Konco-konco

Selasa, 22 Februari 2011

tiada lagi cinta

sampai bila aku harus mencuba untuk membina sebuah mahligai yang aku idam-idamkan...??? aku dah berusaha untuk mengekalkan kebahagiaan yang diberikannya.. namun, semua itu ternyata sia-sia kerana perasaan yang aku semai untuk mencintai dirinya ternyata tidak bercambah... apatah lagi mengharapkan mekar dan tersemai keindahan kasih itu... puas sudah aku membajai, menyiram dan memelihara dengan penuh kesungguhan... tapi aduh! perit tetap aku rasa sehinggalah hari ni... maaf buatmu sayang...

satu benda yang aku sentiasa alami dalam mengharungi nilai kasih dan cinta aku selama aku mula terjebak dengan cerita hati dan perasaan ini adalah DILEMA... inilah sebenarnya yang menjadi racun utama dalam hidupku yang membuatkan semua yang aku impikan luluh dan lebur macam tu sahaja... biarlah kucoretkan disini tentang kerunsingan, keresahan dan kebingungan aku dalam memilih jalan cinta yang penuh dengan persimpangan ini...

aku mula mengenali dirinya setahun yang lalu ketika aku mula memasuki alam kedewasaan yang menuntutku untuk mencari pasangan hidupku... itu adalah keperluan yang harus dijalani oleh setiap manusia yang mungkin bezanya dari segi cara dan bagaimana kecintaan itu hadir dalam setiap manusia... justeru aku memilih untuk bercinta semasa aku masih lagi berada dalam alam mahasiswa... semuanya pada awalnya baik sahaja.. namun, kadang kala aku berasa kurang selesa dengan kehadiran orang ketiga yang membuatkan aku rasa bengang dan marah.. masanya untuk aku sangat minimum untuk mengoptimumkan siketiga itu... aku pada mulanya beranggapan semua itu hanya perasaan gusar yang menghantui diriku saja... tapi... setelah aku selidiki dan aku berjumpa dengan siketiga itu, barulah aku tahu bahawa dia juga mempunyai perasaan yang sama seperti yang aku rasa pada bunga yang aku sangkakan akan menjadi milikku tanpa gangguan sang kumbang yang lain... aku masih lagi bertahan...

tapi ia tak lama... timbul lagi seekor kumbang lama yang cuba untuk hinggap semula ke bunga yang telah aku bajai dan sirami setiap hari.. sehinggakan aku tersungkur rebah tanpa sempat menghirup kemanisan madu bunganya... aku kecewa kali kedua...

kekecewaanku disambut dengan kehadiran sekuntum bunga mekar borneo yang mula menhiasi diriku... melambai-lambaikan kelopaknya memanggilku untuk berdampingan dengannya setiap amasa... sedangkan ikatanku dengan si bunga yang satu lagi masih dalam status tergantung dan tiada penyelesaiannya... aku mula menjalinkan hubungan secara rahsia... aku mula rapat dan semakin erat... sehinggalah satu saat aku meninggalkan sibunga yang satu lagi...

tapi ia tak lama.... aku diguris dengan kenyataan bunga baru itu sebenarnya sudah ada kumbangnya... argh!!!! mengapa kau memanggilku dan membelaiku sedangkan kau tahu dirimu pemiliknya... adu ditampar dengan kelopak racunnya hingga aku hanyut dalam arus cinta....

dan hari ini,.. aku masih buntu akan dilema yang tak kunjung akhirnya... hatiku pada sang bunga baru... terlalu kuat dan sukar untuk dilepaskan... tapi dia ada pemiliknya... sedangkan sang bunga lama menannti kepulanganku semula sedangkan aku tiada lagi perasaan terhadapnya... akhirnya aku putuskan...

TIADA LAGI CINTA....

~~~~~~

1 ulasan:

  1. sy xtau sama ada awk knal sy or x..tp sbnrnye sy kwn baik nadia..kitorg tersgt lah rapat..mcm kembar dah..ape yg die rase, sy akn rase jgk..nape awk sggup wat si 'bunga' awk yg tlh mnemani awk slame hampir stahun mcm 2 je?awk xde rse ckit pun kesian or kesal ngn die?mgkin sy xtau situasi awk yg sbnr..jika sy slh phm, sy mtk maaf..tp nape awk bleh sng jtuh cinta dgn 'bunga boneo'?smpai tgglkn 'bunga' yg pnh awk bajai sblm ni mcm 2 je..adakah btul ape yg awk wat ni??

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...