Konco-konco

Sabtu, 30 April 2011

hari ini

hari terakhir semester 2 tahun dua ini akan bakal aku lalui mulai hari ini... x sangka kan aku dah dua tahun duduk UKM dan di semenanjung nie kan...hahaha.. Tinggal satu tahun lagi aku akan bergelar seorang graduan dan bakal menceburi alam pekerjaan... huhuhu... Banyak benda yang harus aku fikirkan dan renungkan... semua tentang diriku dan semua orang yang bersangkutpaut dengan aku di sekeliling aku...

Perkara pertama yang aku fikirkan sekarang ni adalah apa yang aku nak buat time cuti selama dua bulan di UKM ni... dalam perancangan awal aku, zairil, hafez dan aziz mahu bekerja sambilan... dalam 2 bulan lebih. maybe sampai bulan puasa akan datang... Perkara kedua pula adalah bagaimana aku nak survive dalam keadaan aku yang kontang dan kering giler sekarang ni... mampukah aku bertahan dan akankah Tuhan memberi pintu rezeki kepadaku... Yang ketiga aku fikirkan tentang keluargaku yang berada jauh di Sabah... Akankah aku kembali dalam cuti ni untuk bertemu mereka sekurang-kurangnya bila raya menjelma nanti? dan pelbagai macam benda lagi yang aku ingin fikirkan.

ok... Malam ni aku mahu ceritakan pasal kegembiraan yang aku alami untuk hari ni... untuk oengetahuan semua... siang tadi selepas solat Jumaat aku bertekad untuk ke Fakulti bagi menyelesaikan masalah short sem yang aku hadapi. Aku memberanikan diri bertemu dengan Lecturer yang mengajar subjek-subjek yang ditawarkan untuk cuti semester ini. Dengan bantuan En. Rodzi, aku berjaya untuk bertemu dengan Dr. M yang mengajar subjek ******. aku pun berjumpa dengan beliau dan menceritakan masalah yang aku hadapi... dengan izin Allah, beliau telah dibukakan hati untuk menerima aku dalam kursus yang beliau tawarkan tersebut dan aku sangat bergembira sekali... Alhamdulillah!!!!!

so, aku dah dapat ambik short sem dan aku bercadang untuk bertemu lagi dengan seorang lagi lecturer bagi mendapatkan satu lagi subjek untuk short sem ini....

Khamis, 28 April 2011

merdeka

hari ni merupakan hari yang paling aku nanti-nantikan sepanjang aku menempuh semester ni... yelah hari adalah hari terakhir aku menduduki peperiksaan semester ini walaupun ada dah yang lain habis lebih awal dari aku... tapi ada jugak yang habis lewat dari aku... esok pagi baru diorang habis exam... hahahaha... pada muka mereka yang habis lewat dari aku... sem depan cuba lagi untuk habis lebih awal k... tu buat apa nak baca aku punya belok ni? p study sana... kan sok ada exam.. kang gagal plak kertas tu nanti... wahahaha! P STUDY SEKARANG!! 

haaaaaaaaha... garang tak aku???

hari ni exam terakhir aku untuk sem ni kan.. subjek KAJIAN ATMOSFERA!! pergh! aku belajar dan membaca nota memang terbaik la aku cakap ko!nota untuk 14 minggu aku dalami dalam masa 3 hari jak aku cakap ko! hebat tak hebat aku kan... Last-last petang tadi exam.... pukul 3.30 petang tadi... aku g dewan periksa dengan Fazlan dan Rozaimi... nek keta Fazlan... oklah... segan gak aku nak nek keta dia sebab aku besa pegi naik bas dan balik jalan kaki je... dah jadi habbit aku macam tu... malas ar nak tumpang2... tapi tadi dia dah ajak 2-3 kali aku pun ikutlah... TQ FAZLAN!

