Konco-konco

Sabtu, 25 Disember 2010

tentang mereka

Hari Jumaat yang amat mengisi hidupku dengan perkara2 yang penting dalam kehidupan aku. Haha... Entahlah... Sejak hari khamis lepas Cikgu Rahima dan Cikgu Raiha dah pun balik semula ke Sandakan, Sabah. Herm, dia ada hantar SMS kat aku. Tapi aku xreply pun sebab aku dah tido time tu. Lepas tu bila bangun je xsempat tengok SMS, aku sibuk dengan kerja-kerja Baksis aku yang banyak lagi tertangguh dan perlu aku selesaikan dengan sebaiknya. Apapun, aku nak ucapkan terima kasih xterhingga pada kedua-dua cikgu aku ni sebab belanja aku keliling Semenanjung Malaysia tanpa perlu aku keluarkan duit walau sesen pon. Herm, Perjalanan di kelantan, di Melaka, di KL... Semuanya manis terasa. Walaupun xdapat balik ke Sandakan time cuti sem baru-baru ni tapi cuti tu amat bermakna dengan kehadiran cikgu berdua. TQ cikgu...

Pasal Cinta aku....

Serius aku sekarang masih konfius tentang perasaan aku ni. Aku masih gagal untuk memilih siapa sebenarnya yang harus aku jadikan pasangan hidup aku. Entahlah, bila fikir semula, semua ini ibarat cerita gila yang tiada kesudahannya. Hahahaha...Kadang-kadang terfikir juga mau kemabli kepada status asal aku... Single!! Aku sukar untuk bagi komitmen sebab aku jenis seorang yang aktif dengan kerja-kerja sosial dan persatuan dan aku rasa itu adalah kehidupan aku. 

Malam semalam jumpa dengan Wani tempat biasa. Dah lewat malam agaknya! Ya, selepas aku balik dari Play Badminton. Herm, dahsyat gak aku kan boleh main badminton. Bolehlah sikit2. Aku jumpa dia dan sembang-sembang kejap. Lama-lama sembang punya sembang sampai timbulkan konflik plak antara kami berdua. Herm, krisis lagi! Entahlah nak settle macamana lagi. Bagi aku, sukar ar nak settle tapi kami sentiasa berusaha untuk selesaikan kemelut cinta kami nie...

Dalam masa yang sama, aku sekarang nie yalah sedang cuba untuk bersama Nadia yang aku rasa lebih membahagiakan aku. Tapi, ia terlalu sukar untuk aku... Lebih-lebih lagi bila Dr. Ra**** ada pernah suarakan tentang percintaan mereka yang berasal dari tempat yang saling jauh! Argh! ia melibatkan soal kos! Entahlah aku pun pening dah sekarang ni macamana??? Haha... Selalu gak Nadia hantar SMS tapi jarang aku nak balas. 1 sebab adalah aku malas nak SMS kalau sekerat2 je. Benda yang sama then aku xtau nak borak apa ngan dia!! hahahaha!!!

Aku rasa aku nak keluar dari kemelut ni dengan cara cari orang lain... hahahaha!! (nadia, gurau je k!)

satu lagi, tadi aku kol sahabat baik aku kat Sandakan! Agak lama gak kami dah tak sembang-sembang! herm... alhamdulillah dia sihat wal afiat! 

p/s: oklah semua! aku dah ngantuk... nak tido... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...