Konco-konco

Jumaat, 31 Julai 2015

Raya Kedah (Hari Kedua)

26 Julai. Hari Ahad. Macam biasalah aku. lewat mana pun aku tido malam sebelumnya, tetaplah jugak aku akan terjaga pukul 4.30 pagi. Mata aku dah terbiasa bangun awal. Melainkan aku betul-betul letih memang terlajak sampai tengah ari la gamaknya.

So, pagi tu aku bangunlah. Belek-belek handphone, Tengok budak Syahmi ni tido. Macam-macam style dia tido. Penat sangat kot budak ni. Tengah belek-belek handphone dok scroll-scroll FB, eh sapa pulak kat dapur ni? meremang bulu roma. Aku cuba memberanikan diri untuk mengintai kot kot boleh tangkap hantu ke apa kan. Masuk gaklah dalam Majalah Tiga nanti. Rasa macam tulis cerpen seram pulak. Rupanya mak Lukman dah kat dapur tu. Memasak ok! Rajin sungguh mak Man. Awal pagi dah masak daging, pulut dan entah apa lagi la. Yelah semalam dia kata nak buatkan serunding dan ketupat palas tuk bawak balik KL.

Pagi tu semua dalam keadaan lemau dan lesu kecuali mak Lukman yang sangat bertenaga. Tak tahulah apa rahsia mak cik ni. aku pun bangun awal tapi landing jugak la. Mak cik Zauwiyah ni bangun awal dan memasak. Pergh!

Ok pendekkan cerita, pagi tu pegi la pasar sebab nak cari jagung n rempah-rempah tuk buat sup ekor. ada cerita lucu kat pasar, Punyalah main seronok jalan menonong sekali terhantuk tiang gerai kat sana. Aku apa lagi macam biasalah termelata. Nasib baiklah aku ni berimanlah jugak. Melata pun terjerit Allahu Akbar. kecoh pak cik and mak cik kat situ. tunduk jelah cover muka yang merah padam malu.

Pepagi tu awal pagi aku dah keluar rumah snap beberapa gambaq kat depan rumah Lukman

Padi yang menghijau

Rumah Lukman
 Lepas dari pasar apa lagi singgahlah tepi bendang ambik sesnap dua gambaq.



Aku rasa sangat hodoh time ni


selfiaq





Balik dari pasar belajar buat ketupat palas aka menyibuk nak amik gambar je sebenarnya. Tapi aku bangun awal pagi tu tolong mak Lukman buka daun palas. So, tau la sikit-sikit macamana nak buat ketupat palas ni. Tak susah mana pun. Lepas tu tolong keringkan serunding pulak. berpeluh jugak nak keringkan serunding tu. Tapi sambil mengeringkan serunding tu, tangan bukan main aktif lagi celuk serunding and makan. hahahaha.





Sebelah petang dalam pukul 4 petang macam tu kami menyambung sesi raya hari kedua kami. Kalau semalam ziarah keluarga Man sebelah mak, hari ni ziarah keluarga sebelah Arwah Ayah Man pulak.


Kadang-kadang rimas tengok dorg dua ni.
Depan aku nak berasmaradana.

 Sempat lah jugak p depan Gunung Keriang berselpiaq







Penat berjalan petang tu, sebelum maghrib balik rumah dan bersiap-siap nak balik KL. tiket bas pukul 12.00 malam. 


Apapun raya tahun ini walaupun tak semeriah tahun-tahun lepas sebab beraya di KL je, dapatlah jugak merasa raya di Kampung bersama Lukman dan Ekin. Terima kasih Lukman sebab sudi bawak balik Kedah. Walaupun ang dah kawen, ang tetap bawak aku. Tak sabar nak timang anak sedara dari korang dua. Ingat kalau lelaki nak bagi nama Ahmad Shahrezan. Hikhik.



Khamis, 30 Julai 2015

Raya Kedah (Hari Pertama)

25 and 26 Julai 2015 adalah kemeriahan raya tahun ni yang paling aku nantikan dan aku harapkan. Alhamdulillah berpeluang meraikan raya tahun ni dengan my very closed and bestfren di semenanjung ni walaupun dia dah ada isteri. Kisah lak aku kan ngan isteri dia tu. Hahaha... Gurau je Ekin. 



Ini lah pasangan suami isteri yang telah memaksa aku untuk ikut diorang beraya kat Kedah. Ekcely aku pun yang beriya sangat nak ikut. Yala, dah takde tempat nak pegi, join lah dorang beraya kat kampung Lukman walaupun dah seminggu raya.

Kami bertolak pukul 9.45 malam (24 Julai) dan sampai kat Kedah (Sungai Petani) dalam pukul 4.30 pagi. Aku rasa macam nak patah pinggang duduk lama dalam bas ngan ekon yang sangat kuat. Sampai je rumah Abg In (yang ni abg Lukman), aku pon apa lagi tak pikir panjang terus luruskan badan dan boom... Tido lah...

Paginya tu, pukul 8 pagi Lukman dan suruh siap sebab nak g beraya. Mak aih! Awalnya nak g beraya. Walaupun mulut mengomel banyak terpaksalah turutkan. Sebab orang tua ni lain sikit pe'elnya. Kang ditinggal pulak aku kat rumah Abg In ni.


Pic ni aku ambik lepas 5 minit sampai rumah pertama
Jam 9.50 am... Awal gila...



Ni Geng bas sekolah yang join beraya
Kiri sekali tu Mak Cik Hajah Zauwiyah...  Mak Lukman



Yang ni kat rumah pusaka Kuarga Lukman


Lepas pegi beraya kat Rumah Pak Tam and Rumah Pusaka keluarga Lukman ni, kami pegi ke kenduri kawen pulak... Pergh Kambiang Goleak baq hang...


Syahmi... Anak Abg In


Tu dia... Kambiang Goleak

Lepas dari kenduri kawen sambung lagi beberapa rumah... Tapi tak dan la nak amik gambar kat setiap rumah kan. Petang tu kami lepak kat Menara Aloqstaq! Ni kali kedua naik bangunan tak berapa nak tinggi ni. 



Lepas tu singgah kat Masjid Zohir kot... Lupa lak nama masjid ni... posing je lebih...





Sebelah malam kami ke Kuala Nerang g rumah Abg Marwan (Abg Lukman yang lagi sorang)

pes time kopek lemang dalam seumur hidup



Sebelum ke rumah Abang Marwan, kami singgah kejap di Dusun Tok Su mengerjakan pokok rambutannya yang ranum tu.


Hari pertama beraya di Kedah memang puas hati sebab dapat beraya dari pagi jam 9.00 pagi sampailah kul 12 malam baru sampai rumah kat Padang Lalang.







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...