Konco-konco

Sabtu, 25 Disember 2010

cinta

saya tahu...

kadang-kadang saya terlupa akan awak...

kadang-kadang saya tak bertanya khabar pun ngan awak...

kadang-kadang saya tak balas SMS yang awak hantar...

kadang-kadang saya tak layan sangat bila awak kol saya...

kadang-kadang saya selalu mengelak dari awak...

kadang-kadang saya tak hubungi awak langsung dalam sehari...

kadang-kadang saya tak beritahu awak ke mana saya pergi...

kadang-kadang saya tak tegur awak kalau terserempak ngan awak...

kadang-kadang saya jumpa ngan pompuan lain tak bagitahu awak...

kadang-kadang saya tak nak bincang kalau kita ada masalah...

kadang-kadang saya tak ambil kisah pun ngan awak...

kadang-kadang saya sakitkan hati awak...

kadang-kadang saya lukakan hati awak...

kadang-kadang saya buat awak menangis...

kadang-kadang saya berlaku buruk ngan awak...

kadang-kadang saya tipu awak....


tapi awak....

selalu jaga kebajikan saya...

selalu tanya khabar saya...

selalu SMS saya...

selalu kol saya...

selalu tanya saya bukan-bukan...

selalu cuba buat saya bahagia dan gembira bila ngan awak...

selalu turutkan kemahuan awak...


cuma...

saya tak boleh buat seperti yang awak nak...

saya tak boleh gembirakan awak...

saya tak boleh buat awak bahagia...

saya tak seperti yang awak harapkan...


kenapa...

awak masih nak ngan saya?

awak nak bertahan ngan saya?

awak nak hidup ngan saya?

awak nak bahagiakan saya?



awak tak pernah terfikirkah?

saya ni main-mainkan awak?

saya ni bukan untuk awak?

saya ni bukan lelaki impian awak?

saya ni tak sesuai untuk awak?


sudahlah awak...

saya tak nak awak derita...

saya tak nak awak sengsara...

saya tak nak awak merana...

saya tak nak awak musnah...

HANYA KERANA CINTA YANG RAPUH!!

aku ingin dirimu selalu... tapi hatiku ada padanya... 

1 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...