Konco-konco

Jumaat, 24 Disember 2010

Ceritera pasal Nazirah

salam semua... Aku sedikit ting tong hari ni... hahaha.... kenapa semua yang aku lalui seperti xkena je dalam hidup aku nie...?? Hidup ni memang penuh dengan dugaan dan cabaran serta rintangan kehidupan... aku hanya bisa melakukan sesuatu yang mungkin untuk kebaikan semua orang... Tapi kenapa orang sekarang nie seolah-olah tak nak melihat aku terlibat dalam sesuatu perkara???

kali ni aku nak kongsi sebuah cerita tau untu korang baca dan nilai....

Di sebuah sekolah, ada satu program yang akan diadakan. program tersebut berkisarkan kemasyarakatan. Program tu dipegang oleh seorang perempuan yang bernama Nazirah. Pada mulanya, Nazirah ni berat hati nak pegang program tersebut sebab maybe dia xboleh bawa apatah lagi terpaksa berkerjasama dengan mereka2 yang sebelum ni xpernah pun buat kerja sama2. 

Pada mulanya, program ni dah dibuat secara tergesa2 tau. banyak benda yang sebenarnya silap pada permulaannya. Tapi Nazirah tabah gak hadapi semua dan berusaha untuk tutup kelemahan tersebut. Program ni bukan stakat Nazirah yang buat dan lead. Program ni juga turut dipelopori oleh seorang lagi rakan Nazirah yang bernama Norman. Tapi, Norman ni memang susah sikitlah. Nak uruskan semua awal2 dari kertas kerja dan urusan pentadbiran memang susah nak buat. Padahal semua tu sepatutnya dia yang buat. Padahal dialah barisan pengawas kat sekolah tu. Dengan siap dapat pelepasan Yuran Sekolah lagi. Tapi ceh! Sakit ati je Nazirah melihat keadaan Norman macam tu. Banyak benda yang dia dok cakap je kalau ada dalam meeting padahal xbuat pun lepas tu. Nazirah pernah uji dia uruskan sumber kewangan daripada satu badan, tapi hasilnya dia xbuat pun. nazirah sabar je dengan keadaan macam tu. Pada awalnya, Nazirah wat bodoh je, tapi lama kelamaan dah menyampah dah dengan sikap acuh tak acuh dia tu. Nazirah yang terpaksa fikirkan semua masalah program tu. 

Nazirah telah korbankan semua untuk program tu sehinggakan xdapat fokus study sedangkan time tu Nazirah nak menduduki STPM. Semua keja bagi kat Nazirah. sehinggalah nazirah dapat result STPM yang amat mengecewakan dia sendiri.

Tapi sekarang ni bila semua keja dah hampir siap, Nazirah perasan satu benda yang lain daripada yang lain. Norman tiba2 terlalu aktif plak dalam program tu. Nazirah rasa hairan dan sedikit kagum gak. Tapi nazirah dah mula perasaan dah yang Norman ni macam nak cari glamour seoalh2 semua benda yang Nazirah lakukan selama ini dia yang buat. Nazirah diam je. Sehinggalah dalam beberapa meeting yang dibuat oleh Nazirah, Norman turut menyertainya. Nazirah bagi cadangan je mesti kena tolak dan ada je yang tak kena. Norman plak lebih2 macam buat2 terror! Padahal selama ni Nazirah yang backup. Lagi satu, Norman selalu buat kecoh dan buat2 bizi padahal sebenarnya dia bizi pun. Sekarang ni Nazirah malas dah nak cakap apa dan ikutlah suka hati Norman. rasanya Norman tu ada akal dan harus sedar yang selama dalam kesusahan dulu Norman buat2 tak endah pun. Bila dah hampir siap macam nie baru nak wat2 bizi... Nazirah kadang2 tertawa melihat kebobrokan Norman itu. Hahahaha.... Biarlah Norman dengan cara dia tu. Nazirah akan diam je lepas nie... 

p/s: kisah ini rekaan semata2 dan tiada kaitan sama ada masih hidup mahupun dah mati!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...