sampai je dewan kuliah aku dah pening kepala dah.. tu belum masuk lagi tu... mana tak pening kepala... malam tadi aku tido kul 5.00 pagi... pastu bangun dalam kul 9.00 pagi... tido semula kul 12 sampai pukul 2 petang... time Fazlan datang bilik aku pon aku tengah terbongkang atas katil tadi... 

aku dah tak larat dah tadi time sampai kat dewan exam tadi... mana tidaknya.. berlaku kerpasan akibat awan yang tidak berkembang/berkembang sedikit... iaitu hujan gerimis.... tu lah yang menjadikan aku rasa pening... huhuhu... ayat dalam subjek atmosfera tu... bila masuk je dewan kuliah! duduk je aku isi slip kehadiran dan terus buka soklan... WOW!!! I LIKE THIS EXAM!!! soalan kacang je... wah! Riaknya aku kan.. bukanlah kacang sangat tapi yang aku duk pulun tulah yang kuar.. aku pun jawab dengan penuh kegirangan dan ketawadukkan... wahahaha...

masa menjawa tadi 2 jam tapi aku jawab dalam 1 jam jak... huhuhu... 1 jam lagi aku balik ke bilik dengan hati yang penuh rasa gumbira!

dengan berakhrnya exam tadi itu, maka aku dah MERDEKA!!!


Rabu, 27 April 2011

MOHD IZZUDIN YAKOP

sapa kenal dengan MOHD IZZUDIN YAKOP, SEREMBAN.. sila beritahu saya dengan segera... ada benda yang xsettle ngan dia... dan dia tak dapat dihubungi... kerjasama anda semua saya hargai... 

terima kasih

selamat pagi semua...

hari ni dah masuk hari rabu.. bersamaan 27 April 2011... dalam 2-3 hari lagi aku akan memulakan kehidupan baru... kehidupan apa ni?? yelah, mana tidaknya... 2-3 hari lagi semua member aku akan bercuti dan ada dah yang mula bercuti sejak 2 hari lepas dan sejak semalam... maknanya semua akan bercuti gak... cuti panjang lak tu selama 4 bulan... tapi semua tu adalah kebahagian kepada mereka dan tidak memberi apa-apa kebahagian kepada aku... kenapa ni??? xda apa-apa... saja jak mau tulis macam tu... sebenarnya aku xbalik sabah pun untuk cuti yang panjang nie.. mabe akan balik tapi xtau bila sebab tiket pun aku xbeli lagi ni... huhuhu... standard aku lah selalu beli tiket balik sabah sebulan sebelum... kadang-kadang 2-3 minggu nak balik baru terbuka hati nak balik sabah... sebenarnya aku xtau lagi nak balik ke tak ni sebab banyak benda yang perlu aku buat kat sini nie... yelah! macam2 program yang ada dan jadual program tak keluar-keluar lagi... tu yang tensen sikit tu... siapa yang uruskan benda tu pun aku xtau... agak keterlaluan di situ... 

kenapa aku macam xda mood dan perasaan jak untuk bercuti kali ni?? aku pun xtau sebabnya... dan aku xtau di mana akan aku habiskan cuti 4 bulan tu.. dengan apa?? bagaimana dan siapa yang akan menghabiskannya?? SIAPA?? berkaitan x soalan tu? hahaha... lantak lah.. aku pon xtau apa yang aku nak tulis nie sebenarnya.. ok2...

aku nak kongsi sikit pasal member2 aku kat UKM nie... malam tadi faiz datang kat bilik aku...aku macam nak menangis je dia datang bilik aku tiba2... yelah, lepas lama dah kami xrapat... ekcely kami dulu waktu fes year dah memang adik-beradik... kesana dan kemari asyik sesama je... lepas tu bila dah macam adik-beradik of kos lah wat perangai budak-budak... selalu gaduh2 tapi sebenarnya tak gaduh pon... hahaha... saja jak nak menghabiskan masa dengan kegaduhian itu... hambik ko bahasa aku... dia datang jak aku xbuat benda lain dah selain rangkul dia dan pusing-pusing dia dua kali... wahahaha... ringan je dia tu.. sekeping jak... terlalu gembra sebab dia datang plak tiba-tiba... menghargai kawan bro macam tu ar... 

