Konco-konco

Sabtu, 30 April 2011

hari ini

hari terakhir semester 2 tahun dua ini akan bakal aku lalui mulai hari ini... x sangka kan aku dah dua tahun duduk UKM dan di semenanjung nie kan...hahaha.. Tinggal satu tahun lagi aku akan bergelar seorang graduan dan bakal menceburi alam pekerjaan... huhuhu... Banyak benda yang harus aku fikirkan dan renungkan... semua tentang diriku dan semua orang yang bersangkutpaut dengan aku di sekeliling aku...

Perkara pertama yang aku fikirkan sekarang ni adalah apa yang aku nak buat time cuti selama dua bulan di UKM ni... dalam perancangan awal aku, zairil, hafez dan aziz mahu bekerja sambilan... dalam 2 bulan lebih. maybe sampai bulan puasa akan datang... Perkara kedua pula adalah bagaimana aku nak survive dalam keadaan aku yang kontang dan kering giler sekarang ni... mampukah aku bertahan dan akankah Tuhan memberi pintu rezeki kepadaku... Yang ketiga aku fikirkan tentang keluargaku yang berada jauh di Sabah... Akankah aku kembali dalam cuti ni untuk bertemu mereka sekurang-kurangnya bila raya menjelma nanti? dan pelbagai macam benda lagi yang aku ingin fikirkan.

ok... Malam ni aku mahu ceritakan pasal kegembiraan yang aku alami untuk hari ni... untuk oengetahuan semua... siang tadi selepas solat Jumaat aku bertekad untuk ke Fakulti bagi menyelesaikan masalah short sem yang aku hadapi. Aku memberanikan diri bertemu dengan Lecturer yang mengajar subjek-subjek yang ditawarkan untuk cuti semester ini. Dengan bantuan En. Rodzi, aku berjaya untuk bertemu dengan Dr. M yang mengajar subjek ******. aku pun berjumpa dengan beliau dan menceritakan masalah yang aku hadapi... dengan izin Allah, beliau telah dibukakan hati untuk menerima aku dalam kursus yang beliau tawarkan tersebut dan aku sangat bergembira sekali... Alhamdulillah!!!!!

so, aku dah dapat ambik short sem dan aku bercadang untuk bertemu lagi dengan seorang lagi lecturer bagi mendapatkan satu lagi subjek untuk short sem ini....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...