Konco-konco

Ahad, 26 Disember 2010

akukah yang bersalah



Semalam, bila buka facebook pegilah usha2 kat fb2 member tengok2 perkembangan diorang... tiba2 dapat lak video ni... kongsilah kat sini... tengok k...

lepas tengok video tu... korang bacalah cerpen pendek yang aku buat kat bawah nie... Kisah ni amat sedih yang melibatkan sahabat dan kekasih... huhuhu...

Ray dah cuba sebaiknya untuk menyatukan Nam dan Nik. Sejak beberapa bulan lepas, Ray dan Nam dah berusaha rancang sesuatu yang terbaik untuk menyatukan kebahagiaan antara Nik dan Nam. Sebenarnya Nik kawan baik Ray dan duduk sekali ngan Ray. Ray dah bincangn ngan Nam untuk cari tarikh yang terbaik bagi Nam luahkan perasaan dan bagi satu kejutan untuk Nik. Tapi semua tu bertukar jadi angan-angan buat Nam apabila dia mendapat tahu yang Nik akan ikut Ray ke satu tempat jauh daripada Nam. 

"Nam dah rancang semuanya Ray. Nam rancang nak ajak dia pegi Pulau Tioman sambil bawa sebiji kek. Nam rasa time tu Nam nak luahkan ngan dia. Tapi semalam Nam tahu yang dia akan ikut Ray ke Langkawi untuk program yang Ray anjurkan."

"Maafkan Ray. Semua ni bukan Ray yang rancang. Ray xsangka yang Nam akan buat sebaik itu? Tak terfikir dalam hati Ray yang Nam akan buat seindah itu buat Nik."

"Nam taknak luah melalu text atau call. Biarlah ini kali pertama dan terakhir Nam luahkan perasaan pada lelaki ikut cara Nam sendiri. Nam angan-angan nak tengok matahari terbenam kat sana Ray. tapi, nak buat macamna?"

"Tukar tarikh lain."

"Ray, Nam jenis kalau dah pilih tarikh tu takkan ubah. Nam jenis kalau Nam nak buat, Nam buat gak. Dan kalau ia tak jadi, Nam takkan ambil port lagi pasal tu."

"Nam, Ray rasa bersalah."

"Bukan salah Ray, ni semua salah Nam sebab Nam yang x kaji aktiviti Nik sebelum rancang sesuatu."

sehingga larut malam mereka berdua sembang pasal Nik. Ray betul-betul rasa bersalah sebab kerana dia, impian Nam nak bersatu ngan Nik dengan cara Nam hancur macam tu je. Nik sebenarnya tak tahu akan semua nie. Semua ni rahsia Nam dan Ray. Ray pulang ke rumah dan dapati Nik dah tidur. Ray lihat wajah member dia tu dengan rasa sedih sebab impian dan cinta Nik mungkin bakal terkubur macam tu je tanpa sebarang ikatan daripada Nam. 

"Maafkan Ray, Nik. Ray dah cuba untuk bantu Nik dapatkan dia. Tapi tak sangka Ray pula yang jadi penghalang kepada Nik..."

Ray kemudian menitiskan airmata kerana terlalu sebak. Ray kini buntu macamana nak beritahu Nik supaya Nik tak join program ke Langkawi itu demi kebahagiaan Nam dan Nik.





Lagu ni ditujukan buat Nik yang sedang dilamun cinta bersama Nam. Semoga korang dapat bersatu dengan sebaiknya..... 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...