-Napa datang ni? 
-Aku nak simpan barang kat bilik ko..
-Ok..

[sebenarnya panjang lagi citer kitorang tapi aku xingat dah apa yang kami citer semalam]

dalam setengah jam macam tu, Kak iqa call...

-Ejan, Jom lepak teko... makan!

wow! makan? aku nak je kalau makan nie... dorang masak mee tumis... huhuhu.. memang rezeki Faiz la dapat makan mee tumis percuma malam tadi... huhuhu... ko dah ucap terima kasih belum kat diorang semalam Faiz??? mesti belum kan... time makan tu member aku ni mintalah Faiz perkenalkan diri... huhu.. tak boleh tahan... NAMA SAYA JUSTIN BIEBER! wuek! aku gelak kuat giler bila dengan nama dia tu.. hahahah... ko selamat Faiz sebab aku xbagi tahu nama timangan ko dalam kelas... ha! ko nak aku mention kat sini ker??? wahahahaha... ok! stop kat situ... TQ buat Hana Yahaya, Siti Zulaikha, Shuhada Haris, Fatimah Ahmed dan Nuraila sebab masak dan ingat jugak korang nak ajak aku... nampak sangat aku ni penting dalam hidup korang kan... huhuhu... TQ sangat2...

sebenarnya aku sedih gak dengan korang yang bakal pergi dan takkan kembali lagi.. wah! macam mati plak kan... koranglah selalu ambik berat pasal aku kan... korang nak aku explen sorang2 ker?? ok.. aku gtau k..

FATIMAH: aku kenal time MMP 2009... time tu aku dan awan selalu nyakat dia.. siap nyanyi lagu Fatimah lagi... kami mula rapat bila ada perta pentun UKM yang aku tarik dri tu.. lepas tu dia xputus asa... dia ajak lagi aku sertai pantun antara Universiti.. tapi aku dah gif up awal2 sebab aku xlarat nak bawa benda tu... kami tambah rapat lagi bila FESSAT 10.. best giler time tu.. ke mana jak dia pegi aku ikut dan aku ikut je ke mana dia pegi.. huhu... asal dia x ikut aku plak... sebabnya dah dia yang pandu keta... kenalah aku yang ikut dia sebab aku duduk sebelah je... maklum jelah aku ni xbesa bawa keta sebelah kanan macam kat malaysia nie... aku besa bawa keta sebelah kiri jak... huhuhu...tapi dia baik tau! hahaha... cukup dah aku menipu pasal ko fatimah.. aku dah usaha promote ko nie...

SHUHADA: yang ni isteri sorang mamat tu kat FPI.. aku xtau nama mamat tu sapa tapi aku tau yang dia simpan gambar tu kat dalam beg duit dia... huhuhu... aku ingat sampai mati dia tipu aku yang dia dah kawen tapi sebenarnya tak.. tapi kalau dia dah kawen pun macam sesuai je dengan dia... muka mak mak kan... wahaha... gurau je... janganlah marah... korang semua kan akan jadi mak jugak nanti... ada yang tak nak ke?? dia ni aku kenal time MMP juga... dia kan jaksa mestilah kenal dia... dia banyak bantu aku kalau aku buat program... lagi satu, dia ni SUKA KARAOKE macam aku... dan suara dia sedap giler!!! sapa nak ambik dia jadi artis korang request je kat aku... hahaha... yang paling penting... dia ni pasangan MC aku yang paling serasi... kami memang pada kalau untuk jadi MC.. untuk jadi suami isteri tak kot sebab aku ni sangat muda berbanding dia... huhuhu...


