Konco-konco

Selasa, 29 Mac 2011

malang

Salam.... herm... sorylah xupdate belok aku ni dalam masa beberapa hari... agak sebuk menyiapkan esaimen yang bila nak berakhir dan siap semuanya... aduyai.... Malam ni aku nak citer pasal sebuah cerpen yang sangat pendek...

Azli merupakan seorang ketua kelas yang banyak mengendalikan hal2 kelasnya... beliau ditugaskan untuk mengendalikan satu projek untuk junior2nya iaitu membuat baju batik... sebenarnya, projek tu dah dilakukan sejak semester lepas lagi.... tempahan dah dibuat dan semuanya dah deal untuk kali pertama.... tapi, yang tukang buat tu last minit kata tak dapat buat... lepas tu Azli pun dah pening kepala nak cari kat mana lagi nak buat baju tu.. Azli minta bantuan sahabatnya yang berada di Negeri Sembilan.... Sahabatnya itu mengatakan bahawa dia ada kawan yang boleh buat semua tu dengan cepat dan cantik... Azli bersetuju dengan sahabatnya yang bernama Saiful... Saiful pun meminta bayaran dan bilangan tempahan yang dimahukan... Azli dengan segera memberikan wang dan tempahan kepada Saiful yang merupakan sahabatnya sejak 2 tahun yang lepas itu...

lepas tu, sampai ke hari ini Saiful dah tak dapat dihubungi lagi dan mendiamkan diri... Azli dah puas mencari dia tapi tak jumpa... dan Azli terpaksa berhadapan dengan junior2nya untuk menjelaskan keadaan sebenar... Namun, junior2 Azli sukar untuk menerima keterangan Azli tersebut... Azli dah terduduk dan terdiam... Azli terpaksa mencari alternatif untuk menggantikannya... Azli semakin bengang.... mungkin dia akan kerja untuk menggantikan wang yang berjumlah RM1560 


Amdan pula lain ceritanya... Amdan mempunyai seorang kawan yang dikenalinya tidak lama dahulu yang bernama Aidil. Aidil menceritakan bahawa dia sangat susah pada suatu hari sebab keretanya rosak dalam perjalanan.... Amdan simpati pada Aidil dan meminjamkan sejumlah wang kepada Aidil... selepas beberapa minggu, Amdan didatangi SMS oleh Aidil mengatakan dia kekurangan duit pula untuk ke kampung... dan banyak lagi permintaan yang dibuat oleh Aidil... Aidil berjanji untuk menggantikan semula wang tersebut... tetapi, sehingga hari ini duit berjumlah RM2600 itu tidak digantikan lagi oleh Aidil... kini Amdan gagal untuk menghubungi Aidil....

p/s: Jangan jadi macam ni.... Jangan percaya kat orang!! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...