Konco-konco

Isnin, 27 Disember 2010

cinta dia

Lagu ni untuk awak....


Lirik Cinta Terakhir - Aiman

Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan


Sebenarnya saya saja je post entri nie untuk awak... sebab saya rasa ia ada kaitan tentang kita berdua kan... Bukan tujuan saya untuk sakitkan hati awak... Tapi inilah yang saya rasa selama ni... Saya gagal untuk mengenali diri saya sendiri... Saya tak tahu dimana awak di hati saya... saya xtau di mana awak dijiwa saya... Saya dah usaha untuk cari ruang untuk awak... Saya bingung awak... Nama dia still dalam dakapan saya.. Saya keliru... Saya sedang mencuba dan terus mencuba untuk bahagiakan awak... Tapi dia sering muncul awak... Saya tahu awak amat-amat mencintai saya dan menyayangi saya... Saya dapat rasa semua tu awak... Tapi, Saya xdapat berikan awak sepenuh perhatian yang mungkin awa amat harapkan daripada saya... Dan saya pula, sibuk dengan kerja-kerja lain yang membuatkan kita sangat jauh dan terlalu jauh awak...

Awak, mesti awak rasa saya memang tak sayangkan awak dan tak cintakan awak kan... Kalau itu yang awak fikirkan, awak silap kerana masih ada cinta untuk awak dihati ni... Cuma sekarang saya sangat keliru! Saya tak tahu nak pilih siapa... Bukan alim buat saya untuk istikarah! Belum terbuka hati saya untuk lakukan semua tu. Atau mungkinkah saya sebenarnya belum bersedia untuk semua ni. Saya taknak main-mainkan perasaan awak walaupun itu yang dilihat oleh semua orang. Saya tak sampai hati untuk lukakan awak... Sebab awak terlalu baik buat saya... Awak berusaha untuk bahagiakan saya... Awak berusaha untuk menangi hati saya dan buat saya sayang awak... Tak pernah saya temui wanita sebaik awak yang tidak jemu untuk bersama saya... Walaupun saya sebaliknya... 

Sebenarnya banyak benda yang memisahkan kita awak... Terlalu besar benteng antara kita berdua... Awak tahukan yang saya dah sampai dah ke rumah awak dan dahh lihat kehidupan awak macamana sebenarnya... Dan saya mula segan sejak itu awak... Jurang kita terlalu besar awak... Sangat besar untuk kita bersatu... Bukan saya memandang kemewahan awak... Tapi seriusly, nampak sangat saya ni jauh lebih di bawah awak... Saya rasa saya tak mampu untuk bahagiakan awak dengan status saya seperti ini. Lagi satu, saya nampak awak sangat rapat dengan keluarga awak. Awak sangat manja ngan keluarga awak. Seperti tak boleh untuk berpisah lebih lama. Bayangkan awak, kalau awak akan tetap bersama saya. Sanggupkah awak tinggalkan keluarga awak dan ikut saya ke bumi borneo? Dengan keadaan Mak awak seperti itu? Banyak benda yang menjadi penghalang awak... Entahlah... Semoga allah memberi petunjuk dan jalan penyelesaian kepada saya...

saya tahu awak sayang saya sampai saya bagi keputusan pada awak... Herm... Awak sangat sabar dengan keadaan ni... saya tak sanggup tengok awak bersedih lagi... Tapi, saya taknak juga awak derita dan sengsara dikemudian hari... Tak sanggup untuk saya melihat air mata awak menitis nanti... Tapi, xkan kita nak biarkan ia tergantung seperti ini sahaja... kalau awak ada depan mata saya sekarang ni, ingin sekali saya peluk awak untuk damaikan dan tenangkan hati awak... jangan menangis awak... saya sentiasa di hati awak... saya sayang awak...

p/s: Nurhidayat Mustakim pernah berkata: pilihlah dia yang membahagiakan kita....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...