NURAILA: orangnya pendiam.. baik, sopan santun berbudi pekerti.. amanah, tomakninah, rukuk, whuduk... hahahaha.... silap2 tomakninah, rukuk  tu tertib solat... sebenarnya dia ni terlalu baik sampai susah nak gtau pasal dia nie... fes aku tengok dia ni kalau cakap macam taknak cakap je.. kadang-kadang aku xdengar dia cakap apa tapi aku iyakan jelah.. takut dia kecik ati plak kan.. lagi satu asal jumpa je dia mesti dia sedang SMS... aku pun heran.. belum pernah lagi aku jumpa dia dia takkan belas SMS.. konfirm ada je lah yang dia nak taip tu.. wahaha... dia ni mek terengganu... kepok lekor la katakan... tapi dia ni jenis yang diam je.. xbanyak cakap TAPI BANYAK MAKAN WALAUPUN DIA NI CEKEDING jak!!!

HANA: sifat fizikal dia kiut dan comey.. antara dorang semua ni dialah paling sehat aka gebu... sesuai sangat dia digelar kembang dalam cerita CUN... huhu.. kembang pun dah cukup kan.. wahahaha... dia ada blog dna blog dia cantik gak.. http://hanayahaya.blogspot.com/ ... cantik blog dia nie... huhuhu...tapi blog dia xmacam aku punya belok yang suka catat yang bukan2 nie... dia punya blog penuh dengan ilmiah dan berkisarkan islamik lah sikit... dia ni ada scandal dengan tuuuut... malas nak mention takut jadi gosip liar plak... japgi dia dikejar melodi lak... dia ni hebat protokol.. so, kalau TV3, TV1 dan Astro Warna nak ambik dia jadi stage manager ker? Pengarah Protokol ke.. ambik dia ni je... paling hebat edit gambar dan banyak dah poster di UKM ni dia yang buat... kambang-kembang... paai mekap tu elok-elok..


ZULAIKHA:yang ni plak aku kelar Manis dalam cerita CUN sebab dia ni agak xbetul antara dorang semua nie... huhu.. dia ni plak hebat dalam edit-edit gambar jugak.. n pakar dalam buat buku cenderamata.. terutama bila nak print buku cenderamata tu.. dia ni ada pakwe... pakwe dia sangatlah basar dari dia ni... kecik je pun pakwe dia ni dan pakwe dia tu abang aku la... huhuhu... pakwe dia selalu je jadi adik aku sebab dia kecik dari aku... ke mana je dorang ni pegi aku ada je nak temankan dorang dating terutama bila aku balik kelantan... kan kan ika... ika, ni kawe nak oyak sikit... sem depan aku ngan aiman boleh ronda-ronda KL tanpa ko dah... nanti kitorang ambik gambar dan kirim kat ko jelah ye.... huhuhu... 

huhu... penat dah aku menghanjeng dorang ni..dalam ni dorang xbleh buat apa-apa sebab aku yang admin... hahahaha... selalunya aku je kena buli diorang... satu lagi nak cakap... aku banyak kali menjerit dalam kereta kalau Timah yang bawa... adeh... TERLALU BERHEMAH!! korang nak tengok ker mekeme-mekeme ni... jap.. aku nak usha gambar dorang jap k...

ni shuhada haris...

ni fatimah n aila...
*yg gebu itu timah.. yg cekeding itu aila

ni ika n hana
*yang tembam [kiri] itu ika.. yg kembang [kanan] itu hana...
sekali lagi TQ korang ya... selamat maju jaya dan selamat bergraduasi... jangan lupa jenguk2 aku kat sini tahun depan... buat Hana.. ko jgn nak perasan.. kita grade sekali ye.. huhuhu...

oklah.. dah... penat dah tangan aku menaip panjang2...


