nak kecoh2??? cuba bersabar... benda ni xkan jadi... herm...

Tapi, syukur pada Tuhan sebab bantu aku selesaikan masalah ini... Tq Allah.. kepada mereka yang terlibat dalam masalah ni... aku minta maaf sangat2 dengan apa yang jadi dan semua ini diluar dugaan aku KECUALI manusia yang datang sergah dengan penuh KESOPANAN itu... sampai mati aku ingat tindakan BIJAK dia tu... aku pun ditipu dan akibatnya korang pun turut ditipu... semoga Allah beri balasan setimpal kepada pesalah itu... 

apapun, aku dah malu dan dimalukan dengan semua orang yang ada dengan aku... aku akan ingat sampai bila2 benda ni...

p/s: selesai je masalah ni, aku takkan libatkan diri lagi dengan manusia Bijak tu...

seminggu aku

Assalamualaikum semua....

Herm, dah lama aku dah tak update aku punya belok nie kan... ekceli sejak minggu lepas aku sangatlah sebuk dengan banyak benda yang memerlukan aku untuk terlibat sama dalam benda-benda 2.. Hebat x ayat aku?? macam YB je kan.. wahahaha...

selama seminggu yang lepas aku terlibat dengan dua buah program yang sangatlah best bagi aku... satunya aku handle program pelajar-pelajar sekolah dari SMK Seri Tangkak, Johor sebagai Pemudah Cara je... huhuhu... lepas tu yang paling best bila aku diberikan slot untuk memberikan ceramah.. wahahaha... memang peberet aku bagi ceramah kat budak2 sekolah... kalau ada setiap minggu pun xpe.. wahahaha...

kem tu bermula pada 6 Mei yang lepas dan berakhir pada 8 Mei... herm... bila tengok budak-budak yang datang... Zap! ada yang aku kenal le... antaranya Alif, Fitri dan Rajitha... huhuuhu.. dah besar2 mereka semua nie kan... tahun lepas macam baby je aku tengok.. tahun ni ada dah jerawat kat muka... terutama budak Alif tu... hahahahaha.... Kalau Fitri tak payah citer la.. asyik ke hulu ke hilir dengan kameranya tu je kat dalam FB... Cuma Tamilselvan je tak ada... The Indian Boy yang selalu kontek aku kat fb... huhai... 

selama 3 hari itu aku manfaatkan sepenuhnya untuk mendekati mereka dan memberikan didikan dengan cara yang berkesan... Yelah, aku dulu pun pengawas juga. eh, lupa nak bagi tau.. kem tu adalah kem kepimpinan. so, macam besalah... pengawas, pustakawan, ketua kelas n semua yang rasa pemimpin tu akan turut serta dalam kem ni... aku gunakan pendekatan yang agak lembut dan tidak terlalu tegas. benda ni sangat berbeza dengan sikap aku yang sebenar bila handle program kepimpinan.. mana tidaknya, aku diasah kepimpinan melalui kem kepimpinan yang cukup tegas dan kaw kaw!!! memang sangat perit kalau aku nak ingat lagi kem kepimpinan yang lepas... tap, tak naklah bagi dorang macam tu jugak... nanti putus semangat plak dorang bila aku tegas sangat... so, kitorang semua yang bergelar PC pun ambil pendekatan dengan cara lembut dan mendekati mereka sebagai adik... akhirnya selama tiga hari kem tu... aku dapat 60 orang adik baru dan sorang adik angkat... manakala ada jugak sorang lagi adik yang xputus2 nak kontek aku.... kadang-kadang tak terjawab sms dia dibuatnya...



ni lah adik2 baru aku...



yang ni sorang adik angkat aku plak dah....

yang ni plak adik yang selalu je kontek aku....
yang ni citer pasal kem kepimpinan pengawas SMK Sri Tangkak....

Lepas2 je kem tu... kitorang plak yang jadi PC ni ada kem kat Pulau Lang Tengah, Redang. kitorang bertolak dari UKM kira-kira pukul 12 tengah malam hari isnin... 10 Mei sampailah 12 Mei kat sana... memang best ar kat sana... sambil berkursus, sambil melancong, sambil mencucikan mata dan otak yang sangat serabut nie... wahahahaha... memang best giler kat sana... nak tau best atau tak best kat sana??? tengok ar gambar2 kat bawah nie......














thats ol ye... memang penat ar sepanjang minggu lepas... tapi best.. banyak pengalaman dapat!




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...