Isnin, 25 April 2011

suatu petang

salam satu SANDAKAN!!!

wahahaha.... ambik ko! pernah kome semua dengo salam tu?? xpernah kan... ABDUL SALAM pernah x?? pernah dok?? eleh... xkan tak kenai kot sapa dia tu?! ABDUL SALAM tu sorang lelaki yang segak dan bergaya! Paling hensem antara kome semua nie... hahahaha... tapi, aku lagi hensem kot dari beliau.... sapa dia?? dia tu lah bapak aku! hampa semua ni dah berapa lama dah jadi stalker aku?? sampai la ni pun tak tau lagi nama ayah aku... apa kejadah kome semua ni... hahahaha.... aku nak cakap kedah ke ni cakap perak ni?? aduyai... ok2... repeat k! mula mula...

demo cari anak demo?? tok soh! demo toksoh cari... lebih baik demo kelik slalu... hahaha... aduyai... fenin aku dengan loghat2 di semenanjung ni... bagus lagi aku cakap sabah paham lagi aku dan laju lagi aku menaip entri ni... ok! hari ni mud entri adalah bahasa sabah... dah sedia semua?? mari kita mulakan ya....

*peringatan: kepada yang ndak paham sila translate di google translate ya! SABAH LANGUAGE - ENGLISH... [sorylah translate kepada English jak yang dapat]

Fuh! ari ni aku ambil exam Metodologi Penyelidikan... kamu bayangkan exam ni dorang buat awal pagi... aduyai! aku malas betul dengan jadual exam yang bahagian awal-awal pagi nie... sakit kepala ku... nasib baik tadi bulih lah aku menjawab... kalau ndak! memang memaki-maki sudah aku dalam belok ni.. hahahaha...

tadi malam aku sama si zairil sama si aziz macam biasalah kami study di KTHO nie... nah, rutin harian saitu sepanjang exam ni... memang ndak lari setiap malam kami belajar... kami kan rajin... hahaha... rajin betul kan study last minit adalah! teingat pulak aku sama kata-kata felo ku ari tu time aku study dengan penuh ketawadukan dalam bilik jaksa KTHO... dia melontarkan kata-katanya.. hahahaha

"ejan, kalaulah ko study macam ni sejak awal sem, konfom ko dapat 4.o dah"

aku tediam jugak time dia cakap tu... tapi betul jugaklah ayatnya tu kan.. disebalik sindirannya tu ada juga pengajaran yang dia selitkan kan... huhu.. sungguh intelektual feloku itu kan.. wahahaha...

ok, kita sambung cerita lagi ar... bulihka?? masih lagi kamu paham ayat-ayat aku ni?? kalau kamu ndak faham, macam biasalah.... sila translate di google translate.. senang jak... huhuhu... ok, tadi malam kami study sampailah subuh dan sampailah pagi... ko bayangkan aku ndak tidur langsung.. dalam kul 5 pagi macam tu... zairil kecundang sudah aku tinguk... aku pun mula sudah pening2... sakit2 sudah kepalaku yung... 

lepas tu, dalam pukul 7 pagi macam tu bulih pulak aku tetidur... nah, sandi kalau aku ndak tebangun tadi bah.. nasib baik tuhan tu menulung sama aku... tebangun jugak aku dalam jam 7.30... bangun2 jak perut memulas-mulas mau beriak! adui aku bilang.... time2 macam ni pulak kau buat ragam mau tebiraklah.. apalah... aku pun  ikut jaklah perasaan perutku tu... lepas tu mandi dan terus ke dewan peperiksaan... sampai dewan, aku nampak semua sudah sibuk study... aku plak pening betul kepalaku sampai aku tersandar di dinding dewan tu.. masuk jak dewan, badan aku mula sudah begegar-gegar... ndak bulih jadi ni... aku duduk jak isi semua form... then, aku jawab cepat2 n keluar terus... mimang sakit betul kepalaku tadi... sampai jak bilik terus aku landing... dalam pukul 1 petang macam tu aku tidur sampailah pukul 4.00 petang... bangun jak solat lepas tu menunggu jam 6.00 petang...




kenapa dengan 6 petang???





6 petang??


6?


pet...



ang???




6 petang???




???



?



ada apa dengan 6 petang??


6 petang tadi aku pigi joging lagi.. kali ni aku macam besa pigi joging sorang2 la... kali ni laluan aku....

tara!!!

KTHO - FSSK - KOLEJ AMINUDDIN - RUMAH TUMBUHAN - HUTAN UKM - BUKIT PUTERI - KERIS MAS - DATARAN GEMILANG - STADIUM UKM - KRK - GELANGGANG UKM - PANGGUNG SENI - KTHO

Ni lah antara gambar-gambar yang aku ambik... huhu.. sekarang ni dah ada hobi baru dah... JOGING N SNAPING!!! huahuahua...

JOM LAYAN... ZAZZZ!!!


ni starting point aku... laluan KTHO-FSSK

melalui FSSK

PTSL

CABARAN PERTAMA: Bukit Aminudin...

jauh dan tinggi nak panjat bukit ni.. adeh!

ha'ah! rumah tumbuhan...



CABARAN KEDUA: ni di tempat kebun UKM

still di kebun UKM

CABARAN KETIGA: daki bukit yang berkecerunan 45 darjah

kawasan perumahan UKM.. bukit puteri


CABARAN KEEMPAT: bukit belakang Keris Mas

CABARAN KELIMA: bukit dekat dataran Gemilang


dekat gelanggang UKM

panggung seni.. last check point...

dah sampai KTHO

oklah semua... aku nak cepat ni.. nak g keluar ngan seorang GADIS dan seorang lagi tu... huhuu... salam...

Ahad, 24 April 2011

joging di pagi ahad

Fuh! betul kata orang kan... sesuatu benda yang kita hajatkan tu akan tercapai jugak suatu hari kalau kita betul-betul nakkan benda tu dengan hati yang ikhlas... huhuhu... apsal aku pagi-pagi dah bagi tazkirah nie?? huhu... hari ini antara hari yang paling bahagia dan menghiburkan buat aku... nak tahu kenapa??? ni bukan main2 ni! bukan gembira seperti 2 hari lepas tu... yang ni betul2... huhuhu... 


aku sangat gembira sebab hari ini niat aku nak JOGING PAGI untuk semester ini dah tercapai walaupun pergi tiada berteman... huhuhu... nasib baik ada kamera... ada jugak teman aku nak g joging pagi ni... huhuhu... ekcely, aku belum tidur lagi sejak semalam sebab study ngan aziz dan zairil pasal METODOLOGI PENYELIDIKAN... esok paper tu... huhuhu... so, kitorang pun study sampai subuh tadi... 

nak dijadikan cerita... awal subuh badan rasa lenguh giler tahap cipanzi... tambah lagi kepala aku pening... so, aku landing jap kat atas katil lepas habis solat tadi... pikir2 punya pikir... aku decide nak g joging... aku pos kat FB... huhuhu... lagipun aku teringat akan cabaran FATIMAH AHMED nak joging pagi konon katanya... huhuhu... aku pun ambik fon sms Cik Fatimah, Puan Shuhada [yang ni aku panggil puan sebab selama SATU SEM dia tipu aku kata dah kawen dengan STUDENT FPI... siap tunjuk gambar lagi... entah gambar mana yang dorang kutip tu ntah...] dan syamimi... tapi, tiga-tiga xreply... SAH-SAH MEMBUTA!!! lepas joging tadi dapat sms MIMI jak dia kata dia demam, sebab tu xdapat join... yang dua lagi WA ALLAHU ALAM...

ok... malas nak tulis panjang2... nilah laluan joging aku tadi...

KTHO - KRK - STADIUM UKM - DEWAN GEMILANG - KERIS MAS - DANAU UKM - PINTU B - PADANG UKM - DECTAR - MASJID UKM - FPEND - FKEJUT - KPZ - KIY - KUO - FST - FEP - PTSL - FSSK - KDO - KTHO

ni masa awal2... sebelum start joging... muka ngantuk!

laluan dari KTHO... ni starting point aku!


laluan hadapan Kolej Rahim Kajai...

cabaran pertama... bukit dataran gemilang

sempat lagi usha orang lain joging dalam stadium... apa barang stadium jak??!

lalu depan dataran dan dewan gemilang...

baru jak lalu depan keris mas dan menuju ke danau...

selepas melalui pintu B... ni hadapan padang UKM

padang ragbi

trade mark UKM

kolej kediaman aku semester depan insya-Allah

pemandangan dari tepi dectar....

dectar! dewan yang bakal meninggalkan seribu
makna pada tahun hadapan! Yeay!

Masjid UKM

Melalui Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh

Tasik Kejut!

Ni kat laluan nak menaiki Zaba... semua keta kena lalu KIY...
Kerja2 menaik taraf sistem air...

dari atas bukit Highlander!

nice view

bangunan baru FST


cantik x view ni?? aku berenti rehat kat depan ni tadi... so beautiful!

indahnya!

dan ahhhh.... dah sampai kolej semula!
agak letih!


hahahaha... sangat best sekali pagi ini... ok2... aku dah xlarat dah ni... aku nak mulakan sesi tido aku lak... jumpa selepas aku bangun k! babai!


Sabtu, 23 April 2011

mereka aku rindu

HALO! HALO! HALO!

Ari ni mau post pasal apa yerk! Ha'ah! hari ni aku sangat boring yang teramat sangat sehingga aku duk bilik jak dari pagi sampai petang... huhuhu... dari pagi tu sebab aku membuta je hari ni... haish! apa nak jadi dah dengan aku nie... asyik tido jak kebelakangan nie... nilah masalah yang akan timbul bila tiada kelas dan tiada esaimen yang mau dibuat! huhuhu... 

study untuk exam?? herm... jap2... STUDY TU APA? EXAM TU MAMALIA KE? ATAU REPTILIA? hahahaha.... rilek la bro... ekcely aku ada lagi 2 paper untuk semester ni.. aku exam hari isnin ni dan khamis untuk paper last aku... wahahahaha... lepas tu yahoo!!! cuti...

tapi.........

cuti kat sini jaklah ye... sebab aku nak ambik short sem walaupun xdapat... isnin ni aku akan try lagi untuk uruskan benda tu... hahaha... doakan jak aku dapat fight sampai dapat k... aku nak g arkib cuti ni.. itu pasallah aku mau stay di sini... nak cari bahan untuk tesis bha... adui... di sandakan tu tiada arkib.. kena g Kota Kinabalu jugak... daripada duk sana, baik aku g Arkib sini.. kan kan kan... 

petang tadi aku pegi joging! best gila dapat joging minggu nie... dapat jugak aku releasekan tensen aku akibat kegembiraan semalam... wuahahahaha!

malam ni aku nak post gambar2 budak2 comel dan budak2 nakal yang sangat aku rindui!!! semua gambar ni aku ambik time cuti tahun 1 semester 2... huhuhu... rindunya ngan dorang nie.... dorang ni adik-beradik aku dari no 6 sampai no 10.... huhuhu....

dari kiri: mimi, qimi, achik, fifi dan ejul




ni umo 9 tahun

ni kembar ngan qimi... umo 7 tahun

nilah kembar mimi... dah kembar mestilah umo sama kan...

fifi... umo 10 tahun...

yang ni dah tua... dah 12 tahun dah... hahaaha..








mimi ni memang ratu posing....
dia menang ratu fesyen time tadika... huhuhu...


hahahaha... rindu gilak sama kamu semua... muah3!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...